Chinese food adalah antara makanan kegemaran kami. Suka sangat!
Sempena CNY tahun Kuda yang hebat nie kami masak lauk best for reunion dinner [konon], heheee

Stir-fried beef with garlic sprout. Fuhyoo! mengancam lazat dan terancam calories intake of the day.


Inilah sayur garlic sprout. Skali pandang macam daun bawang or scallion tapi beda ya!
Berbatang sederhana keras, jika dimakan akan terasa mild tangy seperti bawang di hujung gigitan. Kalo sayur yang paling hampir mungkin 50% bleh disamakan seperti asparagus.  Harganya tak mahal sekitar RM2/seikat kecil dan selalunya mudah didapati di pasar raya atau pasar [stall sayuran cina].


Paling mudah ialah masak ala stir fried. Dipadankan pula dengan daging lembu [beef], huh! memang lazat!


Kami juga sukakan chinese soup. Paling mudah dan selalunya kami masak ialah Old Cucumber Chicken Soup. Memang istimewa sedap. Kalo buat chinese soup mesti wajib letak chinese red dates. Kami sukakan flavournya di dalam sup. Some people memang tak suka dan kami wonder why. To enrich the flavour kami tambahkan sayuran sampingan seperti carrot, celery dan sedikit ginger.



Buat chinese soup mudah saja.
Masak air hingga mendidih.
Masukkan ayam dan sayuran and leave to boil again. Perasakan dengan garam dan gula.
Simmer slowly another 30-40 minit. Sebaiknya kalo ada masa, renehkan sehingga 2-3 jam.


Bab sayur yang kami tak bleh tahan skali. My super favourite.
Goreng sayur juga mudah namun harus diingat ianya sangat pantas. Sebelum mula menumis, pastikan sumer bahan sudah siap tersedia. Sebaiknya jika menggunakan pelbagai sos dan perasa disarankan dicampur-sebatikan dahulu di dalam satu bekas. Contohnya satukan sos tiram, sos ikan, sos kicap cair, garam, gula di dalam mangkuk dan kacau sebati. Bila tiba untuk masukkan bahan tersebut, skali tuang saja. Rasanya akan lebih terserlah.

Sayur kami simple saja tapi Ho Chak! Stir-fried broccoli with leek, carrot and dried mushroom.
Sebaiknya menu sayuran dihidangkan panas-panas ketika waktu makan.

Jika cikjah menunggu suami pulang makan di rumah [Aiceh!], jangan masak sayur dulu. Lagi 8 minit waktu makan barulah mula menumis sayur. Janganlah dihidangkan sayur lembik dan sejuk. Mungkin itu salah satu punca mengapa kita dan anak-anak kurang gemar makan sayur. Tengok pun macam tak menyelerakan yer tak?


Presentation penting...heheee


Wahh! lawa gebu saja warna kunin kuah Lemak cili api udang dan kacang panjang kami nie, rasa pun sedap...Aiceh!

Well cikjah, mana ada masakan rumah yang tak sedap. Sudah tentu sedap sebab masak sendiri....Wheww!