.

.
Showing posts with label Spa. Show all posts
Showing posts with label Spa. Show all posts

Jun 13, 2013

Putri Bali Spa

Ini adalah acara wajib. Tak sempurna trip cikjah ke Ubud jika tak pergi spa. Sangat rugi!
Setiap kali ke Ubud, sekurang-kurangnya kami mesti pergi spa 2 kali.

Spa di sini sangat murah. Maksud kami sangat sangat sangat murah dan service tip top!, tempat cantik dan bersih serta free transportation untuk kawasan sekitar Ubud. Bayangkan..... 4 hours spa package cuma RM150! Woww!!

Putri Bali Spa

Di Ubud, terdapat banyak spa. Kalo cikjah baca reviews kat internet tu....fuh! boleh jadi bingung untuk buat pilihan. Bertambah bingung lagi sekiranya cikjah terus walk in di Ubud. Terdapat beratus pilihan spa di sekitar Ubud. Ada yang tradisional desa, sederhana dan mewah. Cikjah pilih saja. Setakat ini, my fav spa is Putri Bali Spa yang terletak di Jalan raya Sangingan. Ini adalah kali ke 3 kami ke sini. Teknik urutannya bagus dan sedap. Tambahan pula, Putri Bali Spa sekarang dah besar. Dari satu blok rumah spa kini sudah menjadi dua...wah! bisnes maju nampak...hehee

Putri Bali Spa

My favourite body treatment mestilah Javanese lulur. Kami suka bau wangi rempah. Menyegarkan. Rasa macam nak tumis gulai....hahaaa...kidding!

Putri Bali Spa

Putri Bali Spa

Rata-rata spa di Ubud memulakan perkhidmatan seawal jam 9am sehingga 9pm. Personally, kami suka buat pergi spa pukul 5pm ke atas. Ini adalah salah satu cara untuk kami jimat masa. Sebab utama ialah tempoh treatment selalunya sekitar 2 - 5 jam. Kalo kami pergi waktu siang, rugi lar kami tak boleh jalan-jalan atau lepak kat villa. Kalo pergi waktu malam, balik villa terus tidor. Heaven! Sebaiknya buatlah reservation dulu sebelum ke spa. Sebelum ke Ubud lagi kami dah buat reservation melalui e-mail. Mudah dan organized. Lagipun bleh lar kecek-kecek for diskon...hahaaa
Dapat tau 10% off...Wheww!

Pienkcat at Jaens Spa

Satu lagi spa baru yang kami pegi ialah Jaens Spa.
Nah! 4 jam kami kat sini. Pertama kali kami try facial and hair cream bath di Ubud. Walopun dah 5 kali kami ke Ubud, namun setiap kali pegi spa kami tak pernah teringin nak buat facial atau hair cream bath. First sebab kami takut. Takut sebab kami tak kenal product yang digunakan untuk facial. Second sebab risau kalo-kalo yang elok jadi tak elok atau mungkin juga yang tak elok jadi elok....huh! Paranoid.

Warm lemonade with honey and lemongrass stick. Sedap!

Setelah mencuba, Alhamdulillah. Tiada apa yang  berlaku. Lega! hahaaa
Cuma-nya janganlah cikjah put high expectation untuk facial and hair cream bath ini. Servis-nya biasa-biasa saja. Mutu serta peralatan yang digunakan seperti 10 tahun yang lalu di Kuala Lumpur. Ahaks! Tapi untuk mencuba apa salahnya. Murah lagi pun. Hair cream bath sebenarnya boleh disamakan seperti cuci rambut di salon. Yang beda mungkin  ditambah sedikit teknik urutan dan 15 minit hair steam. Hair dryer yang digunakan pun macam kipas angin meja yang ditekan power no. 1....heheeee

Namun demikian, layanan oleh Balinese especially Ubudian memang mesra dan manis. Penuh kelembutan dan senyuman. Kami puas hati.

Jaens Spa

Jaens Spa

Pedicure and manicure? urrmmm...kami blum pernah try. Mungkin sama mutunya kerana servis sebegini masih baru dan pretty modern untuk Ubud. Servis sebegini wujud kerna para pengusaha spa cuba menarik perhatian pelancong mat saleh yang tak pernah putus-putus mengunjungi Ubud saban hari. Malah banyak spa di Ubud dimiliki oleh mat saleh dan terkini oleh Korean dan Japanese.

