.

.
Showing posts with label fasting. Show all posts
Showing posts with label fasting. Show all posts

Jul 16, 2015


Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Akhirnya kami berjaya lakukan apa yang kami hajati sekian lama.
Cikjah still remember kesah-kesah khatam Quran kami? Dari 12 bulan disingkatkan kepada 8 bulan dan dari 8 bulan akhirnya berjaya di singkat kan kepada 1 bulan! Alhamdulillah - hajat tercapai!

Mungkin sebab itulah Ramadhan adalah bulan yang paling hebat sepanjang tahun. Paling mulia, paling manis, paling indah dan paling dirindui.

Kami mengaplikasikan konsep 5 pages selepas setiap solat fardhu setiap hari. Ini bermakna 25 pages setiap hari dan bersamaan dengan 1 juzuk. Kalo ada yang skip, kami akan gandakan jumlah pages di waktu yang berikutnya. Kalo masih tak mampu, kami buat kelas tambahan selepas teraweh sebelum tidur. Kadar masa 1 jam cukup untuk mendapatkan satu juzuk. Sebagai ahkak, maka mesti lar ada hari cuti kan, jadi pandai-pandai lar cover semula. Buat kelas tambahan selalu....heheee

Biasanya sebaik masuk office kami akan luangkan kurang lebih 15-20 minit untuk baca Quran. Kemudian, sambung lagi selepas Zohor. Then, sambung bacaan di rumah selepas Asar. Selepas berbuka dan solat Maghrib kami terus ke surau. Kami antara orang nombot satu sampai surau...hahaa
maklumlah my buka puasa is so simple so tak banyak pinggan nak basuh...Ahaks! Pukul 8.10pm dah sampai surau. Di surau kami sambung lagi bacaan sehingga masuk waktu Isyak.


Gembira sepanjang berada di bulan Ramadhan, jadual dan rutin harian kita diatur dengan cukup baik dan sempurna. Banyak hal dunia yang tak perlu diingat-ingat atau diberi tumpuan lebih. Balik kerja siapkan juadah berbuka, selepas berbuka pegi teraweh dan masa lapang yang ada diisi dengan tadarus Quran atau perkara-perkara yang baik. Semoga rutin di bulan Ramdhan dapat dipanjangkan ke bulan-bulan yang lain juga - inshaAllah.

Smoga perkongsian kami ini dapat menginspirasikan cikjah - InshaAllah kerana Alhamdulillah inspirasi yang kami dapat dari orang lain ini masih bersinar-sinar dalam hati kami hingga kini. Mohon tak dihilangkan oleh Allah - Amin.

Till then, nanti kami citer pulut kunin dan rendang plak okey...uish! mesti lar ada pulut kuning dan rendang meraikan my khatam Quran...heheee

Selamat Hari Raya cikjah! Maaf Zahir Batin.



Jul 15, 2015


Alhamdulillah last week sempat balik kampung lagi. Kalo sebelum puasa kami balik kemas pusara ayahnda, kali nie balik nak kemas rumah bonda plak. Kemas siap-siap nanti raya dah tak kalut lagi - time management.


Fuh! sebaik kapai terbang berlepas, tengoklah ruang udara Lembah Klang nie...berjerubu piang!
Hat nie lar dok hidu hari-hari di bulan posa nie.....iskk...iskk...


Bila masuk ruang udara Kedah negeri terchenta, fuh! bersinar-sinar mata. Hijau segar cerah ceria sepanjang zaman! hahahaaa - Kedah best!


15 minit sebelum sampai Alor Setaq kami melintasi Penang. Kelihatan Jambatan Kedua merentasi lautan nan biru.


Balik kampung bulan posa mesti lah best....hahaaa
Ada macam-macam makanan lazat dan hebat. Hari-hari berbuka puasa di rumah kekanda.


Juara carta menu berbuka puasa orang Kedah mesti lar nasi kerabu atau nasi ulam. Gulp! Padanan lauk untuk nasi kerabu utara ialah sayur asam rebus keladi. Owh my! tak payah nak lauk lain dah. Hat nie saja cukup.


