Bahan-bahan:

Udang sederhana besar
1.5 cup santan cair
1.5 cup santan pekat
3 ulas bawang merah kecil (shallot)*
3 biji cili merah besar*
8 biji cili padi*
1cm belacan*
2tbsp udang kering [rendam]*
1cm kunyit*
2 keping asam gelugor
2 batang serai (ketuk)
1 helai daun kunyit (potong 4 bahagian)
Nenas

Cara:

1) Kisar bahan-bahan *
2) Masukkan ke dalam periuk bersama santan cair, serai & asam gelugur. Biar mendidih
3) Masukkan potongan nenas dan reneh 5 minit. Tambah santan pekat.
4) Masukkan udang dan daun kunyit. Masukkan garam [tak perlu gula kerana nenas memberikan rasa manis] dan biarkan mereneh selama 10-12 minit atau sehingga udang masak. Tutup api