.

.
Showing posts with label Kiddos. Show all posts
Showing posts with label Kiddos. Show all posts

Dec 31, 2012


Towards year end, memang ada banyak sales. Paling best warehouse sales! Memang berbaloi kalo pegi warehouse sale. Bukan saja enjoy shopping, malah menjimatkan sebab good quality stuff dijual pada harga diskonnn....Kalo ada kelapangan dan sesuai dengan masa, mana yang dekat dan sempat memang kami pi...heheee

A friend of mine told me about the Mattel Warehouse sale at PJ---thanks! Urrmmm....okay jugak kalo pi, bleh stock up birthday present 2013 for the kids. But it was same day with Zara storewide sale. Kalo ada sale, kami suka pegi day one sebab banyak pilihan. Huh! mana satu kami nak dahulukan nie....alarrr!

Setelah panjang berfikir-fikir, akhirnya kami dahulukan the kids. Walopun cuma sempat shopping for 1 hour sebab I went there after work and sale pun dah nak tutup tapi puas hati jugak lah dengan hasil belian. Fisher Price items marked down giles-giless punya. Barbie dolls fuhh! kiut miut dan murah-murah as low as RM20! Collectors of Thomas & Friends and The Cars memang pungut abes lar all the collection yang ada. Eeuuwwww!!


The next day I went to Zara. Heheee...janji mesti ditunaikan! hahahaaaa [lagi] :)
Seperti diduga, memang ramai orang dan berfeluh-feluh kami dok try baju dalam fitting room. During sale they are very strict. Only 6 pieces baju at a time. Tak leh tukar-tukar size and kalo sapa tak fitting takleh masuk. Paling tak best no exchange...uh...uhh.

Dah lama I wanted to have camo, military and army print outfits for my wardrobe. Terasa nak ranggi-rangga and bang! bangg!! and I got one! yeyyy!! Actually I hate shopping trousers, pants and jeans. Malas nak try and I always have a feeling it's so difficult to get my exact and precise size and of course beautiful sexy cut...eeuuww!

Cikjah perasan tak lately it has become a phenomenon on online shopping di mana sellers menjual baju-baju kununnya inspired by branded label. Sebenarnya to me ianya sama jar dengan fenomena baju Korean online. Cuma nak mark up the price, they used word "inspired".

Lepas tu paling best sellers pakat tepek gambar original from particular international label. Gambar baju-baju yang di-inspirasikan tu tak plak depa nak tepek bagi pelanggan tengok. Tepek gambar original memang lar lawa. Siap model minah saleh size zero lagi.  Satu lagi kebanyakkan online butik takmo letak harga. Sapa berminat sila PM kata-nya. Awat lagu tu? Apa tujuannya? hurrmmmmm......

Paling banyak di-inpirasikan ialah Zara, H&M, Topshop and etc. Ada kar kami beli blouse Zara RM200 at the shop, depa jual online RM60 jar??? hahaaa...padan muka kami atau padan muka depa? Tak kesah lar nooo, pilihan masing-masing. Janji santek :)


Gedebak-gedebukk, nah! silalah membayar....aaaaAAAAAaaAAaaa O.O
Sale ke tak sale nie?


Masih gigih dan bersemangat juang, kami datang Zara lagi for the next day....hahaa
Apakah? This time kami nak shopping birthday present for cute little baby Zara who turns two in another two weeks.



Alarr...comelnya dia. Zara for Zara.


Aug 12, 2012


Pucuk dicita ulam mendatang....nom..nommm...sedap nowh makan nasi lauk ulam cecah sambal blacan...heheee

Awal-awal lagi kami dah selesai sopping raya untuk anak-anak buah, kekanda, adinda, bonda dan ipar duai di kampung bagi tahun ini. Alhamdulillah. 
Tiba-tiba! kami terbaca iklan "sale"....Alarr! kami jadi nebess bila baca perkataan "sale"...hahaaa [tahap sakit kami sudah kronik, minta doktot tolon rawat please]. Padahal kami tak penah beli dan lihat pun barangan cap Leno nie. Slalu dok dengar iklan kat radio jar. Tapi sebab tak jauh sangat dan kami pun [boleh] ada-kan masa, maka plan tindakan segera di rancang...hahaaa 


Walopun kami sampai lagi satu jam sale akan berakhir, tapi kami gumbira. Barangan Leno sama macam Amway, Avon dan seumpamanya. Kami cuma tertarik kat kasut sebab baju-baju kami dah beli, so, it would be nice kalo kami belikan kasut as a bonus for my team at kampung :) Kualiti kasutnya agak bagus dan kalo pandai pilih dan ada taste sket kann...Aiceh! cikjah akan dapat kasut yang santek dan berkualiti.