Kalo ke pasar pagi hujung minggu, rata-rata bahan jualan ialah ulaman segar sebegini. Sorga membeli belah sangat. Suka!!!
Satu ikat cuma seringgit! Yes seringgit. Sila nganga sebab murah. Kedah kan memang best...heheee


Cikjah pilih nak daun apa, sumer ada. Memang rambang mata. Seperti biasa kami beli bawa balik KL buat stok lar kan...Satu pasar tu kecoh dok tegur kami bila nampak tangan penuh dengan beg plastik. Ingat sopping kat One Utama kar? hahaa


Rebung pun tengah banyak sekarang nie. Sedapnya!


 Kekanda masak kan pajeri rebung. Owh lalaaaa lazat!


Naib juara carta menu berbuka puasa ialah Nasi Daging. Wowweee! Memang delicious lah. Kekanda masak dan datang berkelah kat rumah bonda.


Alhamdulillah, rumput yang dipotong dua minggu lepas di rumah ayahnda dah kembali tumbuh dan hijau semula. Looking good!

Sadly, keseluruhan kawasan perkuburan masih lagi tidak dikemas. Rumput panjang, daun yang gugur bertebaran di atas tanah. Tambahan pula kerap hujan ketika ini. Kami menyeru lar kan kepada sumer kaum keluarga, datang lar melawat pusara masing-masing. Kemas dan bersihkan kawasan sekitar. Trim pokok-pokok yang ditanam, sapu daun kering, potong atau cabut rumput. Jangan kalut nak tukar langsir rumah, beli baju raya, tempah kuih raya bagai tapi nak datang bersihkan kubur pun tak ada masa. Ayuh! luang masa sedikit.


Kami tambah pokok bunga pukul 10 supaya berseri-seri rumah ayahnda raya nanti - inshaAllah.


Seperti biasa kami pulang hanya pada hujung minggu. Hari Ahad tu kami berbuka puasa bersama kapten di airport...hahaa
Alahh, bukannya nak makan banyak pun kan, cukup sekadar berbuka puasa.


 Selamat tinggai Kedah, jumpa raya nanti...inshaAllah!





Jul 5, 2015


Sudah 14 hari Ramadhan. Alhamdulillah syukur.

Untuk tempoh 2 minggu ini jugak lah belum sekali pun lagi kami menjejakkan kaki ke pasar Ramadhan. Say NO to Pasar Ramadhan di sekitar KL. Yang ditunggu ialah Pasar Ramadhan di kampung jauh nun di Utara sana. Yeeehaa!

Boleh dikatakan hampir setiap hari kami buat kuih / manisan sendiri. Walopun sampai rumah pukul 5pm, tetap gunting daun pandan, uli tepung, goreng cabai bagai. Semangat!
Yang penting puas hati dapat makan kuih lazat dan dapat kongsi dengan jiran tetangga sikit-sikit. Alhamdulillah.

Untuk pertama kalinya kami buat popiah basah sendiri. Dari kulit, inti dan sos sumernya buat sendiri. Sedap plak tu. Ahaks! Tapi agak mencabar nak masak sos cili popiah di bulan puasa sebab tak leh nak rasa over-over...hahaa...namun, tetap meletop dan mencair dalam mulut. Resepi popiah basah nie kami dapat kat online lar of course kan - thank you kepada yg kongsi. Kami adjust sket-sket untuk sesuai rasa.

Popiah Basah [make  18 pcs]

Kulit

2 cup tepung gandum
3/4 air
1 telur putih
2 tbsp cuka
1 tsp garam

1. Campur cuka + garam + air. Tuang campuran air ke dalam tepung. Masukkan telur putih dan adun sebati. Rehatkan 1 jam. Bancuhan mesti lah elastik, liat-liat seperti gam. Tepung tu boleh di lambung-lambung tapi tak menitik. Agak tricky. 

