.

.

Apr 19, 2014


Ting!
After few seconds...Ting!
Ting! lagi. Then Tingg! lagi. Another Tinggg! lagi
After 1 minute...Ting! Tingg! Tinggg! lagi.

In one minute, total replies received were like 10-15 smses. Owh my!
Penah cikjah alami situasi sebegini?
Berduyun-duyun notifications masuk to smart phone due to whatsApp replies.
Perlu kah?

Kalo cikjah suri rumah, tengah dok kupas bawang kat rumah, tengah sapu lotion kat badan di tepi pantai, tengah minum kopi kat starbucks, tengah kalut pilih kain meter kat kamdar....okay lar kot kalo receive sebegitu banyak notification macam tu.
Tapi yang menjadi masalah sekarang ialah during working hours! Tengah buat kerja, tengah diskas dengan boss, tengah meeting, tengah seminar, tengah training and etc.

Sebab tu lar kami tak berapa minat sangat nak join whatsapp group. Bukan main lagi depa pakat lumba-lumba create group [maklumlah benda free...heheee]. WhatsApp dah jadi macam chat room. Annoying & irritating!
Kadang-kadang benda tak berkaitan pun nak reply. Sorang tambah, berderet yang lain sambung. Sedangkan benda remeh dan tak berkaitan langsung. WhatsApp ataupun sms group dah jadi macam chat room!

Annoying sangat bila check phone kadang-kadang sampai ada 50 - 80 notifications! owh my!! Paling tak senonoh pukul 2-3 pagi pun nak hupdate kat whatsApp group nak abaq tengah makan mee goreng kat mamak sebab takleh tidoq. Laaaa.........ganggu tidoq orang tak pa...dei! think lar! think! Do not abuse something useful for granted. Ada plak tu yang reply "wow sedapnya" Ceh!....kesian.

Penah terjadi, dalam WhatsApp group dok post gambar yg bukan-bukan. Tak jaga sensitiviti orang lain. Dah bergaduh. Kalopun niat nak melawak atau buat lawak b0d0, jangan lar tunjuk sangat yang kita nie brain-dead person.

Ada tu plak, berkonvoi ke suatu destinasi. Sepanjang perjalanan dok ber-whatsApp. Bila check ada 150 notifications!!! OMG. Tengah driving dan kalopun yang dok type tu tak drive, tapi mengganggu konsentrasi pemanduan kot. Dah tu plak, punya asik dok WhatsApp sampai konvoi sesat. Errkk!

Untuk makluman cikjah, I never turn off or silent my phone during sleeping hours. Handphone itu ibarat nyawa kalo ada apa-apa kecemasan. Mana lar tahu kalo kita sendiri berada dalam situasi cemas atau pun ada emergency phone call dari kampung, keluarga atau saudara mara.

Tapi kami fikir jugak lar skali skala tu. Bagi muka pi lar kan kat depa. Pertamanya kami faham sebab maybe baru pertama kali pakai smart phone, baru download whatsApp application and paling penting wi fi free kat opis atau kat tempat awam. Must be teruja.

Awal-awal lagi kami minta maaf sebab kalo dapat invitation to joint whatsApp group, kami terpaksa refuse politely. Nightmare bila ruang yang ada untuk memaklumkan perkara-perkara penting disalah guna hingga menjadi chat room. On top of that, tak kira masa. Hampir setiap masa ada saja notification.

The most sick situation is bila kluar makan dengan kawan-kawan. Kalut tiap sorang satu dok tekan henpon type message reply or post on whatsApp. Owh k-mon lar...time makan please makan!
Ada juga situasi dimana pasangan cikjah menjadi cemburu bila asik dengar banyak sangat whatsApp notification receive kat henpon cikjah...dok tak dok dah gaduh...aduh!

Memang bleh jer kami turn down the phone volume or silent terus jika bunyi notification yang masuk to my phone dirasakan sangat sangat annoying, tapi kalo kami silent my phone, macam mana kami nak stay alert  and act efficiently on Mr Boss phone calls or smses or any other important phone calls?  Well, mungkin pendapat kita beda. I put work at number one during working hours.