Janganlah cikjah terkejut kalo kami bagitaw  bahawa terdapat ramai mat saleh yang amik cuti berbulan-bulan, malah ada yang bertahun untuk datang bercuti dan tinggal sementara di Ubud. Ada yang hantar anak-anak ke sekolah di Ubud sepanjang tempoh percutian tersebut. Tidak kurang juga ramai yang terus menetap di Ubud. Ramai mat saleh buat bungalow dan villa besar di sekitar Ubud. Ubud memang best!

Mungkin suatu hari nanti kami pindah ke Ubud buka cafe laksa, bihun sup dan gulai??? hahaaaa...Amin!



Apr 19, 2013


Lagi kesah aduan rakyat first party experience untuk panduan dan penilaian cikjah sekalian alam.

Secara umum, kami tak gemar online purchase. Peluang untuk kena tipu atau tertipu adalah sangat tinggi. Maksud penipuan  yang berlaku di sini bagi kami ialah kualiti barang atau servis tidak setimpal dengan harga yang dibayar. Ini nyata, jelas dan seringkali berlaku.  Penjual mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka secara online melampaui batas dan di luar kemampuan. Semuanya yang terbaik dan terindah namun penjual gagal menawarkan barangan dan perkhidmatan serta memberi commitment yang terbaik dan setimpal. Ibarat cikjah beli emas, tapi bila dapat, gangsa rupanya. Kecewa.

It is a trend and life is easy nowadays di mana kita boleh beli barangan atau perkhidmatan at discounted price online. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti ini like Groupon, MilkAdeal, Living Social, Super Deal, My Deal dan banyak lagi. Seumur hidup, kami tak pernah beli.
Namun, disebabkan kami telah tertarik dengan satu tawaran hebat yang sangat berbaloi, maka rekod bersih kami telah tercalar. Kami telah terpedaya hinggakan TERbeli 90 minit pakej spa untuk lulur dan full body massage. Wow!! what a bargain! Iklan pun meletop-letop, of course lar model mat saleh pakai bunga kat telinga tengah kena massage kat tepi pohonan hijau dan frangipani bertaburan walopun iklan itu untuk market rakyat Malaysia. Heran betoi! Awat nak boh gambaq omputih haaa? Well, can't blame me though. I am a spa-goers. I can't resist! I'm going! hahaaa

Lagipun, ia datang ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Kebetulan badan kami memang penat selepas 10 hari bertungkus lumus kerja kenduri kawen dan bowling tournament 2 weeks ago. Kami berpendapat, inilah masanya untuk memanjakan badan....uishhhhh! tak sabarnya nak massage....yey! yeyy!!

I don't expect much sebab kami tak brapa suka buat spa treatment yang kedainya located at shop houses. Pertamanya sudah tentu takdak garden dan tumbuhan hijau untuk mengharmonikan suasana dan pastinya dikelilingi dinding konkrit. Tak natural. Tapi online ads dan website spa tu bukan main lagi santek. Bunga frangipani bertaburan gitu. Ramai pula yang bagi testimonial best-best dan sangat berpuas hati. Maka hati kami sedikit terubat.

Sebaik langkah pertama diatur memasuki premis spa, huuu-mak-haiii!!! takdak bau wangi-wangian spa langsung! Takdak music spa, tak dak pasu bunga pokok hijau dan takdak penyambut tetamu beruniform batik jawa tersenyum manis menyambut kami. Signboard nama kedai pun takdak!!!
Yang ada seorang pekerja yang berpenampilan kurang memberangsangkan hinggakan terselak t-shirt belakang dan mempamerkan spendernya di pinggang! Uh!! This gonna be great! hahaaa

Sambil pekerja yang kusut masai itu tersandar di kerusi tanpa senyuman dan wajah mesra, kami diajukan soalan olehnya samada nak tambah minyak aromatherapy atau tidak. Jika mahu, bayarannya ialah RM10. Hurmmm...kat online ads takdak cakap apa-apa pun. Anyway, no thank you. Not interested.