2. Gunakan nonstick pan tanpa minyak. Ambil segenggam tepung dan kepal ditangan, sapu tepung di dalam kuali membentuk bulatan dari luar ke tengah. Angkat lebihan tepung. Yang tinggal di permukaan kuali ialah lapisan nipis tepung. Selepas 1-2 minit dah bulih angkat. Ulangi hingga habis.




Inti 

Udang kepal - Basuh. Gaul dengan tepung jagung dan goreng hingga garing. Tos.
Sengkuang
Lobak merah
Taugeh - celur
Bawang merah dan putih - menumis

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tambah sos ikan lebih enak (optional).
3. Bila sayur agak layu, masukkan udang kepal dan taugeh. Kacau seketika. Siap. Sejukkan.

Sos cili

2 genggam (50g lebih kurang) cili kering - Buang biji dan rebus
3 ulas bawang putih
8 biji buah kurma
2 keping asam gelugur
Garam dan gula

1. Kisar cili + kurma + bawang putih hingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan cili. Goreng cili seketika dan masukkan gula.
3. Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam. Masak hingga pekat seperti paste [40 minit lebih kurang].


Homemade popiah basah yang lazat! Tabur kacang goreng tumbuk untuk tambah crunchy.


Kuih Ketayap [ make 20 pcs]

Inti

1/2 biji kelapa parut muda/putih
1/2 cup gula merah
1/3 cup gula pasir [kurangkan 1 tbsp untuk kurang manis]
1 cup air
Sedikit garam
Daun pandan

1. Satukan gula + garam + air. Masak hingga larut bersama daun pandan.
2. Masukkan kelapa dan kacau masak hingga air gula kering tetapi kelapa masih lembap. Sejukkan.






Kulit

1.5 cup tepung gandum
2 1/3cup air
3 helai daun pandan [potong kecil]
Pewarna hijau
Sedikit garam
2 tbsp minyak masak

Cara: 

1. Kisar air dan daun pandan hingga halus. Tapis.
2. Masukkan semua bahan di dalam blender dan kisar sebati. Rehatkan 10-15 minit.
3. Lenser tepung di dalam non stick pan. Masak satu bahagian saja dan angkat. Masukkan inti dan gulung kemas. Siap.



 Tauhu sumbat memang sedap dan mengenyangkan ketika berbuka puasa. Yumm! Tauhu sumbat senang jar...takyah resepi lar yer...Ahaks!


Ini pula Bakwan. Bakwan ialah panggilan Indonesia bagi veggie fritters. Memang sedap dan sesuai dengan kami yang hantu sayur!

Bakwan

Bahan:

Kobis Beijing
Lobak merah
Taugeh
Daun bawang
Bawang besar
5 tbsp tepung gandum
3 tbsp tepung beras
Sedikit lada putih
Sedikit Garam
Gula
Air

Cara:

1. Sayuran dihiris sederhana halus memanjang.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati dengan air yang dimasuk sedikit demi sedikit.
Jangan terlalu banyak air cukup sekadar semua sayuran diselaputi tepung. Tepung pula tidak terlalu banyak kerana ia sekadar binding agent sahaja.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Sedap dinikmati bersama atau tanpa sos.




Ketika digeget masih terasa kerangupan sayuran dan lembut tepung yang mengikat sayuran tersebut. Sedap!




Jun 23, 2015


Cikjah posa hari nie? Mesti tengah dok survey resepi online kan? Dok berfikir-fikir lagi petang nie nak buat kuih atau cucoq apa untuk berbuka nanti...Ahaks!

Tahun nie hidangan berbuka puasa kami sangat simple dan sihat. Cukup sekadar small cup of brown rice, banyak sayur dan protein. Kuih plak mesti ada satu mata sebab bila puasa badan kita sangat idamkan gula. Jadi, kuih tu memang wajib ada. Sumer kami masak sendiri. Kami tak suka pergi pasar Ramadhan kecuali kat Kedah...hehee. Tahun ini juga kami belajar dan mengamalkan supaya tidak membazir makanan. Kalo ada lebihan lauk, jangan terus dibuang. Boleh simpan untuk hari berikutnya. 

