One of my favourite chinese style dish. Nak buat pun senang. Kalo cikjah nak cuba jemputlah;

Bahan:

Dried foo chuk [rebus 3-5 minit dan tos]
Daun bawang
1tbsp sos tiram
1tbsp kicap cair
1tsp sos ikan
1tsp sos plum
1-2tbsp air
Serbuk pati ayam [optional]
Garam
Gula
Bawang putih
Bawang merah
3-5 biji cili padi [ikut citarasa]

Cara:

  1. Satukan semua sos, air, garam dan gula di dalam satu mangkuk dan kacau sebati. Jika mahu sedikit berkuah boleh tambah air.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan sos dan masak sebentar.
  4. Masukkan tauhu dan biarkan mereneh dalam sos 5- 7 minit [sambil dikacau/goreng]. 
  5. Masukkan hirisan daun bawang, kacau sebentar dan tutup api.




Siap! satu hidangan lengkap makan malam kami. Ikan sardin bakar dan dua pilihan sayuran. Yummm!!!