Duduk tak duduk cek memasak kuih tradisional melayu, Tepung Bungkus...WeeEeeeee~~~
Best jugak. Lagipun senang jer. Bahan-bahan yang digunakan pun basic jer.
Cuma mahu atau tak mahu buat ajer...huhuuuu

Dulu-dulu masa cek kecik2 suci murni, selalu jugak tolong my mom buat kuih ni waktu bulan puasa. Yer lah, zaman dulu tu, mana ada orang jual kuih meriah macam kat pasar ramadhan zaman sekarang nih. Kat kampung pulak tu, lebih sedap buat sendiri. Petang2 kumpul adik beradik pakat2 buat (tapi cek yg byk buat kerja sekali...rajin wooo) heheee
So, masa cek buat kuih nih, tak kekok sangat lar. Jari jemari pun menten tak terpeleot sebab dah biasa :)

Bahan-bahan:
» 375g tepung beras
» 1 liter santan
» 1 biji kelapa muda parut
» Gula melaka/kabung/merah
» Daun pisang
» Garam
» Air
» 1 sudu besar tepung gandum



Daun pisang dilayur terlebih dahulu untuk memudahkan aksi-aksi melipat nanti :)

Cara membuat INTI:
1. Kelapa di masak bersama gula melaka/kabung/merah, sedikit garam dengan sedikit air sehingga agak-agak kering. Sebelum tutup api, masukkan 1 sudu tepung gandum dan kacau sebati.

Kemudian, kelapa diuli bulat-bulat. Jangan besar sangat taw, agak-agak lah :)
Cara membuat TEPUNG:
1. Tepung di masak bersama santan dan sedikit garam sehingga pekat. Hendaklah selalu di kacau supaya tidak berketul. [pssttt! adunan cek ni terpekat sket..patutnya kena sedikit cair dari ni..tp dimaafkan sebab budak baru belajaq..heheee]
2. Letakkan tepung yang dimasak tadi di atas daun pisang (agak2 dlm 2 sudu besar), letakkan 2 biji inti kelapa (kiri dan kanan). Lipat daun pisang dengan kemas
3. Kukus selama 10-12 minit.
Siap dah. Wangi daun pisang-nyer ...OMG! sedappp

Cek suka makan ni bila dah sejuk sket. Baru enjoy. Sedap taw...ada manis-manisnya, masin-masinnya, pendek kata marveles lah...heheeee


Walaupun dah malam, sempat jugak lah antar kat auntie jiran sebelah rumah. Bagi auntie rasa...huhuuu
Auntie pun mula lar citer sejarah kenangan silam beliau "Ishhh..rajinnya! auntie dulu-dulu masa muda2 pun rajin macam ni, selalu buat2 kuih. Tapi mai dah tua mcm sekrg ni, malas dah..."


hahahaaa....alar auntie ni, ayat cover lar tu :) ni waktu cek tengah roh rajin. Tu yang gigih memasak walaupun balik kerja dah pukul 6pm *wink*