Jom belajar cara buat namprik udang geragau:
Bahan:
2 biji cili merah
3 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 inci asam jawa
1.5 inci belacan
1/2 tsp garam
1 inci gula melaka/kabung/gerek
1/2 biji limau nipis [kupas kulit dan buang biji]
1 ulas bawang putih saiz S
Air masak
Udang geragau kering [basuh dan goreng dlm minyak yg sedikit selama 2-3 minit]
Cara:
Kisar semua bahan kecuali udang geragau hingga sederhana halus. Adjust kuantiti air dan gula melaka/kabung/gerek mengikut citarasa. Namprik seharusnya sedikit cair dan tidak terlalu pekat.
Jika sudah suka akan konsistensi namprik, masukkan udang geragau kering dan kisar 1-3 saat. Siap!
Jangan kisar lama nanti udang hancur. Sekadar bergaul mesra sahaja. Sedapnya!