This goes for my kekanda


This goes for my adinda


This goes for my mum [memang  sesuai sesangat. Her taste!]


and two similar pairs of this go for the girls


What a bargain for a cute SSF money-box lembu minum susu nie. Member price RM4 jar instead of actual selling price RM8. I bought these to replace the kiddos's teddy bear money-box yang dah lubang-lubang. Since they age 2 years old kami dah mula train depa menabung. Every time kami melawat depa, kami akan bagi duit RM1 each as a token. So, duit tu depa simpan dalam money-box. Macam-macam style money-box dah ada, hope yang nie tahan lama sket lar :))

Wahh! what did I get for myself? urrrmmmm....nothing.
Just 2 pairs of beautiful and sexy sleepwear dresses...Eeeuwww!! :))



Jul 24, 2012


Akhirnya I've done all the raya shopping for my nieces, nephews, bonda, kekanda, adinda and in-laws. Fuhhh! Alhamdulillah. Baru 3 hari posa. Itulah hikmahnya membuat persiapan awal. Tinggal nak pi fitting baju kurung kami jar next week. Entah bagaimana pulak lar hasil tailoring kat tailor baru nie. Harap-harap santek lar sebab upah mahaii hinggakan boleh dapat baju sepasang lagi...adeii

Tapi fenin jugaklah nak cari size baju depa. Kekanda baju size 44, BIL size XXL...tudia!! Nasib baik jumpa. Tapi tu lar...baju yang lawo2 jarang ada size yang besar-besar. Ralat lar jugak tapi stelah gigih berusaha mencari sana sini, akhirnya jumpa. Hubby adinda plak tak sure pakai size apa. Lar pulak :D Sebab badan beliau slalu turun naik. Kejap kurus, kejap demok sket...heheee. To play safe, kami beli 1 size bigger than usual. At least, lepas raya bleh pakai lagi. Sebab confirm size bertukar lepas makan ketupat, rendang, bihun sup, laksa, lontong, nasi tomato bagai. Wink!


Tiba-tiba rasa nak belikan telekung yang lawa ini untuk kak yam my bestie.  Saja -saja as a gift sempena Ramadhan Ya Kareem. Pun fenin jugak sebab tak taw nak pilih kaler apa. Ada bunga kaler dark brown which for me look so elegant dan lain dari yang lain. Ada kaler pink yang nampak sangat sweet and lovely dan kaler biru yang nampak sangat anggun dan menarik. Lastly after 30 minutes dok belek-belek kami pilih kaler biru sebab matching dengan sejadah kaler biru...heheee.


That's my style kalo pilih dan beli barang especially kalo nak bagi orang. Susah untuk buat decision sebab sumer nampak lawa di mata kami. Mesti lar kita nak bagi orang yang santek dan lawa kann :) Mahal atau murah bukan ukuran.


This one is my ultimate choice for my niece sempena her good result in exam. Pesen nie ada yang nie satu jar. Memang santek dan sesuai sangat untuk remaja 16 tahun. Penuh dengan bunga tabur kecil berwarna sweet. Material dari jenis kain lembut tapi tak jarang supaya mudah my niece nak jaga dan handle. Ciri-ciri keselesaan dan mudah nak jaga memang kami titikberatkan sebab kami faham macam mana cara dan rasanya dok boarding school. Basuh baju sendiri. Lipat baju sendiri...heheee



These are for me. Fabric brooch cum clip. Cute sangat! Memang lain dari yang lain. Sebab kami taktaw nak pilih kaler apa, kami amik sumer warna...Yeyyy!


Jul 18, 2012


Cikjah sidai baju, kami sidai bunga :)
Antara persiapan awal untuk acara cuci mencuci membersih rumah sempena menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelma. Aiceh! awal ko jah buat persiapan tahun nie....Ahaks! Mestilah, kami pun tak taw pesepa tahun nie kami begitu pantas, cekap dan organize skali dalam urusan cuci mencuci nie. Mungkin sebab kami ada masa dan tak mo kelam kabut last minute kot.


