Hahaaa....ada kar sayur sawi ropoll tu? Ahaks!
Nama kami letak suka-suka jar tu. Actually, it is baby sawi kerinting. Sawi kerinting nie sedap. Tak pahit. Walopun layu, bila direndam dalam air, pap! terus segar bugar macam kat kebun. Rupa pun cantik, kecik comeii jar dan ia sangat mengenyangkan.
Menu hari ini ialah mee kerinting goreng. Kebetulan plak sama-sama kerinting.
Bahan:
2 ketul mee kerinting kering
Sawi kerinting [baby]
Carrot
Putik jagung
3 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
Sehiris nipis halia [tumbuk]
3 biji cili padi - ikut citarasa pedas [tumbuk]
1tbsp udang kering/udang geragau kering [rendam dan tumbuk]
Daging/udang/ayam - ikut citarasa
1tbsp sos tiram
1tsp kicap cair
1tbsp sos ikan
1tsp sos cili
Serbuk lada hitam
Garam
Gula
1/4 cawan air
Cara:
- Didihkan air. Masak mee kerinting hingga kembang [3 minit]. Tos
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan isi ayam/daging/udang. Masak seketika sekitar 5-7 minit.
- Satukan semua jenis sos dan lada hitam di dalam mangkuk dan kacau mesra dengan sedikit air. Tuangkan ke dalam kuali. Masukkan carrot dan putik jagung. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah mendidih.
- Masukkan mee serta sawi kerinting dan goreng. Bila kuah sudah kering dan mee masih lembab, tutup api. Siap.
Rasanya enak sekali!