Proses melulur bermula. Sangat cepat dan kasar. Cuma 8 minit saja. Selepas lulur, kami  ditanyakan soalan samada nak mandi terus atau tunggu lulur kering, without hesitate dengan pantas kami menjawab nak mandi terus. Kerna kami sudah tidak tahan dengan suasana di dalam bilik lulur. Lantainya berminyak dan licin seperti tidak dimop dan bau lulur atau aroma bilik itu tak wangi langsung. Tapi katanya itu lulur lavender. Betul kar yang kami dengar tu lavender? Ker spenderr? hahaaa.

Sedangkan jika benar itu adalah proses melulur, lulur akan dibiarkan kering seketika sekitar kurang lebih 3-5 minit selepas disapu di seluruh badan. Kemudian lulur akan digosok atau ditonyoh-tonyoh sekali lagi untuk mengeluarkan sel-sel mati di badan. Itu barulah namanya melulur! Ini tak, lepas tonyoh tahap ekspres terus ditanya nak mandi atau biar kering???

Lagi satu penyeksaan bila kami terpaksa shower di dalam bilik air yang dirty! Santek lagi bilik air kami kat rumah. Tak melambangkan bilik air di sebuah spa langsung. Ianya lebih kepada macam bilik air rumah orang bujang lelaki [sorry...ini perumpamaan...hahaa]. Shower glass beqetangg kelabu, perimeter dinding lantai berlumut dan kulat, berus gigi dan ubat gigi serta sabun mandi cap May bersepah di atas rak. Main baling-baling jar....huuu-makkk-haiii!!! Lebihan lulur di lantai bilik mandi masih jelas ketara. Memang kotor lah. Terletak sebuah jacuzi besar di sudut bilik  mandi. Kosong dan berabuk pianggg. Lepas mandi, kami di-offer bed slipper. EEEiiiiii!!! selipar tu kaler putih, tapi dah jadi hitam legammmm. Sangat legammm!!! Uwek! tak lalu kami nak sarungkan kat kaki kami. Takpalah kak, kami kaki ayam atas lantai licin dan berminyak ni pun kami rela.

Tiba pula sessi urut badan. Owh!! apakah salah kami?? Berapa lama lagi penderitaan ini akan berakhir? Seriously kami tidak dapat merasa badan kami dipicit-picit. Ia umpama kami upah seorang tukang urut tulon sapu losen kat badan kami. Tak ada pressure dan teknik urutan yang sangat teruk!!! Tak pernah kami rasakan urutan yang sangat bencana itu. Eeeeeiiii!!! Ngeri! Baru urut separuh kaki, kami ditinggalkan tanpa makluman hampir 5 minit.  Pegi mana kak oii? Hupdate status facebook ka?

To make it more memorable, the tukang urut sepanjang masa dok batuk dan burping! Uwekk! Walopun dia pakai mask tapi adalah sangat tidak sesuai. Dah berpuluh tempat dan spa kami pi, mana ada tukang urat yang dok belahak atau burping sepanjang kami diurut. Kononnya, kalo tukang urut burping, angin badan kita di-transfer ke badan dia...kununnn lar. No manners! Lepas tu asik nak bersembang dan gelak kuat. Hey! kamonlahh. Orang datang spa nak enjoy silent ambiance, aroma wangi bunga-bungaan dan herba, alunan lembut spa music supaya dapat relax dan nikmati urutan. Ni tak, dok tanya itu ini buat silly jokes dengan volume yang super high. Baru nak awang-awangan, terkejut dia batuk plak.

Lega bila sessi urutan ataupun sapu losen itu selesai. Namun, ada satu lagi bencana. Kami diberikan hot wet towel untuk lap sisa-sisa minyak di badan........but! the towel sangat busuk okay! Tak leh nak identify bau apa. Bukan ros, bukan lavender, bukan melur, bukan herbal tea tapi lebih kepada towel jemur tak kering. Bau sabun atau softlan pun takdak. Uwek!

