.

.
Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Sep 28, 2015


Isn't it obvious? Jom balik kampong!
Breakfast Sugi cake sedap with a cup of coffee at Skypark Subang while waiting for my flight to balik kampung - Hooreyy!

As usual, Skypark airport sentiasa sibuk dengan business and weekend travellers. Kali nie pun tak kurang bezanya, penuh dengan kakyam dan abang mahmud yang nak balik kampung sambut raya haji. Lounge area penuh dengan lautan manusia. Tapi sayang, many yang masih jahil sebab mendudukkan beg mereka di atas kerusi tanpa perasaan. Sedangkan ramai yang berdiri dan tercangak-cangakk mencari kerusi kosong untuk melabuhkan punggung. Ada ibu yang mendukung bayi dan juga warga emas. Golongan jahil ini tidak sedikit pun mengendahkan situasi di sekeliling mereka. Malah, begitu asik sekali menggonggong telefon pintar mereka - kesian.

Alhamdulillah, kami dapat duduk setelah puas tercangak-cangakk. Itupun kena meredah celahan kaki manusia. Sedang kami duduk, kelihatan seorang warga emas juga tercangak-cangakk mencari tempat duduk. Lantas kami bangun dan mempersilakan makcik tadi duduk. Sekali lagi kami tercangak-cangakk mencari kerusi kosong. Ha tudia! Terus kami ke kerusi yang mendudukkan sebuah beg. Peduli apa kami, kerusi ialah tempat meletakkan punggung, bukan beg. Reti plak si mamat tu hangkat beg dia.



Lima minit sebaik pesawat berlepas, ini lah ruang udara Subang / Petaling Jaya. Jerebu habis!
Tengok pun dah sakit mata. Inikan pula sakit hati. Uh! bedebahh betul Indonesia nie. Saban tahun jiran-jiran sekeliling menderita perkara yang sama. Bukan setahun dua, dah berpuluh tahun, tapi masih depa tak ambil apa-apa langkah pro-aktif atau mencari jalan menyelesaikan permasalahan rentas sempadan ini.


Memasuki ruang udara Alor Setar, keadaan sungguh berbeza. Terang benderang dan santek sekali pemandangannya.



Ada rainbow!
Tahukah cikjah bahawa rainbow sebenarnya adalah dalam bentuk bulatan bukannya separuh bulatan yang biasa kita lihat? Jika pelangi dilihat dari tempat yang tinggi dengan kedudukan matahari yang tepat dan wap air yang mencukupi, akan jelas kelihatan pelangi itu membentuk bulatan penuh. Namun, fenomena ini adalah sangat luar biasa. Kalo cikjah berpeluang melihatnya, ia adalah suatu yang sangat indah dan sangat istimewa.


Lima minit sebelum mendarat, tiba-tiba Kapten kona hampir 240 darjah di sekitar ruang udara berhampiran Gunung Keriang! Tak pernah Kapten buat lagu tu sepanjang kami ulang alik KL - Alor Setar dengan flight. Sungguh luar biasa tapi siok! Menyengett Kapten kona. Check out the aircraft wing in the picture above. Sengettt. Tapi sangat mengujakan...heheee



Sepanjang 1 jam 10 minit penerbangan, kami menghabiskan masa dengan mewarna. 


Yey siap!


Selesai beraya haji di kampung, kami pulang ke KL on Saturday juga dengan flight. Tapi ada sedikit kejutan sebaik tiba di Alor Setar airport. Rupanya Skypark Subang sudah pun buat pengumuman rasmi pada jam 5pm bahawa ia terpaksa menutup airport-nya berikutan cuaca jerebu yang tahap melampau. Jarak penglihatan hanya-lah 350m yang tidak memungkinkan any aircraft to take off or landing. Owh my!




Maka, semua penerbangan dari Subang di gantung buat sementara waktu. Maka, jadinya perbangan masuk dan keluar dari Alor Setar airport juga tertangguh kecuali MAS dan Air Asia kerana ia dari dan ke KLIA dan KLIA2. Fireflyz sudah pun cancelled all their flights. Yang tinggal hanya Malindo. All Malindo flights were delayed sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Maka, meloponglah kami dan passenggers lain di ruang menunggu. Hinggakan pada waktu puncak iaitu pada jam 8.30pm, begitu ramai skali orang di ruang menunggu. Rupanya, yang ramai tu bukan passenggers pun, tapi the SENDERS! Satu kampung mai nak antar sorang jar pun naik flight. Aiseh!


