Cili Ijo yang siap dibotolkan. Please use recycle jar/bottle. For presentation, I recycled starbuck paper bag to cover the lid and tied up with recycle ribbon. Easy storage, pretty to look at and environmentally friendly. :)


Cabai Ijo is actually Cabai/Cili Hijau. Ia adalah pelengkap menu di dalam hidangan nasi padang. Jika ada cabai ijo, maka haruslah ada cabai merah. Kedua-dua masakan ini walaupun hampir sama, namun warna dan rasanya sedikit berbeza.


Cabai Ijo sangat senang disediakan. Boleh dibotolkan dan disimpan di dalam peti sejuk. Sambal ijo adalah sejenis "Condiment". Sesuai dimakan dengan apa jua hidangan dan lebih best kalau dicicah dengan daun ubi rebus, ayam goreng dll.


Bahan-bahan:

8 biji cili hijau besar
8 biji cili padi hijau
1.5 biji tomato hijau
5 ulas bawang merah
2 tbsp jus limau
2 tbsp ikan bilis [goreng garing]
Garam & gula


Cara:

1) Cili hijau, merah & tomato direbus hingga air tinggal sedikit

2) Biar sejuk dan dikisar (medium fine) bersama bawang merah kecil

3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar [jika suka sambal anda berminyak, lebihkan minyak semasa menumis]

4) Masukkan gula, garam & jus limau [jgn terlalu byk gula kerana sambal ini tidak terlalu pedas kerana ada buah tomato. Cek guna 2 tbsp saja]

5) Bila sambal sudah agak kering sedikit, masukkan ikan bilis goreng. Biarkan seketika dan tutup api. Siap! ;)


Cek suka nasi padang & sunda food. Lepas nie kita belajar buat ayam pop! and ayam penyet plak...heheeee

Cooking with love! :)