Merasa dapat lihat sunrise ketika peak hours of morning office rush. Awal betul kluar rumah...hihiii
Untuk makluman cikjah, kat KL nie ada dua jenis jemm di waktu pagi. Pertama jemm dengan kakyam dan abang john yang nak hantar anak skolah di awal pagi sekitar 7am - 8am. Kedua ialah jemm dengan kakyam dan abang john yang tak hantar anak skolah tapi nak ke pejabat sekitar 8am - 9am.

Jangan ingat kluar rumah pukul 7am konon tak jemm. Salah. Sama sahaja situasinya. Di mana-mana pun jemm. Kesimpulannya dari pukul 7am - 9am tu memang jemm giles.Tapi awas! cikjah jangan giles okay. Senyum jar sepanjang tersepit dalam kesesakan lalu lintas tu. Lagipun bukannya cikjah berdiri sampai lenguh kaki. Duduk atas kusyen empuk lagi...Ahaks!

Kami kluar awal pagi dengan satu tujuan. Nak renew Malaysian passport. Yeeehaa! Paling mudah ialah di Kompleks KDN at Jalan Duta. Pejabat Jabatan imigresen Malaysia [JIM] yang terletak di Pusat Bandar Damansara dah berpindah ke Jalan Duta pada hujung tahun 2011. Bangunan baru, lebih selesa dan free parking. Ini adalah kali kedua kami datang ke imigresen Jalan Duta untuk renew passport. Both of my visits cukup senang dan dipermudahkan urusan. Alhamdulillah.

Kalo kat Pusat Bandar Damansara [PBD] tu...uishh! bangunan berblok-blok, pening nak cari parking. Basement parking plak sangat menyeramkan. Ada big outdoor parking lot tapi jauh kena jalan. Bukan kami fenat kena jalan, abes lar high heel I...heheee. Parking outdoor tu pun selalu penuh. Mahai plak tu. Rate Damansara Heights & Bangsar katakan. Maklumlah PBD tu banyak office buildings, banks and private college orang kaya. Dulu, kami slalu hang out at PBD during lunch time. PBD. Takder lah dekat sangat dengan office, cuma sebab ada a few good restaurants yg kami suka. Tapi sekarang banyak yang dah tutup dan pindah. Lagipun agak convenient sebab kluar lunch bleh pi bank skali. Dulu lar, skarang dah ada online banking tak main lar pi bank lagi...hehee

Maklumat berikut adalah tepat berdasarkan kunjungan dan pengalaman pada February 2014.

Sekarang dah takdak KIOSK atau renew passport segera within 2 hours. Sumer urusan adalah di dalam kaunter utama. Namun begitu sumer urusan passport siap dalam tempoh dua jam sahaja. Cekap kan? Tahniah to JIM.

Selain at JIM, cikjah juga bleh renew passport di UTC [Pusat Transformasi Bandar]. Ada dua UTC di KL. Satu di Pudu Sentral dan satu lagi UTC mini di Sentul di mana ianya beroperasi setiap hari Monday - Sunday 8.30am - 10pm. Namun sila telepon dulu sebab bukan sumer urusan passport renewal bleh dilakukan di UTC. Kalo nak renew passport tapi passport hilang tak bleh buat di UTC. JIM berpusat di UTC tak buka fail. Mereka hanya proses sahaja.

Namun begitu, kami dinasihatkan oleh pegawai JIM di UTC supaya datang awal pagi kerana walaupun kaunter buka sehingga 10pm namun nombor giliran yang diberikan bukanlah sepanjang hari. Maksudnya, nombor tersebut terhad mengikut kapasiti pada hari tersebut sahaja. Janganlah pulak cikjah datang pukul 6pm. Risau plak jika kuota pada hari tersebut dah penuh, maka kaunter nombor giliran pun tutup walopun waktu urusan sehingga pukul 10pm.


Passport malaysia terbaru [polikarbonat] adalah menggunakan background berwarna putih dan spesikasi ukuran yang baru. Bukan lagi biru seperti selalu. Maka, kalut lar kami pi tangkap gambaq kat kedai. Takut tak cantik, kami pun amik gambar kat kedai berhampiran rumah. Bleh make-up lawa-lawa sket. RM15 for 8pcs. Tudia! apa nak buat dengan lagi 6pcs? Nak renew passport guna 2pcs saja. Memang nak untung lebih jar kedai gambar nie. Tak relevan langsung. Tapi kami masih rasa jimat sebab kalo kat kedai gambar di sekitar pejabat JIM RM10 - RM12 untuk 4pcs. Jimat dan untung dari segi kuantiti gambar...hahaaa...ngokngekk!