Kami bekerja rapat dengan Mr Boss. Kalo Mr Boss is outside even overseas, memang we all berkomunikasi through phone call or sms. Boss plak kalo call memang direct to my handphone number. Seolah-olah office takdak telepon...hahaa

Kadang-kadang kalo orang nampak kami dok type sms kat phone tu ingatkan kami tengah sembang dengan kawan, NO! sebenarnya 70% dengan Mr Boss. Hinggakan penah Mr Boss citer kat kami that there was one time his daughter asked him "Papa, why you always telephone Pienkcat [nama samaran]?"
Hahaa....Nasib baik Mr Boss tak crazy about e-mail sangat. So, lega jugak lar or else mesti penuh mailbox kami. Uh!

If it involves work related matters, kami never texting Mr Boss using WhatsApp and so does he. Pada pendapat peribadi kami, whatsApp itu dirasakan sangat tidak formal. More to social media gateway. Sesama kenkawan okay lar. We use iMessage instead [ I'm an apple girl...hehee]. Ha! that sound more appropriate.

Let's go back to previous 5 years. Kalo cikjah nak MC or emergency leave, cara yang paling senonoh, dihormati dan paling sesuai ialah telefon office untuk bagitaw pihak terlibat. Tapi sekarang, kalo nak MC or emergency leave some hantar SMS saja. Sesetengah organisasi mungkin tak kesah sangat walopun diberitahu melalui SMS instead of telephone call. Tapi sekarang dah teruk sangat aihh...nak MC or emergency leave hantar pakai WhatsApp?? Uh! Tak kesah lar kot tapi bagi kami budi bahasa itu penting.

Urmm by the way, please say WhatsApp correctly.
Kalo ikut lenggok Bahasa Melayu, it is "whats-ep"  [ep macam nak sebut episod] NOT "whats-ap" [ap macam nak sebut apa]. Tolong pebetui please...hehee


Apr 17, 2014


Nyaman skali berada di Smokehouse, Cameron Highlands. 
Cuaca dingin sempurna dan dikelilingi oleh taman bunga yang sangat sangat sangat indah skali. Kami suka!

The Smokehouse, Cameron Highlands, Malaysia


Melangkah masuk ke dalam ruang hotel, smokey smell terus menerjah deria bau. Some people said it's musty smell, tapi bagi kami it more like smoked garlic smell. Cikjah penah bau smoked garlic? Uishhh...wangi. Terus rasa nak pegang pisau masuk dapur....hahaaa


Tak puas mata kami menjamu selera dengan pemandangan garden yang sungguh cantik dan subur di sini. Memang idaman setiap penggemar hiasan dalaman berkonsepkan English untuk mempunyai garden seindah di sini. Kalo lah berumah di Cameron Highlands...uh! mesti garden kami setanding garden Smokehouse. Ahaks!






Mata terpaku. Kalau lah tingkap rumah kami dipenuhi bungaan sebegini....owhh!!!










Cute little tiny Hummingbird flying freely in the garden.

Hummingbird ialah antara spesies burung terkecil di dunia. Saiz antara 7-13cm sahaja.


Burung dan lebah berterbangan bebas di sekitar garden dan agak friendly. Tak takut orang langsung.



Ruang makan [breakfast / lunch] di dalam hotel


My favourite table!


Minum petang lazat di taman sari santek adalah aktiviti utama.
Kalo berada di Cameron Highlands, antara menu wajib yang harus dicuba ialah scone.
Match it up with a hot cup of tea....ooolalaaa...

Apple cake. Delish!

Fruit Crumbles. Yummy!


Scone with homemade strawberry jam and fresh cream


Indahnya berada di Smokehouse, CH. Hati rasa tenang, damai dan berbunga-bunga! 



Apr 16, 2014


Dah lama tak datang Cameron Highlands.  Tetiba terasa nak datang plak. Maklumlah kat bawah nie sekarang tengah hangat lit-lit. Macam mana lar rasanya berada di atas tanah tinggi nun di sana kan? Nyaman agaknya. Boleh makan sayur fresh banyak-banyak plak tu...Gulp!