Cepat-cepat kami pakai baju ambil beg dan keluar dari spa yang menggerunkan itu. Tobatt kami tak mo mai dah. Hinsaf!!!
Di-iklankan konsep dan perkhidmatan spa inspired by Samporna island, tapi macam Serbatakkena island jar. Kami harap spa itu dapat memperbaiki mutu servis perkhidmatan dan berusaha untuk memuaskan hati pelanggan. Takmo tipu-tipu indah khabar dari rupa. Tak aci taw! Nasib baik beli at discounted price, kalo bayar at full price...huuuu-makk-haiii...I want my money back!!!

Kami terus balik rumah tak sabar nak mandi dan shampoo rambut. Tak sabar nak get rid the losen smell from my body. Rasa sangat tidak selesa. Lepas mandi, baru keluar semula  pergi dinner. Kami rela!

Moral of the story, jangan mudah tertipu dengan tawaran hebat atau istimewa di laman maya. Kepada depa yang dok advertise products and services online, janganlah ambik kesempatan dan menipu pengguna. It prooves my theory, online purchase sucks! 



Jun 16, 2011


Haa!!! yang nie citer paling best nie...heheheeee
Rasanya this is my last entry kot about holiday kat Koh Samui nie. Nanti dah banyak sangat citer Koh Samui, naik juling plak mata cikjah dok baca...lol

Untuk makluman cikjah, Koh tu maksudnya island. So Koh Samui tu ertinya Samui island atau lebih hebat lagi dalam bahasa kebangsaan kita, Pulau Samui.

Dari awal lagi, chek memang niat nak hire a motorbike. Senang nak jenjalan sini sana.  Kluar pukul baper pun tak kesah and boleh stop sini sana sesuka hati. Koh Samui nie hampir sama macam Bali  [tapi Bali best lagi lar] . Kalo slalu kat Ubud, Bali  tu chek memang sewa motorbike pun. Memang sangat mudah dan jimat. At Koh Samui motorbike rental rate is approx. RM20/day. Tapi chek dapat diskon RM18/day.  Chek sewa untuk 2 hari setengah.  Best sangat!  Isi minyak full tank about RM5.  Tahan 2 hari. Cukup pusing 1 pulau.


Amacam? ada gaya bawa motor? ahaks! heheheee
Tips kalo nak sewa motor tengok mileage yang sket. Physically masih baru and in good condition. Tapi motor kat sini banyak yang baru-baru. Kira sedap lar bawa. Vroom! vroom!! But the shop owner will keep your original passport as a guarantee.

Kalo family mat saleh lagi best, ayah hires satu motorbike naik with his son and the mother hires another motorbike with the daughter. Cute jar. Kalo nak sewa superbike atau motor-motor besar pun ada. Pilih saja nak yang mana. Nak sewa kereta pun boleh. Approximately for a Toyota Vios will cost you RM80-100/day.


Typical road at Samui.
Here they have a lot of colourful brochures, booklets, magazines with high quality printing widely available at airport, hotels, major restaurants & bars and etc for free!
So, memang sangat mudah kalo nak jalan sini sana tanpa tour guide. Highly recommend you map cap Essential.  Bagus!  Detailed and handy in size.



Singgah isi minyak sat near Choeng Mon. Pektis cakap Thai dengan adik isi minyak tu. Tanya dia dalam bahasa omputih kot-kot lar dia pandai reply

Me: This road go where? [speaking omputih with Thai must very straight foward. They hardly understand English]
Adik tu: urmmm....mmmmmmmm..............................................aaaaa.........mmmmmmm.... [dia nak jawab tapi tak terpacul bahasa omputih dari mulut dia...kumat kamit tanpa suara....kesian dia]
Me: Mai pen rai. kop koon   [aceh! speaking Thai lar...ahoks!!]

Adik tu terus senyum dan terkaku. Tak pasti pulak terkaku sebab chek cakap Thai atau dia tak paham chek cakap Thai tadi...hahahaaaaaa
Mai pen rai tu means nevermind...
kop koon tu means thank you...heheheeee


First destination.
Wat Plai Laem.






Sambung jenjalan lagi....vroomm! vrooommm! rempit penuh gaya tak hengat...hahahaaaaa
janji gojes!


