Selalu cikjah dengar laksa asam atau laksa utara kan... but have you heard of Laksa Lemak Utara?

This is my favourite! Local specialty in Kedah and royal recipe in my family. It's almost similar like Laksam or Kelantanese Laksa but of course lebih sedap! heheee

Namun, tak sumer orang Kedah pernah makan laksa lemak nie, nak jumpa di kedai pun susah. So kalo nak try cubalah masak sendiri. Pasti hebat!


Ingredients:

2 ulas bawang kecil [tumisan]
2 ulas bawang putih [tumisan]
1 batang serai -ketuk [tumisan]
1 tangkai daun kari [tumisan]
1-2 kuntum bunga kantan
Daun kesom
5-8 keping asam keping/gelugor
Santan [1 biji kelapa]
Ikan kembong/sardin/selayang [8-10 ekor anggaran sesuai]
Garam dan gula



Yellow paste ingredients:


1 paket serbuk kari ikan
1 tsp serbuk kunyit


White paste ingredients [kisar]:

3 ulas bawang besar 
5 ulas bawang putih 
2cm lengkuas


Red paste ingredient [kisar]:

8-12 pcs cili kering  [buang biji dan rebus]
2 inches belacan
1 tbsp asam jawa

Notes: This recipe calls for 1 packet of laksa dan seperiuk kuah. Kalo lebih, agak-agak yer...


Isi ikan. Untuk kuah laksa best selalunya kami suka gunakan ikan kembong atau ikan sardin/selayang.
Ikan dibersihkan, direbus dan diasingkan isi dan tulang. Air rebusan ikan jangan dibuang. Orang rajin akan ambil kepala dan tulang ikan untuk dikisar hingga halus bersama air rebusan ikan. Tapis dan ambil jus ikan sampai tulang jadi putih. Jus tulang ikan itulah yang melazatkan lagi kuah laksa.



1. Tumis bahan tumisan hingga kekuningan dan wangi. Kami tak suka hiris bawang tumisan. Kami suka tumbuk kasar. Rasa lebih enak kot sebab bila tumbuk, bawangan tu mengeluarkan jus.



2. Gaul mesra yellow, white and red paste together dan masukkan ke dalam periuk. Masak hingga rempah agak kering dengan api perlahan.



3. Masukkan isi ikan. Kisar isi ikan dengan air rebusan ikan untuk mendapatkan isi ikan yang halus. Masak 5 - 8 minit supaya isi ikan mesra dengan rempah.


4. Masukkan santan, jus tulang ikan dan asam keping. Renehkan hingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan bunga kantan, daun kesom dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mereneh.

5. Kuah laksa siap bila dah pecah minyak. Yeyy!



Laksa dihidangkan bersama hirisan halus pelbagai ulaman. Antaranya timun, bawang besar, cili padi, bunga kantan, daun selom dan limau nipis.



Laksa sedap hebat tiada tandingan!


Aha! this is my favourite way of eating laksa lemak.  Makan laksa lemak bersama sambal ikan bilis. Sudah terbiasa makan macam nie sejak di kantin sekolah rendah lagi. Masa tu beli laksa sepinggan 2kupang, tambah sambal ikan bilis sekupang. Memang heaven! 



Dah masak banyak-banyak, antar sket untuk adinda.


Selamat mencuba. Gerenti best!!!