.

.

Sep 25, 2012


Akhirnya... terjejak juga kaki kami ke Broga Hill yang hangat diperkatakan itu...YeyYY!!!
Tidaklah kami memasang angan-angan untuk climbing Broga Hill ini sebab I prefer cycling than climbing. Oleh kerna geng cikjah, kakyam, kaknah, kakpeah dan abang john serta abang mike pakat ajak, so kami pun joined. 

Well, memang seronok dapat mendaki Bukit Broga yang indah ini. Cuma terus terang kami katakan pandangan peribadi kami di sini bahawa ramai climbers atau blogers yang posted cerita about their experience of climbing Broga Hill kurang berpijak di bumi nyata. Climbing Broga Hill is easy-peasy umpama mengilek buku teks Add Maths di tangan walopun ada beg kosong tersandang di belakang sambil bergosip ketawa ria berjalan kaki ke sekolah adalah dongeng!  Banyak entries yang kami baca di blog-blog sedikitpun tidak menceritakan the ugly side di sebalik climbing the Broga Hill. Sumernya share yang indah-indah dan gambar-gambar santek yang diamik guna kamera dslr yang mahai sahaja. Mungkin mereka takut kelemahan yang ketara ketahuan dek umum...EEuuWWW!


It was Friday. Half day at office I felt that I'm getting the "delayed onset muscle soreness or Muscle Fever" caused by my first TRX workout class on Wednesday after 2 months being TRX-less during Ramadhan and Syawal. OMG!!!! it was seriously serious killing me slowly hinggakan nak hangkat handbrake pun tak larat. Walhal I've already started RPM-ing 2 weeks ago and everything was fine and perfect. 

I forced myself not to take half day or even getting the MC sebab another 4hours jer dah nak balik. Bleh tahan. Tapi mood dah jadi lain, jalan dan pergerakan sumer dah macam robot dan body temp started to rise. Bila sampai rumah terus flat dan demam tahap gaban! The whole Saturday I was flat with super high body temperature. Taknak jumpa doktot sebab kami tak suka makan ubat...huh!
Alhamdulillah badan sehat dan segar setelah berhempas paksa pulass makan 4 biji panadol actifast and 4 biji panadol muscle pain yang tak sedap serta minum sup ayam bermangkuk-mangkuk...or else no climbing tomorrow....erkkk!

The next day Sunday, I woke up at 3.30am...Toinkk!!! Our meeting point was at Sungai Besi Toll by 5am. Reached the Broga Hill base which is inside the palm oil farm and started to climb at 5.45am.


Nak share sket lar dengan cikjah, nak climb Broga Hill nie macam takdak introduction langsung. Memang takdak As Salam. Buka jar langkah lepas lock keta kat tempat parking yang kena bayaq RM2 tu, kira dah start ler tu. Good luck!


Mendakilah kami di dalam kegelapan yang sungguh fana. Jangan lupa bawa torch light sebab memang sangat gelap. Tapi tak takut sebab memang ramai climbers lain. Takdak tanda arah, so pakat follow orang depan. Orang blakang follow kita...hahaa
Terdapat pelbagai pendapat mengatakan bahwa Bukit Broga mempunyai tiga atau empat puncak. Maka nak senang, kami assume tiga puncak saja.

Climbing track memang sedikit curam dan sangat sedikit flat area yang kami lalui. Hampir 90% adalah cerun sepanjang laluan 1.7km. Nasihat kami, pakailah kasut dan pakaian yang sesuai ketika mendaki. Dari pengamatan kami, ada yang climbing memakai sandal, fashion sport shoes dan kasut jenjalan kat shopping mall. Ada yang climbing pakai jeans, baju kemeja dan ada yang bawa handbag! Serious and no kidding.


Without stopping at any point, kami reached the first peak at 6.15am. Yeyyy!!! 30 minutes climbing up.  That was pretty good and considered lama juga sebab terlalu ramai climbers. Berderet-derett.
10minit terakhir pendakian to reach the  first peak sungguh mengerikan, Alhamdulillah sumernya selamat dan kami masih kuat dan berstamina. Aiceh!


Ketika sampai di puncak, suasana masih lagi gelap gelita, windy and breezy. Best sangat! Dingin sejuk embun pagi. Sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang dari masjid nun di bawah sana. Memang pengalaman yang menakjubkan menunaikan solat subuh di puncak Bukit Broga.  Memang kami plan untuk sampai awal di puncak sebab nak menyaksikan sunrise. Namun, cuaca tidak mengizinkan kerana sedikit berkabus. Sang matahari tidak menunjukkan rupa dan by 7am, suasana sudah sedikit cerah. Segala fenat dan feluh hilang bila mata disajikan dengan panorama alam yang sungguh indah ini. 


Lautan manusia berada di puncak. Memang ramai dan sangat ramai okay.



Bila cuaca sedikit cerah, barulah sambung climbing to the second and third peak.







 Haruslah bergambar di celahan lalang santek...hahaa



View of first and second peak from the third peak.

Lebih ramai climbers selepas jam 7.30pagi. Rata-rata sibuk sessi photography.