Hua Thanon
Renowned for its Muslim Fishing Village. Famous for a handful of fresh seafood restaurants, but its main attraction lies in the ancient cultures of the local fishermen.

Di sinilah terletak satu-satunya masjid di pulau ini.  Restaurant muslim pun ada. Some of them pandai berbahasa Melayu. Asal usul masyarakat Muslim di sini adalah dari Malaysia tau!  Dari semenanjung tanah melayu, like Terengganu, Kelantan etc. Tapi dah banyak keturunan lar. Some boleh lar cakap ala-ala Patani gitew.



Bangrak Beach




Jeng! jeng! jeng!! singgah petshop nak belikan souvenier untuk my big fat lazy cat....heheheee


Kitten for sale! ishhh geram...


Lamai is the best area to stay kalo cikjah tak baper gemar akan kesibukan kota macam kat Chaweng. Kat sini lebih tenang,  night life pun kurang.  Pantai pun cantik.

Kalo sebut Thailand jar mesti sinonim dengan gajah kan?  Apalagi tak lepas peluang lar naik gajah.
Sebenarnya, sebelum datang lagi chek memang dah survey about elephant ride package yang bersesuaian.
The best place to go is Namuang Safari Park. Gajah treking kat tepi air terjun. Tapi, chek telah tersilap pilih. Sebab tamak kan....
Chek nak naik gajah yang 1 jam. Tak mo 1/2 jam punya. Tak sangka pulak ada banyak elephant trekking kat Samui ni. Dari awal chek memang target nak ke Namuang Safari. Tapi bila tengok banyak sangat packages jadi macam kelabu mata. Pilih punya pilih sudah tersalah pilih..... [tapi okay jugak lar cuma kureng berpuas hati and felt like being cheated]  Chek call buat reservation.  At 2pm depa mai jemput kat hotel and bawa ke safari depa. jeng!  jeng!  jeng!
Nebes...heheheeee...first time naik gajah. Rasa takut nak naik gajah yang besaq itu!  Awwwww!


My package was 1 hour elephant ride for RM110/adult.


Fuyyooo! Korean couple in front of me pun berlepas naik gajah.


and it came my turn.
Nebes taw naik gajah. Selawat, mengucap banyak-banyak wooo..Siap baca doa naik kenderaan.
Takut kalo-kalo gajah naik minyak! huhuhuuu
Ngeri lar naik gajah. Paling tak tahan chek kesian kat gajah!
Uishhh! lepas nie tak mo naik gajah dah....


Tiba-tiba gajah ter-pupu. Suka hati jar pupu kat merata tempat. Yang lawaknya, boleh rasa gajah vibrates badan masa nak kluarkan pupu...hahahaaaa gross! Ada lar dalam 3-5 seconds vibrating. Ingatkan gajah nak kentut! huahuahuaaaa


Chek bertambah kesian kat gajah bila terpandang tool yang depa guna untuk pukul gajah supaya jalan.
Ouchhhh!!!
Walopun package chek 1 jam, after 20minutes, chek suruh 'gembala' gajah tu patah balik.
Chek tak sanggup nak teruskan perjalanan. Terasa amat kesian kat gajah itu...uhukkk...uhukkk...
and we turned back to the station.


Treking merentasi coconut plantation.


Gembala gajah buatkan gelang tangan, rantai dan cincin dari daun kelapa.  Bagi tips sket lar kat beliau.


Dah cukup....tak mo dah naik gajah.


Pastu tengok elephant show pulak.
Disebabkan tak baper ramai orang, chek dan beberapa yang lain di pilih untuk elephant massage.
Oh no!!! I don't want and refuse to have it. Tapi kena paksa ...huh!  Gajah tu pijak-pijak badan kita dengan kaki dia. Pijak-pijak manja lar. Pastu with her trunk dia vacuum kat bahagian kaki dan tengkuk..Eiiii!!  geli lar!!!!


Monkey show.
I hate this!!! kesian kat monkeys tu. Penderaan terhadap hewan taw. Sebenarnya, chek tak pilih pun monkey show, tapi sebab tak dak orang, agent tu pelawa chek tengok skali.
Poor the monkeys!