Nasib baik kami ada colouring book. Apa lagi, tempoh menunggu tidaklah membosankan atau merugikan. Malah 6 jam menunggu dirasakan sangat cepat berlalu.

Setelah berlepas-nya penerbangan terakhir MAS dan Air Asia pada jam 9.30pm, maka keadaan di balai berlepas Alor Setar airport kembali sunyi sepi. Yang tinggal hanyalah saki baki penumpang Malindo yang belum dapat ditentukan nasib-nya. Hahaaa...me included.
Namun begitu, ramai juga penumpang Malindo yang bertindak menukar flight depa to the next day. Namun, kami nekad, alang-alang dah berada di airport apa salahnya kami tunggu. Dah malas rasanya nak kemas beg bagai pastu datang semula ke airport esok hari. Mungkin juga esok keadaan cuaca akan sama, atau bertambah teruk atau bertambah baik. It was a gamble. I chose to stay and wait sebab kami yakin my flight will be re-timed cuma tak pasti pukul berapa.

Pada jam 10pm. kami diberi voucher makanan percuma. Okay, dapat mee goreng sedap dengan mineral water. Later, they announced that the 6pm flight was re-timed to 11.40pm. My flight the 8.20pm still with delayed status. Okay, sekurang-kurangnya flight tak cancelled dan kena balik.

Alhamdulillah, pada jam 11.30pm, my flight was confirmed re-timed to 1.40am. Yeyy!! Gembira lah hati 30 orang penumpang pesawat terakhir dari Alor Setar airport. Kesian airlines and airport ground staff, kakak dan abang imigresen, achi clener kena overtime sampai 2am. Sumer nie sebab jerebu indon! Paling kesian dekat kami para penumpang yang menunggu dengan sabar. There was a young family with an infant. Nasib baik baby-nya tak meragam. Tidoq jar.


Thank you to Malindo Air sebab tak cancelled their flights. Sebab ingat senang kar nak cancel flight? Ramai penumpang yang akan terkesan - aktiviti harian dan agenda yang telah dijadualkan terlebih awal pasti akan tergendala. Malah ada yang perlu pulang pada hari tersebut kerana kecemasan. Malindo terbangkan pesawat kosong to Alor Setar just to pick up and bring us back to Subang. Happy!

Sampai di Subang pada jam 2.50am. Kami adalah antara pesawat terakhir tiba di Skypark. Mungkin ada 1 atau 2 lagi pesawat Malindo yang akan tiba selepas kami. Keadaan di Skypark sungguh suram dan sunyi. Ruang udara dan di dalam bangunan terminal penuh dengan jerebu. Jelas kelihatan warna putih di setiap inci kawasan. Yang tinggal hanyalah ground staff Malindo yang masih menantikan pesawat-pesawat terakhir mereka, pemandu teksi dan kaunter teksi masih beroperasi seperti biasa with midnight charge.

Kami tiba di rumah pada jam 3.30am. Nothing much kami bleh buat. Buka kotak simpan daging korban, cuci muka dan terus tidoq. Esok bangun pagi mesti peninn sebab kami tak bleh tidoq lewat. Maklumlah Cinderella...hihiii



Feb 4, 2014


Alololorrr....kucin itam demok sakit...sob..sobb...cian tuan dia...sedih gulin-gulin...Aww!
Masa kami holiday 1 week hari tu, kami checked-in kucin demok kat hotel. 
"Bye-bye kucin demok, see you in another week! "

Risau jugak kami sebab kucin gojes kami kan dah darjah 6. Tahap dah umur sensitip. Risau kalo kucin demok sakit, pening kepala kar, sakit pelut kar. Tapi alhamdulillah selama nie kucin demok tak penah sakit-sakit. Sihat and cengeii sentiasa.