Cer tengok! Adik kecik nie pun sampai puncak Broga Hill taw. Siap pakai seluar riben dan sandal jer. Erkkk! memang adik nie hebat tapi harap parents titikberatkan kasut yang sesuai untuk anak-anak yang turut mendaki.


Juga jangan lupa posing atas batu...hehee


Ketahuilah oleh cikjah sekalian, bahawa, 8-10 minit pendakian terakhir untuk sampai ke puncak pertama adalah pendakian pada cerun yang bertahap hampir 90 degree curamnya! Serious and no kidding. Really steep! Well, maybe 89 degree kalo cikjah disagree with me. Nampak gambar cerun di atas? Seperti tidak curam kan? hahaa


Sebenarnya....masyaAllah!!! hanya Tuhan yang tahu. Pada saat itulah hati cikjah akan terdetik "tobatt, lepas nie takmo mai dah" hahaaa


Berhati-hati dan bertabahlah ketika mendaki cerun yang curam ini. Ini kerana, tiada pokok yang boleh dijadikan sebagai pautan.  Batu untuk berpaut atau memasak kaki juga sangat sedikit dan trek laluan juga agak licin kerana struktur tanah semulajadi Bukit Broga tambahan pula ia membentuk seperti longkang dengan kedalaman yang agak ketara kerana menjadi laluan air hujan.


Bertambah buruk apabila terdapat climbers yang tidak tabah dan cekal hati tiba-tiba berhenti di tengah laluan yang curam ini sesuka hati. Kami paham, mungkin stamina setiap orang berbeda, namun ia sangat membahayakan climbers yang lain. Kerna kecerunan yang melampau itu boleh mengakibatkan seorang tergelincir, maka yang dibawah atau di belakangnya juga akan turut tergelincir.


Ketika mendaki cerun yang curam ini, kami menggunakan teknik merangkak kerana ianya lebih sesuai dengan stamina kami. Tidak mampu untuk berdiri kerana cerun yang sangat tajam dikhuatiri kami akan hilang body balance. Moreover, berderet-deret climbers in front and behind me macam rantai.



Ketika turun melalui cerun yang sama, kami menggunakan teknik duduk seolah-olah menggelungsur secara terkawal. Kekuatan otot paha dan tangan sangat penting. Memang tak mampu untuk berdiri kerana akan hilang body balance tambahan pula laluan sesak dengan pendaki lain yang pada masa yang sama sedang naik. Ada some climbers yang sliding down tapi Awas! sangat merbahaya jika tidak dapat mengagak di mana mahu berhenti.


Sepanjang mendaki turun ke bawah, badan secara automatik akan terasa seperti berlari turun kerana cerun yang tajam. Berhati-hati. Otot paha akan terasa sakit kerana cuba menahan berat badan dari menolak badan berlari laju.


Terdapat selfish climbers yang sangat ghairah mempamerkan kekuatan stamina masing-masing. Berlari laju menuruni cerun bukit dan memotong di antara climbers yang lain tanpa memikirkan faktor keselamatan orang lain.
Climbers haruslah faham kerana laluan naik dan turun adalah sama. Terdapat orang tua, kanak-kanak  dan wanita yang mungkin kekuatan staminanya berada pada tahap berbeza. Kalo nak tunjuk terer, pegi panjat gunung kinabalu kerna Bukit Broga ini more for leisure and fun climbing.


Namun, ada juga climbers yang tidak peka dan sensitif. Kami faham kerna mereka tersebut adalah amatur dan tak penah seumur idup panjat bukit tiba-tiba TERpanjat plak...hahaaa
Sudahlah memakai sandal, talking to the phone while climbing down through the steep track....huh! Siokk cakap kat tepon, mula lar di awang-awangan. Gelak ketawa kekekk sorang-sorang. Langkah jadi slow dan orang blakang plak dok follow buntot dia...alahai...come on lar cik kak!! be real okay O.O


Satu lagi perkara yang kami sangat tidak suka ialah sampah sarap yang dibuang sesuka hati di sekitar dan di atas Bukit Broga!!! Seriously serious kami tak suka dan terasa sungguh malu dan hampa dengan para climbers yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Ampa mai ke Bukit Broga kerana tempatnya indah, tapi ampa mai bawa dan buat kotor kat sini! Litter hurts okay!

Cubalah tengok polistren makanan yang ditinggalkan di sebatang pokok kelapa sawit ini. Menjijikkan mata kami! Elok dibahasakan sket spesis manusia sebegini; [forgive me for the language, but they deserve it]

Perut dah kenyang melantak
Sampah dibuang tak guna otak!


Ketika mendaki, terdapat seorang adik lelaki di hadapan kami. Di dalam gelap pagi, tiba-tiba kami ternampak beliau membuang bekas minuman McD dan jatuh betul-betul di depan kami. Apa lagi terus kami sound direct. "Haish! kenapa buat sampah nie? jaga lar alam sekitar" Terkedu adik tu dan terus berpusing mengutip semula bekas minuman yang dibuangnya sambil tersipu-sipu berkata "sorry-sorry...hehee...jatuh..."