Road at Nathon towards Seatrans Ferry Pier.



Beach at Chaweng Noi or South Chaweng in front of Impiana Resort.



Beach at South Chaweng in front of Centara Grand Beach Resort.


Beach at South Chaweng is good for swimming compared to North Chaweng.





Road to Lamai. Wooohooooo best!


Nak ke kiri....


To Grandmother & Grandfather rock.


Motor parking kena bayar RM1.


Tak nampak pung.....



Grandfather


Grandmother


meaow-meaooww Samui
Sawadee ka

Ini baru betul for elephant treking.  Namuang Safari Park.



Ini pulak tempat yang sangaaaaaaat best!!! Paradise Park Farm
Read about it on internet. Pastu ikut map datang ke sini. Satu pengembaraan yang sungguh hebat!



Crossing the military area.
Dari sini kena mendaki about 4km. Macam naik Bukit Tinggi lebih kurang.


Errrrkkk! .......betul ker ada paradise park kat atas ni? Tak macam paradise pun???


Aiyohhh!!!  Chek sebenarnya dah patah balik turun ke main road. Sebab sangat mencurigakan jalan ini.
Tanya kat one local guy. Dia kata betul. Boleh naik tapi kena hati-hati. Chek patah balik naik sekali lagi. Tiba-tiba abang yang chek tanya kat tepi jalan tadi datang. Beliau siap bagi motivation suruh bawa motor pelan-pelan. Pastu beliau tunggu until chek melepasi the disaster road. Ahaks! Kop Koon!!!


BIG and deep slope at the front there. Nampak macam jalan terputus!


Check this out!
Ada brannn??? Chek brannn...heheheeee


Tengok! ada landslide pulak tu....ouch!



Tapi pemandangan memang cantik. Nampak coconut plantation & gunung ganang sekeliling.




Melalui dusun durian. Baru tengah berbunga.




Whewww!!!! finally chek arrived! fuhh!!
Alhamdulillah. Rupanya ada banyak jugak tourists lain yang datang naik motor. Datang naik kereta sedan pun ada. About 3 cars were parked there. Motor ada dalam 6-7 units. Depa sampai lagi awal lar.

Entrance fee nak masuk sini mahal sket. RM30/adult. Tapi sebab dah gigih berusaha mendaki bukit, masuk jugaklah...hahahaaa

Tak rugi bersusah payah naik ke sini. Cukup berbaloi! A must visit place.

Terubat rasa kecut perut mendaki. The birds are super super cute! colourful and friendly.
Once I entered the entrance gate, the aunty tukang jaga burung kat situ lambai-lambai kat chek. Dengan bahasa isyarat beliau suruh chek masuk ke dalam sangkar burung yang sangat besar. Dia tarik tangan chek pastu letak salad dan makanan burung.

Automatic the little birds came and landing on my hand and makan....owh! I was so excited like a kid! hahahaaaa



Erkkk...tiba-tiba ada soap opera plak...


In second cage. Feeding the bird with honey & lime drink


Tengok kaki burung merah tu....aceh! siap tendang kawan dia....



In the 3rd cage.
Feeding the bird with kuaci.



Colourful pigeons


They are so cute!






Hi! Meet the Sprite guys.



Bulu-nya kasar. Tapi beliau sangat suka di sikat.





This is Coca Cola.



Turun ke bawah ke area air terjun


Ada cabin


Ada swimming pool overlooking a magnificient view. So don't forget to bring your own towel & swimsuit okay


Huh! cik jah dah penat ker? Jom jenjalan ke Chaweng town at night plak. Jom Sopping!
Suasana malam di Chaweng town sama macam at Kuta. Happening. Along the Chaweng beach road ada banyak upscale restaurants & bars, kedai-kedai baju, leather shop selling high end handbags, massage parlors and etc.

Sungguh best! Cuma yang tak best ialah almost 80% sellers there are monopoly by Nepalese. They have been in Samui for so many years. They speak Thai fluently and they even eat Thai food. I don't really like them they all macam eksen-eksen sket. Nak bargain pun kedekut. You take it or leave it. Takdernya nak panggil-panggil balik...huhuhuuuu





Chaweng beach road at day time. Sunyi sepi. Almost of the shop opened around 11am or 1pm. They closed at 11.30pm everyday.


