.

.
Showing posts with label fitness. Show all posts
Showing posts with label fitness. Show all posts

Nov 25, 2015



Alhamdulillah, day by day kami dah berjaya memperkasakan my headstand - Aiceh! Dah tak perlu wall lagi...hahaa

Tapi bila jatuh terlentang mula lar menyesal sebab tak dak dinding kat belakang...hahaa
Well, nama pun pektis kan. Practise makes perfect.

Kami jadikan headstand sebagai rutin harian. Bangun pagi lepas solat Subuh & ngaji Quran sket kami akan buat headstand. Bagus untuk blood circulation. Paling awesome inversion is good for anti aging.


Bila dah capai tahap wall-free, sekarang kami sedang memperhebatkan pektis dengan pelbagai headstand variations - Aiceh! So far so good cuma blum berkesempatan nak snap gambar.


Satu lagi sebagai koleksi rekod peribadi kami ialah standing on swiss ball from scratch. Meaning, bermula dari melutut pastu slowly standing atas bola yang bulat itu. Huhh! it was not easy. Paling seram ialah kalo jatuh. Kalo tanpa kawalan, cikjah tak bleh nak agak jatuh tersembam kar, terlentang kar, terpeleot kar...hahaa

So Awas!, jangan tiru aksi ini tanpa latihan dan strong core.


Chewah! nampak tak betapa belagaknya Pienkcat standing atas bola itu...hahaa
So far, kat gym kami jar yang suka buat benda-benda macam nie - like swiss ball, monkey bar, gymnast rings. So, bila jumpa members lain dan berkesempatan bersembang, many asking me am I a gymnast?

Huhh?! ERrkkk!

A gymnast?

Adehh...jauh api dari panggang. Badan pun keras macam kayu....huhuu

Depa dok tengok kami buat all the workouts especially gymnast rings tu terlipat sini sana kayak a gymnast...hahaa

Well, kami take it as a compliments though. Maybe sebab kami suka hanging upside down. It's absolutely fun and does wonders for mind. Kami buat apa yang kami suka....hehee
Kalo tak suka jangan buat okay?



Alright cikjah, sekejap saja dah nak hujung tahun kan? Time flies.
Until kita jumpa lagi, please jangan lupa senam okay....wink!



Nov 8, 2015


Pienkcat in One-legged King Pigeon pose
Selalunya bila tengok asana pictures or video online kami mesti mengidam nak buat walopun blum pernah blajar atau buat those asanas in my yoga lesson. Namun, dengan sedikit basic yoga yang ada, kami akan berlatih sendiri. Usaha tangga kejayaan kann...hihii

These are photos of my first time ever performing one-legged king pigeon pose.
Jangan keliru antara mermaid pose dan king pigeon pose. Dua haiwan berbeza tu. Satu ikan duyung dan satu burung merpati. Satu di laut, satu lagi di darat. Ahaks!

Pienkcat in King Pigeon pose
This asana requires pretty big back bending and hip opening. Ouch!
Tapi jangan pula cikjah tetiba terus nak try buat this pose. Kena warm up dulu okay. This full pose di-kategorikan sesuai untuk intermediate yogi. Tapi seperti biasa, kami suka lompat darjah...hahaa

Satu lagi kejayaan peribadi yang membanggakan kami setelah setahun pektis yoga ialah standing on swiss ball!!!
Yeyyyy!!! Finally I made it.
Sebenarnya dah lama sangat mengidam tapi tak pernah cuba nak buat. No courage. Maybe sebab takut malu kot kalo jatuh terpeleot! hahaaa
Malu kat abang dada ketakk ler tu....

Namun, kami mengambil langkah berani untuk mencuba dan yes! yes!! yes!!!
Ini lah namanya usaha tangga kejayaan.

Pienkcat standing on swiss ball

Dah berjaya jadi puteri duyung dan burung merpati, sekarang kami nak jadi ikan plak. Tapi ikan bukan sebarang ikan, bukan ikan bilis, bukan ikan termenung - ikan jenahak okay...hihiii [mahai sket kan]

Pienkcat in aerial fish pose




Oct 25, 2015


Kacang. Kacang sangat all the yoga asanas. Tengok depa dok pektis kat youtube, tengok gambar kat google - allehhh, right at that moment hati terus terdetik senang piang. Kami pun bleh buat....muahahaa [ I bet many feel the same too....Ahaks!]

Well, silly me! That was what I thought masa mula-mula practising yoga. Budget tererr yang hamatt...hahaa
It turns out not that easy lah. Pengsan terlentangg kalo practising ashtanga yoga. Pheww!