Kalo berada di CH, memang best dapat makan steamboat loaded with fresh veggies! Uishhh!!! marvellous yumm yummm.


Buat pertama kalinya kami makan di Glory 78 Steamboat yang terletak bersebelahan Hotel De' La Ferns di Tanah Rata. One of the few halal steamboat restaurants available in CH. Restaurant baru. Kami tak terkejut restaurant nie sangat penuh dengan pelanggan sebab tak banyak pilihan restoren steamboat halal di CH. Hampir sukar nak dapatkan meja kosong. Hinggakan pukul 10.45pm pun masih ramai yang datang namun maaf tak dibenarkan masuk sebab last order sekitar 10.45pm macam tu. Pekerja pula memang tak cukup tangan. Restaurant dibuka seawal jam 8.30am hingga 11.30pm. Steamboat available only from lunch time onwards.

Kunjungan kami yang dulu-dulu, kami bersteamboat di Rosa Pasadena ---sedap. Suasana dan tertib makan terkawal sebab dalam restaurant hotel. Pernah juga kami makan steamboat di food court Tanah Rata --okay biasa-biasa saja.


Harga steamboat sekitar RM24/pax. Steamboat dihidang seperti di atas. Sadly, tak banyak sayur. Kobis??? Can't they find anything better than cabbage? Ada ka plak steamboat kobis kat CH yang terkenal dengan pelbagai sayuran hijau segar. Aiseh...
Cikjah nampak tak udang tipu tu? Ahaks! Rasa macam gelang getah okay.


Boleh pilih antara sup ayam atau tomyam. Kami lebih gemar sup ayam untuk steamboat. Namun, sup ayam-nya terlalu banyak MSG! Spoil betul. So, makan steamboat malam tu celup-celup jar lar. Tak koser nak hirup sup bagai. Kalo tak kami memang hantu sup. Uh! Mungkin sup tomyam-nya okay kot. Kami tak pasti. Cikjah kena lar try...hehee
Keseluruhannya restaurant nie is pretty okay untuk ber-steamboat. Lebih okay lagi kalo mutu sup dapat diperbaikki.

Pesanan azimat kami untuk cikjah, kalo lepas makan steamboat ramai-ramai 5-10 orang, tolong lar kemas-kemas sket meja lepas makan. Janganlah ditinggalkan bersepah macam longkang. Mahu pulak yang makan tu orang pompuan, bini orang, awek orang ataupun mak orang. Buruk kelaku. Terpancar personaliti cikjah di meja makan taw. Pekerja restaurant nak kemas meja pun senang dan cepat. Minta tolong ehh...kemas-kemas sket meja tu. ---thanks!


Tejutt gedikk kat CH. Jangan lupa bawa stoking untuk pakai waktu tidoq.
Sebenarnya kami dah lupa samada kat CH ada fan atau tidak dalam bilik hotel. Kami risau jugak sebab walopun sejuk, still I need fan untuk circulate udara dalam bilik, or else kami rasa lemass.


Ternyata memang takdak kipas di dalam bilik hotel. Alhamdulillah kami tidur selesa sebab penat sangat. Siang tadi masa memandu naik ke CH terperangkap dalam trafik jemm yang tidak munasabah.


Cikjah bayangkan dari Kea farm menuju ke Brichang cuma 2km, tapi kami kena kemut-kemutt sampai 1 jam 15 minit!!! Tak munasabah betoi. Kereta memang bumper to bumper. Lepas tu pulak, ada brain-dead drivers yang potong Q. Depa selit kot kanan dan kiri jalan. Helloo!!! Kami sumer boleh Q awat ampa tak bleh Q? Otak tertinggal kat rumah bawah montot lumbu kar?? Alahai...kesian.
Sorry no way kami nak bagi jalan to those dorky drivers. 


Punca utama trafik jemm tak munasabah ini ialah Pasar Malam Brinchang [on saturday night]. Padahal takdak apa pun. Bukannya ada kucin gaduh atau ayam eksiden terpeleott di tengah jalan pun, Sumer okay jar. Ada lar dua tiga ekor lembu parking keta makan jalan sket. Tapi jemm-nya....di luar kata-kata. Sesesak-sesakk Toll Damansara, sesakk lagi Brinchang! OMG...