I bought yoga mat at very cheap price. Paling best because it is purple. Thai loves Purple very much. It means royalty, wealth & luxury. Kalo cikjah perasan, kat mana-mana ada colour purple.


Wawwwwieeee!!! terpandang jar payung nie terus jatuh hati. Mesti beli!
RM20 jar. Tak kesah nak bawa balik macam mana, janji beli dulu...heheheeee
Lawa kan?  cikjah ada?  ahaks! Mana ada orang lain yang pergi holiday nak beli umbrella kan? Chek sorang jar kot. Sebab chek suka yang santik-santik.  Ada banyak lagi yang santik-santik tapi size agak besar. Yang nie size S. Muat-muat dalam yoga mat bag chek. Hand carry jar masuk flight.
Kalo ada penjahat nak curi payung nie, tobat chek ligan sampai dapat...hahahaaaaaaa


Samui has a few Tesco lotus outlet.  Ada MakroBig C pun ada.
Chek sopping kat Tesco lotus sampai RM250.... Selalu sopping groceries jar kat Tesco sampai RM200 - RM300.

Tesco kat sini best.  Baju-baju yang dijual sumer berkonsepkan island.  Ada beach dress, beach sandal, beach hat, strawbag & etc.


Bila dah penat jenjalan, badan pun letih. Wajah yang tak baper putih nie pun dah bertukar menjadi hitam! Aiyooo!!!
Jom pi Spa!

Here in Samui ada banyak spa houses. Ada yang mahal, sederhana dan tepi jalan atau tepi pantai pun ada. I went to Magnolia Spa. Sebab dekat. Next to my resort jar. Jalan 20 langkah dah sampai. For me the standard here is just 3star out of 5.  Okay-okay jer...Best lagi my favourite spa,  Villamay kat Shah Alam tu.  As a spa-goers my opinion in terms of package price,  spa packages at Samui are slightly expensive. I could get better and longer hour packages cheaper at Villamay...heheheeee
Okay lar buat tipu-tipu. Kalo nak yang mahai, kelass dan lebih privacy. Ada! Tapi mahai lar sket.
Tapi chek tak kesah sangat...yang chek kesah ialah spa at Bali....heheheeee



At least I tried the Samui Spa.



Well? amacam? Tujuh hari tujuh malam dok berciter pasal Koh Samui....huh!
Best memang best. Dapat experience baru and learn new things about tempat orang. Do what local do eat what local eat..Chewah!!!

Terpulang lar kepada individu, some people may enjoy it and some people don't. Some people suka area town like Chaweng yang sibuk dengan nightlife,  loud music,  kereta,  motor keluar masuk and some people suka kat area yang tenang,  aman dan mendamaikan macam North or South Chaweng,  Lamai,  Choeng Mon dan etc.

Muka chek nie ada muka Thai kah? Masuk kedai,  masuk restaurant  terus depa speak Thai dengan chek....erkkk...sebab chek hitam lar tu...huhuhuuuu
Kalo cik putih mesti depa cakap omputih sebab ingatkan chek minah salih...cehhhh!! berangannn! ahaks!
Pergi jakarta pun depa ingat chek Jakartan...huahuahuuuu. Tapi nasib baik jugak jakartan, bukan dari sumatera kar, sulawesi kar, jogja kar....heheheeeee
Bila depa cakap Thai dengan chek,  maka dengan kembangnya chek membalas
"Mai koa chai.  Poot Thai mai dai"  cheewahh!
Terus depa say sorry....and tukar bahasa omputih  "owh! sorry...I thought you are Thai people....."
Mai kao chai.  Poot thai mai dai means I don't understand.  I can't speak Thai.


Sekarang nie chek tengah pulun dok tepek cream lancome kasi putih gebu macam selalu...ahaks!
Baru  nak rehat sket, lepas nie dah  nak kena start satu lagi  'project' baru plak....wooohooooo!!!!

Hope I have entertained and managed to give you some good information and tips on how to plan your trip to Koh Samui.  Happy holiday everyone!







My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"