It really needs kekuatan mental dan fizikal. My journey is still a long way to go. But regret not, it's a learning process anyway and I treasure every minute of it. Love it!

Apa yang membakar semangat kami ialah, every first time yoga class with new yoga instructor, I got a positive feedback - 80% cakap I am pretty good. Huwwaa! perasan lar pulakk...hahaaa [sila tutup this blog pegi tengok radio okay....hihii] Good di sini means that they saw me as a newbie but I managed to do all or nearly all the asanas.

Tapi bila chegu cakap macam tu, kami tak tau macam mana nak react or response sebab I never feel myself good enough. Seriously serious, I am a newbie in yoga business. Dah tu plak, start waktu dah buloh. Kalo start waktu rebung, agaknya by now kami dah ada yoga studio kot. Aiceh!

Maybe sebab sifat perfectionist kami tu sedikit sebanyak membantu mendisiplinkan kami in practising yoga. Kami kerja kuat untuk mendalami dan memperbaiki my asanas walopun kadang kala merasa kecewa sebab tak leh buat...huhuuu

Mental note: Kesabaran kena tinggi. Orang pandai tak jadi pandai dalam sekelip mata...heheee

Wheel pose
One legged wheel pose
Eight angle pose

Headstand


Aiceh! macam spiderman plak dari jauh...dari dekat macam kak gayah tengah qabat pokok pelam jiran...hahahaaa

Jah!, nak cecah garam belacan kar? jom!




Oct 16, 2015

Pienkcat in wheel pose

Okay lah, after a year been practising yoga, I am officially calling myself a yogi. 
How's life as a yogi? Well, I would say lebih nyaman. lebih lenturan, lebih kuat kudrat badan dan lebih mindful tentang diri sendiri. 

Harus difahami, walaupun konteks dan pemahaman yoga itu lebih luas dan sangat spiritual pada sesetengah yogi, namun  pada kami ia tidak lebih dari satu cara untuk bersenam dan memahami tubuh badan sendiri.

Yoga itu sangat lembut jiwanya hingga hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Yoga adalah tentang kesedaran dan keberadaan pada waktu semasa atau sekarang [present]. Maksudnya segala tumpuan diberikan pada dan ketika itu. Tiada masa lampau atau tiada masa hadapan - hanya fikirkan tentang masa sekarang. Dari tumpuan itulah secara automatik kita akan fokus tentang badan dan minda sendiri. Lebih kesedaran secara total. Justeru, kita akan menjadi tenang, lapang dan berfikiran lebih positif.

Secara umum, mungkin ada yang berpendapat, baguskah ber-yoga? Paling utama bolehkah yoga menurunkan berat badan? Bolehkah yoga mengeluarkan peluh? Ahaa!

Kalo sekadar melakukan asanas [postures] memang lah hampir tiada apa yang dapat dirasakan melainkan meregangkan badan dan mungkin kesakitan kerana tidak menggunakan teknik dan cara yang betul. Yoga berkisar tentang melakukan asana dengan menggunakan bahagian dan anggota badan, otot [muscles] dan nafas yang betul. Ia bukan sekadar meregang atau melipat badan semata. 

Jika suatu asana itu memerlukan tangan di angkat ke atas, pastikan tangan itu diregang lurus seolah-olah ingin mencapai langit di atas, bukan macam angkat tangan nak jawab soalan di dalam bilik darjah...heheee

Harus diingat, yoga juga bukanlah suatu pertandingan. Maksudnya di sini, fleksibiliti, kekuatan dan stabiliti seseorang mungkin berbeza-beza. Janganlah di banding-banding sana sini. Jangan pula memaksa melebihi kemampuan badan sendiri - practise makes perfect. 

Pienkcat in headstand


Sejujurnya, adalah satu bonus jika mendapat tunjuk ajar dari guru yoga yang berpengalaman dan informative. Kerana, ada juga guru yoga yang sekadar menunjuk ajar di hadapan kelas, kurang maklumat dan tips tentang cara melakuan sesuatu asana dan tidak menegur betul atau salah setiap asana yang dilakukan oleh pelajarnya.

Sebagai pelajar pula, rajin-rajinlah membaca, bertanya dan membuat research tentang setiap asana yoga dan berlatih, berlatih dan berlatih. Yoga ialah rutin. Jangan pula pektis yoga pastu cuti 2-3 bulan, pastu pektis kembali tanpa sebab yang munasabah.




Pienkcat in Camel pose

Ha, hari tu kami promised cikjah gambar monkey business kan, nah! bukan main bersemangat Pienkcat buat monkey bar. Tinggi betul monkey bar nie, depa ingat nie monkey bar kat London kar? Mat saleh memang lar tinggi-tinggi, nie kat Asia, kat Malaysia kot....haiiihh
Tapi, kami tetap bergaya ber-monkey bar. Ahaks!

