Lama jugak tukang kebun tak citer pasal kebun. Maklumlah, stakat sekarang takdak new member daftar masuk kebun. Sumer old members jar. Sekarang nie tukang kebun tengah mengasuh members yang ada supaya membesar menjadi tumbuhan berguna. Aiceh!

Dah sebulan lebih kawasan sekitar rumah tukang kebun tak hujan. Hari-hari tukang kebun siram pokok. Kalo weekdays skali sehari. Lepas balik kerja dan gym terus jirus pokok dulu walopun dah pukul 10 malam. Kalo on weekends dua kali sehari. Bukan sebab rajin tapi kesian kat pokok. Kita manusia pun kalo panas rasa dahaga inikan pulak tumbuh-tumbuhan yang hanya berpayungkan langit semata. Kesian pokok dok layu kering.  Cikjah jangan malas okay.


Kami la nie dok jaga pokok terung sarawak nie supaya berbunga lantas berbuah. My previous batch terung sarawak beberapa bulan yang lalu pun membesar bagai johan lagu nie jugak, tapi mati sebab fungus attack pada bahagian akar di dalam tanah...sob..sobb


Setakat sekarang, all look good dan selalu tukang kebun berdoa supaya pokok terung cepat membuahkan hasil. Amin.


Ini plak pokok bunga Torenia / Wishbone flower / Bluewings. Tumbuh sendiri selepas biji benih dari pokok asal bertebaran sana sini. Kami pindah letak kat central court pasu.


Torenia nie mudah tumbuh dan perlu disiram setiap hari. Pokok tinggi 2 inci pun dah berbunga.Tak sabaq nak tunggu torenia nie bushy.


Tumbuh merata ikut suka hati.


So sweet, kecik-kecik dah pandai berbunga.


Ini pulak kami tak pasti apa namanya. Tumbuh sendiri dan mula memonopoli rumput karpet kami. Memang sangat mudah tumbuh dan cepat membiak. Cantik jugak. Kami nak biarkan saja ia tumbuh. Bleh ganti rumput karpet kami yang merajuk tu. Uh!

Okay cikjah, see you...jangan lupa jirus pokok bunga taw!