Sampai di JIM Jalan Duta, kami pun terus ke kaunter nombor giliran iaitu kaunter 26. Pegawai suruh kami pegi amik gambar dulu baru datang ambil nombor giliran

Kami: "Tapi cik, saya dah ada gambar sendiri"
Pegawai: "Owh maaf cik. Kita dah selaraskan sumer sekarang ini. Kita memang pakai gambar yang ambil di sini sahaja"

Dang!! rugi RM15 dan punah harapan nak guna gambar [konon] lawa dalam passport. Tenggg!!!
Terus kami nebess...aramak! tak make up sangat, baju pun ala-ala saja. Mata sembab dan muka pun kembang lagi sebab awal pagi sangat kot nak amik gambar. Baru jar bangun tidoq tadi....heheee
Maka, beraturlah kami di kaunter 10. Kaunter gambar ialah 10, 11 dan 21.

Cikjah nampak orang dok Q kat atas tu? Masing-masing nak amik gambar lar tu.


Gambar yang di ambil di sini [JIM Jalan Duta, KL] adalah percuma. Best tak? Kami ulangi...percuma. Kalo cikjah pakai colour contact lense tak perlu buka. Fuh! selamat. Dah lar risau sebab tak bawa casing & solution bagai. Then, pegawai suruh pakai coat hitam yang disediakan. Tak perlu pun sebenarnya sebab tak nampak pun dalam gambar. Paling sakit hati ialah pegawai tak cakap 123 or cheese. Tak sempat senyum pun camera dah blink. Aiseh! Mesti tak lawa....uh!


Fasiliti camera di JIM Jalan Duta.
Paling cute ada sorang adik nie dalam 3 years old. Duduk tak diam. Siap pusing kiri, kanan, atas dan bawah. Buat muka macam-macam. Susah betul nak amik gambar dia. Gelak kekek-kekek plak tu. Ada lar 10 minit jugak pegawai dan mak dia dok suruh posing. Orang dok Q kat blakang sorang pun tak senyum. Tensen agaknya...sebab lambat sangat...hahaaa

Lepas amik gambar, kami ke kaunter 26 semula untuk ambil nombor giliran. Duduk 2 minit, nombor kami pun dipanggil untuk ke kaunter permohonan. Serahkan passport lama dan IC serta tandatangan dan cop ibu jari kanan di atas borang yang telah siap diisi oleh pegawai di kaunter ini. Kemudian, sila tunggu sehingga nombor giliran di panggil untuk buat bayaran.


Kami tunggu 20 minit sehinggalah tiba giliran kami untuk buat bayaran. RM300 for 5 years. Selepas bayaran dibuat sila tunggu selama 1 jam untuk collect passport. Sepanjang proses menunggu tu, telinga kami asik standby saja. Every 40 saat bunyi nombor giliran diumumkan. Memang tak bleh fokus dan rasa tak tenteram. Bayangkan setiap minit dok dengar bunyi mesin dok cakap nombor. Kalo dok qalit dan tak pay attention takut terlepas pula nombor kami. Maklumlah nak cepat kan. Kalo bleh nak sumernya smooth and easy.

While waiting kami reading. Advise kami to cikjah, elok juga bawa bahan bacaan. Aunty pasar malam pun main jewel mania kat ipad okay [tak main candy crush sebab takdak 'nyawa' to proceed to next level...hahaaa]. Tapi ada juga yang ngokngek takdak sivik. Tengok video kat smartphone tapi tak pakai earphone. Volume kuat giles macam pasang radio dalam keta. Haishhh....kesian betul. Macam lar dia sorang ada smartphone. Tak cukup bajet beli earphone ke amoi? hahaa
Ingat cikjah, jaga adab dan tingkah laku mengikut tempat dan keadaan --thank you.
1 jam bukannya lama pun. Tak payah lah nak pi makan atau jalan sini sana. Baca buku, tengok henpon, check e-mail, baca buku lagi, tengok henpon lagi dah 1 jam. Tak terasa pun.


Tepat 1 jam menunggu, nombor kami dipanggil. Yeyyy!! dah bleh collect passport. Happy. Bagus lar JIM Jalan Duta nie. Cekap dan selesa betul perkhidmatan yang diberikan. Teruskan servis sebegini.
Passport renewal dalam tempoh 2 jam sahaja di kaunter utama.

Tapi.....tapi....tapi....ada awek muka kembang senyum ketat dalam gambaq passport. Huwwaaaa!!! I got to live with it for 5 more years....huwwaaaaaaaaaaa