Nak capai monkey bar kena qabat dulu...hahaa

Pienkcat in skip a bar monkey bar routine


Okay, beautiful monkey hanging there! hahaaa



Oct 10, 2015



Selamat Hari Sukan Negara cikjah!,

Asik makan dan berjalan sini sana jar, cikjah dah bersenam today? 

Whatt??

Sudah? that's good. Keep it up! [please spell in good english. Not bangla spelling]

Kalo yang blum, ketahui-lah that our body needs regular workout. Kesian kat badan kita, sudah lar berkhidmat seumur hidup, tapi kita buat tak kisah saja kat dia. Macam tak penting. Pastu ada hati buat-buat baik dengan badan sebab nak minta badan jadi kurus. Kita sogok badan dengan krim dan ubat kurus. Cisss! suatu penghinaan betul.

Wake up cikjah! Please contemplate workout routine into your lifestyle as it is equally important as healthy and balance eating.



Sedar tak sedar, dah sembilan tahun I've been working out at gym and it's officially a year of myself  practising yoga [and counting]. Walopun setahun jagung, but I am really proud of myself. Looking forward to improve day by day - inshaAllah. Generally, kami practise yoga 4-5 hours a week. 3 hours high intensity cardio cycling and 1-2 hours weight training.



My headstand pun semakin baik dan santek. Aiceh!

I learnt a few other variations of doing a headstand. Sangat mencabar, tapi as always, practise makes perfect.




My first trial and I did it! Yeyy!




...and gymnastic rings are my favourite! Terkini, I've conquered the monkey bar. Yeyy!
Cikjah perasan monkey bar kat belakang tu? Ahaa! I nailed that too. Nanti-nanti kalo ada photo kami share okay. Mesti amik punya for my personal collection. Usually kami suka amik video sebab from there kami bleh blajar di mana kesilapan kami dan cuba baiki.


Lepas berhempas pulas dok pulaih badan, kami belanja badan with a good spa. Owhhhh! splendid!


 Until then cikjah, happy workout dan Selamat Hari Sukan Negara - Jom lah bersukan!


Oct 8, 2015


Alorr..lorrrr....tomeii nyer dia tidoq tergolek....eeeiiii...geyam!
Mesti dah kenyang sebab tu tu tidoq tergolek tak sedaq diri.


Sedang  tidoq tergolek, tetiba datang kawan dia lari-lari pastu pijak badan pijak muka...hahaaaa
Tapi, tidoq tergolek tetap diteruskan. Amazing hamster!

This pictures were taken in a pet shop. Tengok-tengok cuci mata hiburkan hati jar lar sebab tak nak bela hamster - tak larat jaga...banyak beranak....hahaaa


Okay, saja kami nak share dengan cikjah kecomelan hamster tu. Citer sebenarnya kami nak sembang pasai makan. Huh?! makan? sedap nie...heheee

Macam mana projek bekaii cikjah? Walopun dah pernah tanya, tapi nak tanya juga sebab takmo lar jadi angat-angat pupu ayam. This project should not and will never stop for me. Kalo diizinkan masa dan kudrat, cuba lar projek bekaii. Memang berbaloi-baloii.

Hari tu kami pi servis kereta se-awal jam 8am, pun bawa bekai. Sambil menunggu kereta di-servis kami makan bekai sarapan yang kami bawa. Drink pun kami bawa cuma minta hot water jar dari pantry service center.


Keutamaan bekai sarapan kami  ialah makanan sihat. Kalo tak sihat, tak payah susah-susah bawa bekai, pi jar makan roti canai kat kedai yer dak?


Sedap, sihat dan mengenyangkan. 




Huwwa! set lengkap hidangan sarapan pagi dan tengahari di pejabat. Cayalah Pienkcat - hebat! heheee


Juga set lengkap hidangan tengahari di pejabat. Cer cikjah try broccoli cecah ayaq asam. Fuhh! yummm!




Huwwaaa! tringat kembali kepada hamster tomei tidoq tergolek di atas, my bekai hat nie reminds me macam hamster or rabbit plak, just green and an apple...hahaaa


 Okay, last....belanja cikjah kek pisang sket. Lately, kami suka sangat makan pisang berangan. Sedap giles! Kami beli sesikat dalam RM9. Banyak! sebab pakcik jual tu takmo potong pisang tu - jahat juga pakcik tu. Sudahnya, sebab sayang pisang dan taknak membazir,  kami buat kek pisang sebahagiannya. Boleh lar kongsi dengan jiran sket.



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"