Dah lama teringin nak makan gulai daging dan rebung. Nak tunggu rebung madu fresh dari kampung entah bila bleh dapat. Pegi pasar beli rebung jeruk pun bleh lar. Cuma kami tak suka sangat bau rebung jeruk. Balik rumah basuh bersih-bersih dengan tepung dan asam limau. Rempah basah untuk gulai daging beli kat kampung masa bulan puasa hari tu masih blum guna. Masih elok tersimpan dalam freezer. Okay set, jom bergulai!
Bahan:
Daging lembu
3-4 batang rebung jeruk [hiris-hiris isi rebung tp jgn putus]
1/2 biji kelapa [ambil santan]
1 paket rempah kari daging
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sehiris nipis halia
4-5 biji cili padi
1 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih [tumbuk kasar]
3 ulas bawang putih [tumbuk kasar]
Garam
Gula
1tbsp sos ikan
Cara:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dengan air yang minimum. Nak bagi warna gulai cantik tambahkan 1-2cm kunyit hidup. Masukkan serbuk rempah dan kisar beberapa saat supaya sebati. Pes rempah siap.
- Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk dan daun kari hingga naik bau.
- Masukkan rempah dan masak hingga agak kering dan naik minyak.
- Masukkan daging dan biarkan mereneh di dalam rempah kurang lebih 5 minit.
- Masukkan santan dan biarkan mendidih.
- Masukkan rebung dan asam gelugor. Perasakan dengan garam dan gula serta sos ikan. Biarkan mereneh hingga rebung masak.
- Masukkan cili padi dan daun limau purut. Biarkan mereneh hingga 5-10 minit lagi sampai naik minyak dan tutup api. Siap!
Memang lazat terangkat. Nikmat makan nasi di rumah tiada bandingan. Setakat lauk kedai tu, kami tak pandang dah! hahaaa....
Bukan eksen tapi ini realiti. Kalo tak pandai masak pun, lama-lama pektis masak pasti pandai juga dan ketika itulah nikmat masakan di rumah di tangga teratas carta.