Lagi satu resepi kuih tradisional yang dimodenkan sedikit. Sedap dan berbaloi mencuba :)
Sama macam kuih lapis biasa cuma digantikan dengan cendul dan gula merah instead lapisan berwarna merah + pink + putih.
Tapi cek cuma buat 2 layers saja sebab kurang rajin nak berlapis-lapis :P
Happy cooking and check my other Notes on how to "make cendol' yeahhh! :)
Bahan-bahan:
- 1.5 cup tepung gandum
- 3 tbsp tepung beras
- 2 tbsp tepung jagung
- 1.5 cup gula
- 3 cup santan
- 1 tsp garam
- 4tbsp gula merah [dilarutkan dgn air panas -anggaran setelah larut = 1/5 cup]
Cara:
1) Masukkan semua bahan KECUALI air gula merah. Kacau sebati dan tapis.
2) Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak.
3) Bahagian A dibiarkan putih dan ditambah cendul.
4) Bahagian B dimasukkan air gula merah.
5) Kukus bahagian B 5 minit.
6) Tuang bahagian A keatas bahagian B dan kukus 5 minit. Ulangi langkah (5) dan (6) jika suka
NOTES: Cek buat 2 lapis jer sebab malas nak berlapis-lapis...huhuuu
Tara! siap dah.
Sedap dan memang rasa kuih lapisnya...aceh!