Nasi kerabu atau nasi ulam memang sedap dan menyelerakan.
Sesuai dimakan waktu berbuka kerana bau wangi dari ulam-ulaman yang pelbagai jenis.
Tapi hakikatnya bila dok di kota raya canggih ni, tang mana nak cari pucuk putat? pucuk janggus, daun sekentut? huhuuuu
Nasib baik cek ada 'backyard herb garden' cheewahh! kemang idung cek seketika.
Sebab sumer ulaman yg digunakan untuk buat nasi kerabu ni datang spesel from my garden :)
Ulaman:
Daun kunyit, daun cekur, daun kaduk, daun selom, daun kesom, daun kari (pucuk). Kalau cik Jah nak tambah daun2 lain terpulanglah ikut selera masing2 yer :)
Bahan-bahan lain:
- Nasi putih (dari 2 pot beras)
- 4 ulas bawang merah kecil
- 2 batang serai
- 1cm lengkuas
- Ikan talang masin (digoreng) -ikut tahap kemasinan cik jah. Nak lebih masin, tambah lagi kuantiti
- Kelapa parut (digoreng kering)
Ulaman di bungkus begini intuk memudahkan acara memotong. Potong nipis-nipis
Kelapa digoreng kering sehingga golden brown. Bila dah masak, tekan2 dengan senduk supaya ia lebih halus/hancur.
Tak perlu blender, kerana dikhuatiri nanti berminyak (jadi kerisik plak)
Ikan talang digoreng dan ditumbuk sehingga halus juga.
Tara! Sedap dan menyelerakan...wangi dan sungguh membuka selera
Tak perlu tambah garam sebab ikan talang adalah agen pemasin di dalam resepi ini :)
Nasi kerabu negeri lain mungkin berbeza. Ada setengah resepi tambah sambal belacan/cili. Well...ikut suka cik Jah lah nak tambah apa pun, janji sedap. And please remember that, cooking supposed to be easy, and always creative in preparing your food. So I'm trying to simplify the recipe yet maintain the great awesome taste :)
Tara! Sedap dan menyelerakan...wangi dan sungguh membuka selera