Tapi bila dah siap cuci-cuci benda-benda yang remeh temeh nie, hati rasa lega. Sangat sangat sangat lega. Sungguh puas hati! Plink! hilang 2-3 beban yang dok tersusun kat dalam minda nie. Kalo bang john nak taw, sbelum menjelang raya, minda cikjah sumer nie cukup berserabut taw. Macam-macam-macam-macam benda dan perkara nak buat dan settlekan. Hal baju raya anak dan encik suami, hal kuih raya, hal kemas rumah, hal perabot langsir karpet raya, hal pokok bunga raya,  hal duit raya, hal hidangan hari raya, hal baju raya kuih raya mak mentua, dan macam-macam hal raya lagi lar....huh! feninnn...


At least, mana yang mini tasks bleh didahulukan, kami dahulukanlah. Buat sikit-sikit. Bila dah masuk Ramadhan, memang akan lebih sibuk. Sibuk meraikan Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah.


Curtains pun dah siap cuci cikjah oii! hahaaa. Dah iron dan gantung balik dah pun. Errkk! Kami memang tak kalut nak tukar curtains pun. Kami nie jenis yang tak lawan-lawan dengan jiran atau kenkawan...heheee. Pakai dan guna apa yang ada jar. Janji bersih, kemas dan pandai susun atur.


Kalo langsir mahai tapi berdebu piang, rumah pun bersepah-sepahh pun takder maknanya jugak cikjah kan? Wink!


Kami juga dah start shopping baju raya untuk my nieces & nephews. Pheeww!! While jenjalan kat mall cuci-cuci mata [kononn], mana baju yang kami jumpa dan berkenan, kami belikan untuk depa. So far untuk 5 orang anak buah dah settle, tinggal lagi 3 orang anak buah, kekanda dan adinda jar belum.


Takpa, we go slow and steady...heheee
........................dan kami juga dah pi Subang Parade 3 weeks ago! What??!!!
Hahahaaaaaaaa.....Walopun kami di dalam mode takmo beli baju raya readymade sebab tahun nie kami dirasuki roh baju raya tailor-made hinggakan  kelam kabut dok cari tailor keliling alam. [Sedangkan nearly 7 years kami tak penah tempah baju] kami terbeli jugak sepasang baju raya readymade lawo kat Subang Parade....adehhh. Kami janji, lepas nie kami takmo pi dah Subang Parade. Ahaks!


Nasib baik my kucinn comel tak payah belikan baju raya...heheee
Tapi bila kami buat post mortem belian raya, sibuk jar nak join skaki :)


Feb 17, 2012



Inilah Gulai Ayam dan Betik Muda yang sangat sangat sangat lazat!
Bukan cubaan, tapi betul-betul. Memang sangat sangat sangat lazat!! Kami sendiri pun kagum dengan diri kami sendiri sebab dapat menghasilkan gulai ayam yang super lazat macam nie...heheee. Bukan perasan, tapi betul-betul...heheee [lagi]

Hari tu pergi pasar pagi, kami beli betik muda besar sangat kat sorang makcik nie, phase 1 kami dah buat siakap with somtam, phase 2 kami buat gulai dengan ayam pulak.

Punyalah sedap, 3hari menjamu selera berlaukkan gulai sedap nie. Day 1 and 2 makan dengan nasi. Day 3 kami buat sarapan jemput telur cicah dengan kuah gulai....uishhhh! marbelesss cikjah!


Untuk menu gulai ayam dengan betik muda yang super lazat ini, kami lengkapkan dengan hidangan ulam jantung pisang rebus dicecah sambal belacan nenas yang sungguh sedap hingga menikam jiwa qalbu.

Resepi gulai ayam dan betik, klik di sini okay...
http://pienkcat.blogspot.com/2010/11/gulai-ayam-dengan-betik.html


Gulai dah masak. Kami hantar sedikit untuk uncle jiran sebelah rumah. Maklumlah, uncle jadi orang bujang 2 minggu. Aunty pergi holiday ke Korea, jadi tinggal uncle seorang diri kat rumah. Sebab tu hantar lauk dengan nasi sekali. Nanti uncle dah tak payah susah-susah masak nasi.


Huishhhh! tangan kanan dok kacau gulai ayam, tangan kiri dok pegang mixer mixing the cake batter....SuperMak betul! heheee
Last minute decision. Bangun pagi kupas bawang, perah santan dan basuh ayam. Tengah dok tumis gulai, tiba-tiba keputusan dicapai....jom petang nie kita pi Seremban!  Tudiaaa aihh! kalut ngannn...

