Introducing you the basement cat. Tarraa!!
Posing antik plak dia. Cikjah nampak tak si tecik potet tepi tayar tu? Ahaks!

FYI, this is a stray cat. Tak taw lah sapa yang sangat tidak bertanggungjawab buang kucin kat bangunan office yang agak sukar untuk  mencari dan mendapatkan makanan. Kat basement plak tu. Haishh!

I first met her here at the basement. Agak liar and unfriendly. Kurus dan comot serta mengalami cedera parah pada bahagian ekor. Ekor-nya togel! Tak dak bulu dan jelas kelihatan hanya kulit yang berdarah. Kesian sangat. Kami sangat sedih dan simpati dengan ia. 

Tak pasti pula kami samada kucin nie pandai naik tangga atau lif untuk ke ground floor melihat cahaya matahari yang bleh mencetuskan hormon ceria atau jalan-jalan cari makan di restoren yang ada dua tiga buah saja di sekitar bangunan office.


Selalunya memang ia ronggeng-ronggeng kat basement saja dan tidur di atas bumbung kereta. 
Pandai pulak kucin pilih kereta mewah...hahaa


Dah menjadi tabiat kami menyimpan makanan kucin di dalam kereta in case kami terserempak stray cats yang lapar, bleh jamu makan. Suatu hari, kucin basement datang ke tempat parking bay kami. Memang dah rezeki ia, kami pun jamu makan. Nom..nomm..nommm kucin basement makan dengan lahapnya. Kami gembira. Harap kucin basement juga turut gembira. Yippiee!

Selang beberapa hari selepas jamuan makan kali pertama kucin basement datang lagi! Terkejut kami bila sebaik saja kami tekan remote keta, plink!! tetiba kucin basement berlari-larian ke arah kami. Haa?? Apakah?
Well, kami tak kisah...stok makanan masih ada. Kami pun buat jamuan. Sudah menjadi rezeki ia.

Since then, asal sahaja kami parking kat bay kami kat basement tak kira pagi ketika datang office mahupun petang ketika nak balik, out of no where tetiba kucin basement berlari-lari laju sambil menyanyi meow-meoww-meowww ke arah kami. Walhal, ada ribuan kereta parking kat basement tapi bunyi alarm remote keta kami jugak yang ia kenai...hahaa


Pernah skali tu, kucin basement datang bawang geng...amboi! Tapi geng dia tak friendly sangat. Memang takut orang giles.

As a lesson to kucin basement, not all the time ia datang kami buat jamuan. Ikut mood dan rezeki. Kadang-kadang kalo kami tak buat jamuan, ia follow kami sampai pintu lif sambil nyanyi-nyanyi. Maka jadilah kami awek cun baik hati yang bercakap dengan kucin...hehee


Cer cikjah tengok, ketika ini kami berada di dalam kereta. About to drive sebab kalut nak pi gym plak lepas office hours. Kucin basement lompat atas bonet keta kami.


 Buat muka sedih.


Kami tak layan, kucin basement terus lepak. 
"Errr excuse me... I got workout class to catch up and I don't want to be late okay"


 Kadang-kadang kalo ada leftovers from last night's dinner, kami simpan bagi kucin basement. Alahh...stakat nasi, ikan atau ayam lebih-lebih tu apa lar salahnya simpan bagi stray cat. Bukan pakai kudrat hebat  pun nak buat sumer tu. Kalo kat rumah pun, cikjah buang dalam tong sampah jugak kan. Dok kat KL mana ada ayam itik nak bagi nasi sejuk. Memang confirm buang. Membazir. Tapi pesanan kami untuk cikjah, bila dah buat jamuan jangan buang atau tinggalkan sampah merata-rata atau macam tu saja. Buang dalam tong sampah okay - thank you!


A can of tuna yang baru expired a week ago.  Kami simpan nak bagi kucin basement. Dari buang ke dalam tong sampah, baik kami buat jamuan. Baru expired seminggu tak sakit pelut lah kalo makan...hehee


Ini pula, a stray cat yang kami jumpa kat sebuah restoren. Comel kan walopun itam menqelit. Duduk kat restoren tapi kuyus sangat. Kepada pemilik restoren, apa lah salahnya makanan hat lebih-lebih tu di letakkan dalam bekas dan buat jamuan. Macam mana pun nanti akan ke tong sampah jua. Lebih baik bila dah beli barang basah borong-borong tu, beli lar sket ikan termenung hat murah-murah atau second hand buat jamuan. Smoga rezeki pemilik restoren bertambah dan bertambah. Insha Allah.

Kami memang teruja kalo jumpa stray cats kat tempat awam. Kalo ada makanan memang kami bagi walopun sket. Janganlah pula kita dok tendang-tendang atau herdik kucin tu. Sayangilah haiwan yang tak berdaya. Salah kita juga sebagai manusia yang menjadi tuan kucin. Pandai bela kucin tapi tak pandai nak jaga kucin. Sebaiknya hantar kucin cikjah untuk dikembiri-kan [Aiceh! istilah doktot]. Kembiri maksudnya spay or neuter atau orang Kedah sebut 'kasi'. Bila dah kembiri sudah tentu kita dapat mengawal jumlah kucin. Bila jumlah kucin terkawal, maka tiadalah lagi istilah kucin jalanan dan kisah mereka yang menyayat hati. Paling penting, jadilah tuan kucin yang bertanggungjawab. Sumer orang bleh ada kucin tapi mampukah sumer orang menjadi tuan kucin yang baik?
I love kucin!!! Meow!