Hinggakan menarik kami untuk telepon balai polis Brinchang untuk tanya jikalau ada apa-apa yang terjadi, mana lar tau ada pokok tumbang kar, lori tomato terbalik ka kan. Atuk polis dengan gumbiranya abaq kat kami that it was normal. Dengan nada ceria atuk tambah lagi "kadang-kadang kalo cuti sekolah sampai 4 jam"

Errkk....Seingat kami beberapa trip kami ke CH sepanjang 8-10 tahun yang lalu pun memang dah jemm macam nie jugak. Persoalannya di sini, apakah tiada solution untuk permasalahan ini hinggakan memaksa para pengunjung tempat peranginan terkenal di Malaysia ini terperangkap dalam trafik jemm berjam-jam lamanya? Dari pengamatan kami, tiada pula kawalan lalulintas oleh polis trafik di sekitar tapak pasar malam. Namun terdapat 2 pegawai trafik bermotor di tepi jalan sebelum pasar malam. Kemungkinan menyaman pemandu-pemandu lembu yang potong Q - Rasainn!

Itu situasinya jika cikjah dari Kea Farm ke Brinchang ketika perjalanan datang. Untuk perjalanan pulang, again akan terperangkap dalam trafik jemm tidak munasabah bermula dari Pekan Brinchang hingga ke Kea Farm. Azab kalo keta manual. Berasap montott dok dalam keta. Seeloknya, kami nasihatkan cikjah keluar dari CH seawal 3pm. Kalo lewat petang, lagi teruk jemm sebab sumer orang nak balik.
Apa agaknya perasaan residen CH kan? Dengan kehadiran pengunjung yang banyak, kampung halaman depa hampir setiap hari sesak. Mujurlah ramai residen yang bermotor dari kereta...agaknya.

Pink Hydrangea. RM60/pot

Fenat beletiaq pasai jemm, jom kita tengok bunga...hahaaa
Beletiaq bukan sebarang beletiaqq taw, beletiaqq ada tips dan info tu...Ahaks!


Kali nie tak banyak bunga segar di jual di Kea Farm. Sekarang tengah trend bunga segar tahan 2 tahun. Dah letak ubat katanya. Tak perlu rendam air, tapi bunga dok santek muda sampai 2 tahun. Erkkk....ntah lar, sukar untuk kami sahkan kebenaran ini. Dulu kami penah beli, katanya tahan 5 tahun. Tapi baru 3 minggu bunga dak peott. Now, tahan 2 tahun. Dah diskon 3 tahun. Ahaks!



Kea Farm
Jika kami buat perbandingan dengan 2-3 kunjungan kami ke CH sebelum ini dengan trip terbaru ini, memang berbeza sama skali. Kea Farm sekarang dipenuhi dengan longgokan jualan Jagung Mutiara. Jagung manis yang sangat lazat. Makan mentah pun memang dah sedap. Harga sekitar RM10/selonggok/8 batang jagung. Tergantung pada kedai dan saiz jagung. Ada juga yang jual RM10/2 longgok [12 batang]. Kalo dah siap rebus atau bakar RM3.50/sebatang.

Sayuran yang dijual di Kea Farm dan kawasan sekitar juga macam dah tak power sangat. 3 jenis sayuran RM10. Selalunya ada 1 brokoli + 1 bunga kobis + 1 kobis. Mahaii kan??
Kat Aeon Big or Tesco di KL, brokolli RM1.80/piece. Kobis pun baru 2-3 hengget. Memang agak mahai. Pastu kobisnya kecil dan banyak kulit putih. Kami suka kobis yang ada kulit hijau-hijau. Baru lar goreng nampak santek dan sedap.

Kalo dulu datang ada lebih banyak pilihan like batang celery, sexy carrot [sebab dijual bersama pucuk/daunnya], asparagus demok, dan lain-lain.