Terus bawa kluar butter, telur, timbang tepung dan start bakar cake. Gulai tengah mendidih atas dapur. Tot-tet-tott-tett....within 4 hours siaplah gulai ayam, selesai makan nasi dan red velvet cake with buttercream icing pun sempurna di atas pinggan ^___^  Phewww!
Dapur pun dah cuci calatt bersih bersinar-sinar dan siap dikemas. Maklumlah, berantakkan dari tengah hari tadi kerana buat buttercream icing nie memang leceh sket. Kitchen utensil sumer oily and creamy.

Sebelum bertolak ke Seremban, singgah Toy'R'Us dulu pickup birthday present. Awal tadi dah call suruh Toy'R'Us reserved-kan Saidina Upin dan Ipin. Minggu nie dua kali kami beli Saidina Upin Ipin as birthday present. Budak-budak suka betul. Hari-hari nak main Saidina tu. Gembira bila dapat beli dan hadiahkan sesuatu yang penerima suka :)
Pukul 6.30pm leave home for Seremban, pukul 7.30pm dah sampai. Alhamdulillah. Overnight at Seremban.


Jeng..jeng!! aunty dah balik Korea. Kami dapat souvenier a box of Jeju Island Chocolate and jewellery box. Thank you aunty. Aunty siap cakap "terima kasih hari tu bagi uncle kari ayam masa aunty takder. Uncle cakap sedap"

Heheee...see cikjah? ini bukan cubaan, tapi betul-betul......sedap ^___^


Feb 8, 2012


Yeyy!!! aunty baked a deliciously gorgeous rainbow cake with pink buttercream. Owh! my! It was absolutely heaven ^___^





She turns six this year and so hard to believe that she is actually starting big school next year!....wow! how time flies...



I've been planing for weeks to bake this homemade birthday cake and yes I did :)
and here we go, delivering the special birthday cake to a special birthday princess.


Surprise! It's called magic. When 'pienk' touch the cake, it will turn out a rainbow cake! ^___^


Not only was this cake adorable, it was really delicious.


A perfect birthday cake come along with a fun educational birthday present. A great family and friends game; special edition of Saidina with Upin and Ipin themed.

H a p p y B i r t h d a y !

Sep 6, 2010


Lagi 1 week nak raya, masih ada feeling kah cik jah nak buat cookies kah? ngehheheee...al-maklumlah masing2 sibuk dengan persiapan raya pulak :)

Ada cik jah yg dah start cuti & dah sampai kampung bagai. Well, this entry bukan lah khusus untuk kuih raya semata-mata, but this recipe sangat best! & sesuai for afternoon tea or children treat at anytime & anyday...oowhhh! cecahh ayaq hangat. Sedap!


NOTES: Bulih guna any shape yg cik jah suker yer. As for me it's just for fun & to treat the kids, I use kitty shape and add some accessories supaya santek & menarik :) Kalo nak lebih classy, shape-kan bulat leper besar-besar. Nice!


The ingredients (1 adunan ikut shape ni about 35-40pcs):


370g tepung gandum [Untuk biskut sedap, ayak tepung & jemur dulu kat matahari]
1tsp baking powder [campur & gaul sebati dalam tepung gandum]
1 biji telur
150 gula [kisar halus]
150g butter [room temp]
Esen vanilla [few drops]

Method:

1) Pukul butter hingga creamy using mixer [I used Tatura butter. Tasty & gebu]. Masukkan gula sikit-sikit. Pukul lagi hingga agak2 putih

2) Masukkan telur & esen vanilla. Pukul hingga sebati.

3) Masukkan tepung dan kacau dengan spatula biar sekata [kurang sesuai guna mixer at this stage sebab bila tepung dimasukkan, adunan menjadi sgt berat]

4) Bungkus dengan plastic wrap dan simpan dlm fridge for at least 1 hour.

5) Keluarkan dari fridge dan alas plastic atas dan bawah untuk memudahkan kerja2 mencanai


6) Canai jangan terlalu nipis. About 5-8mm is nice. Then terap using cookie cutter kegemaran cik jah :) Kot bohsan asik dok chop bulan bintang & bunga bagai, tukar lar buat cop lain plak..cop pokok kar, keta kar, rumah kar...heheeeee


Kalo cik jah tak koser nak deko pun tak kesah. Tapi nak bagi santek & menarik mata memandang, deco ikut kreativiti cik jah ;) Bake 180C for 20-25minutes



Done! Crunchy, sweet & cute :)



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"