Plastik makanan, botol minuman, kotak rokok, plastik ais krim dan segalanya yang cikjah boleh bayangkan sebagai sampah ada di sini. Gross!!!



Jadilah climbers yang bertanggungjawab. Jagalah alam sekitar. Malulah pada diri sendiri kerana tidak mampu menjaga kebersihan di bumi sendiri.


So, next time cikjah nak climb Bukit Broga, pastikan cikjah mampu menjaga alam sekitar di sini or else don't come and climb at all! I'm totally bitter about litter. Fullstop!

Lepas climbing, we all pegi picnic at Sungai Tekala...yeyyy!!!
First time kami sampai sini.


Not bad. Tempatnya bersih, sungainya agak dalam dan public facilities pun banyak. Kena bayar entrance fee RM1/adult.



Tapi kami tak mandi pun. I just recovered from fever, so taknaklah mandi sungai. Rasa macam tak sesuwei gitu...Ahaks!



Paling penting, sampai jer kami terus sarungkan dustbin yang disediakan dengan plastik sampah yang kami bawa.
Ingat cikjah, walo ke mana jua kita pergi kebersihan adalah keutamaan. Kalo tempat kotor cikjah pun geli nak duduk kan? So, kenalah sama-sama jaga kebersihan.

All the preps for the FUN-tastic picnic...




Memang best walopun mengantukkk sangat...hahaaa
Maklumlah kami kan bangun pukul 3.30am. Penat mendaki mula terasa. Tapi yang pasti kami tak pancit atau termengah-mengah selepas climbing. Alhamdulillah stamina tip top. Berkat workout...heheee


Climbing best! Picnic best! makan pun best!

........namun, tahap ke-best-annya tak leh lawan countryside cycling trip around Ubud, Bali yang best tahap meletopp...heheee



Sep 21, 2012


Cer cikjah tengok kat bil atas tue!  Ayaq ais kosong depa jual sampai singgit!!!!
Ayaq suam plak 5kupang...huh!! Memang tak patut dan sangat tidak patut. Restaurant yang kami pi makan nie pun biasa saja. Bukanlah kelass sangat, pelanggan pun tak ramai but it belongs to well known Malaysian lady chef.

Awat, ayaq kat restaurant depa guna penapis alkaline water yang mahai berpuluh ribu dan baik untuk kesihatan tu kar? Mana? mana? cer tunjuk kat kami. Kami nak tengok pesepa yang juai ayaq ais kosong dan ayaq suam mahai sangat nie??!!
Ayaq tadah kat paip dapur pastu masak atas api pun nak juai sampai mahai lagu nie. Iskkkk!! mau untung cepat jangan lar sampai macam nie skali....kesian.

Kalo kat Indonesia & Thailand, depa letak ayaq masak atas meja free saja tau dak?! Free untuk para pelanggan yang datang makan kat restaurant depa. Tapi, sebab kita tak biasa kat tempat orang, mungkin kita tak sanggup lar kot nak minum ayaq tu kan. Advisable minum mineral water.

Kalo kat upscale restaurant plak, minta ayaq suam.....ooooo takdak. Depa jual mineral water saja. Selected brand plak tu like Evian yang harga sebotol mencecah 20 hengget...Erkkkk

Kalo ada pun yang juai ayaq suam atau iced water.....alarrrrr....gelas-nya ceconettt ler sangat. skali teguk dah abesss. Kesian lagi.

Sangat tidak logik kalo makan kat luar dan order minuman yang harganya RM10! Segelas minuman harganya RM10??? Owhh no!!! Bleh dapat mee goreng 2 pinggan tau. Fikir-fikirlah cikjah kalo eat out nak order fancy and expensive drinks. Dah lar minumannya sangat manis which is not good for health. Kat rumah takmo plak cikjah buat ayaq sedap dan best macam kat restaurant tu jamu family sendirikan? Nak juga beli dan minum hat mahai kat luar. Aww!

Kalo fruit juice plak, memang gelasnya sangat besar, tapi kuantiti buah yang digunakan alar....ceconett ler sangat. Maka minumlah cikjah fruit juice yang ceroi orang kedah kata....kesian cikjah kena tipu.

Tahukah cikjah bahwa buah-buahan adalah lebih baik dimakan terus rather than diputar menjadi jus minuman? Ahaaaa!!! itu yang cikjah tak tahu, konon lar makan kat luar order fruit juice sebab baik untuk kesihatan, tetapi.........cikjah sebenarnya tidak faham.....heheee


Maka oleh yang demikian, kami menyeru cikjah sekalian alam, amalkanlah minum ayaq suam atau ais kosong ketika makan. Bukan saja murah, malah baik untuk kesihatan. Tapi, tokey restoren pun dah auta tahap thomakk sekarang, juai ayaq suam dan ais kosong mahai. Maka oleh yang demikian juga, marilah kita pakat bawa ayaq minuman sendiri dari rumah walo ke mana jua kita pegi. Jadikan ianya amalan hidup cikjah dan anak-anak. Nak minum ayaq sedap? Cikjah buat sendiri kat rumah sekali skala as a family treat okay... Wink!



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"