Sayuran yang dijual pun mostly tahap reject. Maksudnya kurang sesuai untuk di hantar ke pasaraya di ibu kota atau dieksport ke luar negara. Contohnya tumbesaran terbantut, saiz yang terlalu kecil, sayur atau buah kemetot, ada gigitan atau lubang-lubang serangga dan sebagainya.

Namun, dah nama pun datang ke CH, mesti lar cikjah pakat kelabu mata dan teruja. Jadi, Awas! jangan teruja sangat. Pilih-pilih dan jadilah pengguna bijak.
Untuk pilihan strawberry, kami rasa di Kea Farm lebih santek, saiz buah lebih besar dan harga lebih menarik berbanding di Brinchang.


Sadly, gerai-gerai makan di Tanah Rata tutup on Sunday. Frust sebab hajat hati nak sarapan nasi lemak best kat gerai makcik tu....uh

Pekan Tanah Rata
Motorbike for rent service available in CH tapi rate dia mahai lar...

Pejabat Pos Tanah Rata. Lama betul!



Kami berkesempatan ke pasar pagi di Pekan Tanah Rata [berhampiran Maybank/Convent school].
Kami teruja membeli sayuran di sini sebab mostly locals pun beli sayur kat sini. Mungkin locals pun tahu, kalo beli kat tempat lain harga lebih mahal sebab ada pengaruh pelancong di situ.

Sayuran kampung RM1/ikat ----murah!

Ada daun kaduk

Pegaga yang demok


Kobis macam nie baru best dan tergerak hati nak beli

Sayuran di sini sumernya bersaiz lebih besar berbanding  biasa. Geram!

Super demokk


Comel kan this little girl. Dia ikut nenek dia jual kat gerai. Dok diam  baik-baik jar atas basket. Kami gurau dengan nenek dia nak beli, tup-tupp customer sbelah kami cakap dia dah beli dulu...hahaaa
Memang cute sangat sampai customer berebut-rebutt...hehee


Saat paling kami tunggu ketika perjalanan pulang ialah gerai-gerai orang asli di sepanjang jalan terutamanya berhampiran Pos Slim. Kami ternanti-nanti tibanya ke gerai yang jual rebung!

Oleh itu, mata kena tajam. Tak sumer gerai jual rebung. Mostly depa jual madu dan petai. Takkan nak stop each and every stalls, banyak tu. Jadi kami memang fokus pada plastic rebung saja...hahaa

Hinggalah kami tiba di salah satu gerai yang jual rebung. The last 2 plastic bags. Kami beli both. RM5/plastik. Ada lebih kurang 4-5 pucuk rebung. Minta diskon tapi orang asli tak bagi taw...hahaa. Memang happy! Okay, sekarang perasaan puas hati kami dah complete.

Salah satu gerai orang asli yang menjual produk kraf tangan


Tudia! Hasil belian penuh bonet keta.Beg baju sumer pindah depan. Memang suatu keterujaan melampau. Yang penting balik kami masak dan bukan simpan dalam peti ais okay. Ahaks!

Cer tengok, by the time this post was up, kami dah berjaya masak dan habiskan pelbagai sayuran kami. Lazat!

Masak istimewa jamu kawan-kawan makan tengahari

Ulaman segar dari CH

Salad lazat bawa bekai pegi office
Masak lemak cili api Pucuk Labu

Sambal tumis Rebung

Giant oranges and strawberries

Kami tak sopping roses kali nie, cuma waktu turun CH tu ada payung tepi jalan jual bunga kekwa. Kami stopped. Gadis bunga were 2 little girls darjah 6 and darjah 2 di depan rumah depa. Kami beli 3 bungkus bunga kekwa. RM5/bungkus. Dirt cheap! Teruja!

Tak ketinggalan kami sopping sayur untuk jiran dan adinda. These are for my adinda dengan ucapan selamat memasak...hahaa

Sorry lar cikjah, kami memang tak pi tempat-tempat strawberry-merry, cactus, rose and lavender garden and etc. Kami memang fokus scone, steamboat, sayur dan rebung orang asli saja....hahaaaa



My Photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"