Hari nie kami share dengan cikjah resepi kuih orang Kedah yang sedap dan sangat nostalgia - Kuih Qasidah. Rasanya kali terakhir kami makan kuih nie was like 20 years ago. Huh!  rasa macam sangat tua plak...Ahaks! Tapi serious memang dah lama sangat. Buat sendiri pun tak pernah. Cuma tolong-tolong bonda buat masa dulu-dulu tu jer lar. 

Kali ini kami memberanikan diri untuk buat sendiri. Jangan tak percaya cikjah, balik office pukul 5pm terus kacau tepung. Pukul 6pm dah siap Kuih Qasidah lazat.

Bahannya sangat simple tapi bersiap sedia untuk kacau tepung tanpa henti kurang lebih 40 minit atau 1 jam. Nah! amik kerusi duduk mengadap depan stove...hahaaa
Dah dua kali kami tested this recipe dengan kacauan selama 50 minit. Ahamdulillah sedap dan umpph! Sesetengah cara orang tua mereka akan basuh tepung terlebih dahulu. Hah? Basuh tepung? Pelikkan...macam mana tu? Takpa, budak baru blajar kita buat cara senang dulu okay...hehee

Resepi ini kami amik dari online. Reliable sebab menjadi. Maklumlah memasak dibulan puasa nie tak leh nak rasa tahap puas hati. Cuma portion-nya sangat kecil. Kalo cikjah berkeluarga besar, gandakan bahan-bahan. 


Bahan [Sesuai untuk loyang saiz 6 inci. Serves for 2-3 paxs]

1 cup tepung gandum
3 cup air
7tbsp gula pasir
Secubit garam
1tsp air kapur
4-5 ulas bawang merah - hiris dan goreng keemasan dengan minyak sapi/minyak masak.

Cara: 

  1. Satukan semua bahan di dalam periuk kecuali bawang. Masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau selama 40 minit - 1 jam hingga tepung masak dan berkilat.
  2. Tutup api dan tuang ke dalam loyang. Sejukkan sekitar 30 minit.
  3. Goreng bawang kecil hingga keemasan dan tabur di atas adunan tadi. Minyak gorengan bawang tadi pun boleh dititiskan sekali - lagi sedap tapi jangan banyak sangat. Sejukkan sebelum potong. 
Kuih Qasidah nie biasa saja. Rasanya sederhana manis tapi bila dimakan bersama bawang goreng dan sedikit minyak tu....owh! wangi dan sangat lazat! Memang terbaiklah. Harus cuba. Lagipun kuih ini hampir ditelan zaman. Orang tua-tua jar yang suka buat dan makan. Elok juga kalo kita memperkenalkan kuih tradisional ini kepada ahli keluarga.




Sebagai persedian untuk Ramadhan, kami juga buat kuih banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Balik kerja terus goreng saja. Jimat masa.


Pertama kali kami menggunakan acuan kuih cara yang dah makan tahun jugak lar kami beli. Ahaks! Senang dan tak renyah pun nak buat. Sedap dan dapat banyak pulak tu. Alhamdulillah dapat kongsi dengan jiran-jiran dan bagi security guards.

Selamat buat kuih cikjah! Jangan lupa masak sendiri di rumah lebih jimat belanja dan sedap.



Jul 22, 2014


Alhamdulillah. Kami berkesempatan pulang berpuasa bersama keluarga di kampung. Best sangat!


Siap sedia hangkut bawa balik baju raya dan kuih raya untuk orang kampung...hahaa
Senang masuk kotak semua. Selain baju raya dan biskut raya, dalam kotak tu juga ada kerepek raya...hahaa
Siap pesan kat ticketer tu kotak nie super fragile. Alhamdulillah, sumer barang selamat. The box was handled with extra care. Tenkiu Fireflyz!


SubhanAllah! Cantiknya negeri kami Kedah! heheee...orang negeri lain jangan jeless okay.
Sekarang memang musim padi tengah menghijau di sekitar Kedah. Awesome sangat!




