Owh tidakkk!
Kucing hitam demok kami telah melarikan diri pada minggu lepas. Owh no!
Kisahnya begini...
Lepas Maghrib kami nak siram pokok di kebur dapur. Selalunya kami memang biarkan kucing itam kami keluar sekali. Kira macam reward lar untuk beliau sebab seharian dok dalam cage. Sambil-sambil tu dapat lar beliau sniffing around, makan daun serai dan guling-guling atas simen. Arrrgggh siok!
Sedang kami menyiram, tiba-tiba coihh! keluar satu entiti hitam yang sangat hitam dari celahan pokok. Kami tertejut! Entiti itu pun tertejut dan terus pecut laju cuba melepaskan diri. Entiti itu panik! Tak sempat panjat pagar, terus entiti itu lari ke dalam rumah kami melalui pintu dapur yang terngaga luas. Owhhhh my!!! Sekali lagi kami nak bertukar wajah dari Catherine Zeta Jones kepada Amy Winehouse! Entiti itu ialah kucin jantan tua jiran kami! AAAAAAAAAAaaaa!!!!!!
Beberapa saat kemudian, kucin itam demok kami terus mengejar kucin jantan tua itu. Pelbagai perkara yang bermain dalam pikiran kami. Dalam rumah tiada pintu atau tingkap yang terbuka untuk kucing jantan jahat itu escape kecuali pintu dapur . Uh! Macam mana kalo ia spray dalam rumah, macam mana kalo ia sembunyi di sana, di sini, di situ, macam mana kalo ia langgar meja jatuh pasu bunga pecah, macam mana kalo ia cakar sofa kami, cakar wing chair kami??? Macam-macam macam mana...
Sepantas kilat, kami pun turut memecut laju di belakang kucin itam demok kami. Kucin jantan jahat tu terus berlari ke arah sliding. Dihentam sliding door 4 ke 5 kali. Kedegang! kedegangg!! Kuat bunyinya kerana cuba melepaskan diri. Kami terus capai kunci rumah dan buka pintu depan. Kami cuba mengacah kucing jantan jahat itu ke arah pintu depan. Kucing itam demok kami mana? Sembunyi barangkali kerana nebess. Akhirnya, kucing jantan tua jahat itu keluar. Kami cepat-cepat berlari ke dapur untuk tutup pintu dapur takut pulak kucin itam demok kami cuba melarikan diri ikut pintu dapur. Selesai tutup pintu dapur, kami ke depan untuk tutup pintu depan plak. Errrkkk! kami kaku. Kami kaget. Kucin itam kami betul-betul di depan pintu depan yang terbuka luas. Hanya grill yang memisahkan beliau dengan dunia luar yang penuh fantasi itu. Uh!
Kami berjalan sesenyap yang boleh, namun kucin itam demok kami sedar yang kami sedang menuju ke arahnya, sambil pusing dan melirik penuh makna ke arah kami, kucin itam demok meloloskan diri beliau melalui grill. Argggghhhhhh!!!! tidak!!!!!! Nightmare telah betul-betul berlaku di depan mata! Sepantas bau kentut meresap di angin lalu kami pantas membuka padlock grill. But it was too late, kucing itam demok kesayangan kami telah jauh pegi di alam kelam malam. Kami pasrah..........................................
Penat betul malam nie. Lari ke depan, lari ke belakang. Sudahlah petang tadi I had an evening run di taman.....haishhh...sekarang evening run di dalam rumah plak.
Dengan bekalan lampu suluh dan sebekas ikan bilis snack kegemaran kucin demok, kami keluar merayau-rayau mencari kucin itam demok kami. Kami bimbang. Kami blum penah biar kucin itam demok kami lepas bebas seorang diri. She is absolutely an indoor cat who does not walk outside. Tambah pulak, kucin itam demok kami tak bawa henpon, macam mana kami nak call...eh! eh!!...heheee
Ini sumer angkara kucin jantan tua jiran kami. Sekali lagi kucin jahat itu memberi kami masalah. GGrrrrrrrr.....
Setelah 40 minit berjalan keliling residential area tanpa apa-apa hasil, kami give up. Kami percaya kucin itam demok kami sedang ketawa kekekk-kekekk sebab gembira dapat melepaskan diri. Pergilah! Larilah! Kami tak peduli lagi...uh! Meluat!
Dengan rasminya kami menamatkan operasi mencari dan menyelamat. Kami dah penat. Kami tak rasa sedih plak walhal kami cayang tok-tokk kat kucin itam demok kami. Mungkin kami marah dan merajuk sebab kucin itam demok kami nakal dan sangat nakal. Namun, naluri kami kuat mengatakan that she will return home but not now maybe after she dah fenat berpoya-poya di dunia fantasi luar sana. Okay fine! Kita tengok berapa hari she can survives outdoor. We see..... erkkk! [kalo takdak orang lain curi kan...]
EEuuww! ini petanda baik. Mungkinkah security guard sebab tadi kami ada tinggalkan pesan di guard house. Di luar pagar, berdiri jiran kami yang satu lagi.
Jiran: Is your cat escaped outside?
Kami: Yes! about an hour ago but I couldn't find her. I walked through the entire neighbourhood. It's too dark outside.
Jiran: "She is under my car"
What???!!!! Alhamdulilah! Melompat kegembiraan kami. Untung juga ada jiran yang suka keluar malam nie. Kalo jiran kami tak keluar malam tu, tentu kami tak jumpa kucing itam demok itu.
Terus kami ke rumah jiran and there she is, relaxing under my neighbour's car in the garage. Owhhhh my kucing itam demok yang notti. Kami hangkat kucin itam demok bawa balik. Di rumah, kucin itam terkelepett baring atas lantai. Kepenatan. Ek elehh!! baru lepas bebas kat luar 1 jam lebih, tapi gayanya macam hilang 3 hari. Mengada-ngada. Takut kena rotan lar tu. Berlakon!
....sebagai denda, I didn't speak with her for 2 days. Uh! You are grounded!