Dah banyak minggu jugak kami tak pegang belanga. Almaklumlah, sibuk dengan pelbagai urusan sosial.

Fuhh! nak masak on weekday~~~well, it's depend. Balik gym jer dah almost 9pm, tengok tv pun sometimes tak langsung.

Finally, hari ni diberi kesempatan memasak. Simple jer..ikut selera idaman qalbu. Yang pasti sedap menjilat jari...hehee


Gulai kepala ikan merah (lagi).
Aiceh! Kami orang Kedah memang suker makan gulai. Takpa, like what we used to say 'practise make perfect'. Selalu masak gulai, lagi 10tahun mesti kamoi terer buat gulai...pejam mata pun sedap! Hahaa. sekarang pun terer jugak, tapi nanti LAGI terer :)


Hati dan pedal ayam goreng bercili.


Ulam platter - my favourite and senang nak dapat kat kota raya ni. Ulam moden.


Ha! yang ni kami suker! Inilah Jeruk Maman..ala sama jer macam pickle mat saleh tu..jangan pulak cikjah buat-buat tak lalu nak makan. Bukannya korang mat saleh pun, orang kampung jugak kan? Dulu mak kami slalu dok suruh kami besiang daun ni, nyampah tau..tapi bila time nak makan, tak nyampah pulak...huhuuuu..sedap! Payah nak dapat daun maman ni, kalau ada pun mungkin kat pasar2 minggu atau pasar tani kat kampung2 nun. Caranya, daun ni dibesiang (mcm siang kangkung tu) pastu dicuci dan diperam bersama nasi putih semalam for few days.


Kalau cerita pasal makan ni, memang never ending kan? Buat terliur jer. Yang tak lapar pun terus rasa lapar. Tapi best lagi kalau masak sendiri.