Macam karpet raya! hahaaa


Hari pertama di kampung, kami iftar di rumah kekanda. Owh tidak!!! Lihatlah kehebatan gambar ini...hahaa
Kekanda masak nasi daging meletop! Memang meriah buka puasa di kampung. Suka!


At my kekanda's backyard. Cantik betul sawah padi sekarang nie.



Selain pulang berpuasa dan iftar bersama keluarga, tujuan lain ialah untuk membersihkan rumah Ayahnda.  Sesudah subuh, kami terus ke kubur. Takut kalo lambat-lambat nanti matahari dah naik. Hangat lit-lit kat Kedah sekarang nie. Hangatnya memang luar biasa. Kami start pukul 7pagi sampai pukul 11am. Fuh! Puas hati dan dahaga [hahaaaa....sket jar].


Rumah Bonda kami dah siap kemas. Dah cuci peti ais, dah cuci bilik air. Langsir sumer dah cuci dan gantungkan langsir baru. Barang-barang dapur untuk raya sumer dah siap beli.  Baru lah senang hati. Sekarang giliran rumah Ayahnda pula. 


Bersemangat! Rumput tebal hingga mencecah 5 inci. 


 Tudia! sampah terkumpul. Pesanan kami untuk cikjah, jika bersihkan kawasan kubur, mohon jangan lupa bawa plastik sampah bersama. Ikat elok-elok dan buang di tempat sampah. Janganlah cabut-cabut rumput atau sapu daun pastu longgok kat tepi kubur orang lain plak. Tak baik okay.


Dengan cuaca panas, malam lepas teraweh memang kick abes dapat makan ais kacang. Believe it or not Cikjah, ais kacang nie harganya seringgit? owh my! Sedap plak tu. Ishh...

Gaya baru packaging Puding Karamel. Nampak lebih kemas dan bersih

Salah satu keajaiban berpuasa di kampung ialah Bazar Ramadhan-nya. Memang best giless. Makanan sedap, bersih dan murah. Nak parking pun senang.

Gulai batang pisang yang cuma ada setahun sekali. 

Selalunya gulai ini dimasak bersama daging. Lazat!

Ikan pekasam goreng live. Mahal jugak sebab mungkin sekarang bukan musim ikan sungai.
Susah nak dapat ikan sebab musim panas kemarau.
Harga empat ekor ikan pekasam belum goreng ialah RM7. Mahaii kan

Cucur udang kuah kacang. Memang hanya terdapat di Kedah...hehee

Rempah basah. Segala macam rempah sumer ada. Untuk sekali masak, harganya RM2


Inilah yang paling top dan berada di carta nombor satu kalo di Kedah ketika bulan Ramadhan.
Ulaman segar untuk nasi kerabu. Yeyy!!
Seikat cuma RM1. Pelbagai jenis daun ulam kampung berserta serai dan lengkuas di dalam setiap ikatan. Memang complete. Balik hiris halus-halus saja.

Partner untuk nasi kerabu atau nasi ulam ini ialah sayur keladi. Terkejutnya kami bila melihat batang keladi yang sudah siap disiang dijual dengan harga RM2/bungkus. Super cheap! Paling takjub dah siap siang. Confirm tak gatai. Tak payah nak renyah-renyah balik rumah nanti. Memang hebat lar orang Kedah ni. Aww!
Kalo kat KL, batang keladi dijual tanpa siang. Paling takut kalo dapat keladi gatai. Uh! Kami dah penah kena. 

Sebab tak tahan, kami beli 5 ikat ulaman nasi kerabu dan 2 bungkus batang keladi siap siang bawa balik KL. Tahan lebih kurang 3 hari jugak. Maklumlah, kena tunggu weekend baru bleh masak. Syaratnya jangan kena air. Keladi tak perlu dibasuh sehinggalah bila nak masak. Kami simpan dalam peti ais. 


Inilah hasilnya bila kembali ke KL. Dua kotak! Ada macam-macam dalam kotak tu. Ada rempah ratus, ulaman kampung, batang keladi, kerisik dan sebagainya. Memang best ahhh!


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"