When I was checking out kucing demok from the boarding hotel, first thing kami memang dah noted something was wrong bila terpandang mata kanan kucin demok berair, kemudian she was sneezing and sneezing. Haa??? kucing sneezing? Yes cikjah. kucin pun sneezing taw. Macam manusia siap keluar bubble inguss kot idung...Erkk! heheee

Balik rumah kami kuarantin kucin demok. Lagipun masa boarding kami ada letak ubat flea and ticks. Dilarang sama skali kucin demok ronggeng-ronggeng dalam rumah right after boarding. Esok lepas mandi baru bleh ronggeng.  Kebiasaannya, kalo selepas boarding, kucin demok memang macam muram sket. Stress sebab kena tidoq kat tempat tak best. Kalo dah mandi, dah wangi baru kucing demok kembali ceria. 

Sadly, selepas mandi keadaan kucin demok tetap sama. Uh! Tak ceria, kurang tenaga dan lemah. Runny nose. Bila breathing ada bunyi macam enjin moto dan skali skala kluar bubble kot idung...hahaa. Sneezing pun takdak perubahan...aachommm! aachomm!! Takmo makan [dry] food dan hanya minum ayaq saja.


Maka, kami pun bawa kucin demok jumpa doktot.
Nak bagi panadol, takut plak tetiba kucin demok bleh bercakap nanti...hehee



At vet clinic, rupanya ramai lagi pesakit yang tengah menunggu giliran. Ada kucin, ada burung, ada hanjeng [different level]. Nasib baik kami tunggu tak lama. 3 jam saja sebelum dapat jumpa doktot. Uh! Nasib baik doktot ensem, baik & ramah. 3 jam pun okay...hahaaa







Masuk jar treatment room, kucin demok sket pun tak hissing. Relax and cool saja. Tak nampak macam sakit pun. Nampak energetic plak. Unlike masa antar boarding. Baru depan hotel petshop dah hissing terkeluar gigi macam drakula...haish!


Doktot tengah check kucin demok. Alhamdulillah lega bila doktot cakap kucing demok tak dak apa-apa serius. Kandungan air dalam badan okay. Otot dan sendi pun okay. Cuma upper respiratory infection, hence sebab tu sema-sema, bersin dan mata sedikit merah. Must be she picked up some virus masa boarding kat hotel hari tu. Terus kami hinsaf, dah takmo antar kucin demok boarding. Kalo perlu, kami nak kena demand sket. Nak single individual deluxe cage. Taknak standard room. Mainly because kucin demok dah 12 years old. She requires special care and attention. Long live my darling!


Aiceh! kucin demok tengah tunggu doktot nak bagi ubat.
Doktot bagi ubat [pil] sema-sema. 1/2 biji dua kali sehari. Ubat sema-sema RM4 saja. Tapi doktot's consultation RM50. Toink! murah lagi ubat demam tuan kucin demok...hehee


Selepas 3 hari kucin demok sudah kembali sihat dan ceria seperti sedia kala. Owh! syukur Alhamdulillah. I love you doktot eh! silap...kucin demok!!! muahh!!!!



Jan 30, 2011


Package 3H2M yang sangat best! :) Fullboard. Everything is taken care. Malah sangat efficient. Every 4hrs mendapat layanan istimewa...heheeeee..... tapi mahal sket...[bukan sket...banyakkk] aceh!


Makanan lazat! on time dan dihidangkan panas-panas :)

Dapat 'welcome flower'...ahaks! opsss! salah, 'get well soon' flower heheeeee


Cuma, babysitter tak dapat extra mattress...huhuuuu [dah request, tapi 'reservation' full, so x dak extra]. Tapi, tak kisah, sebab chek bawa kelengkapan sendiri. Lagi best sebab bau menten.....hahhaaa

Bawa bantal [busyukk] , comforter x 2 and blanket...over kan? lol and of course my story book.
errr...itu baju tidur chek taw, bukan baju spital :P




Yang penting, chek adopt 'bilik hotel' tu macam rumah sendiri :) Sampai bathroom pun chek hias lawo-lawo. letak bunga sikit, supaya orang sakit akan cepat sembuh ;)

Alhamdulillah! orang sakit dah sihat dan semoga bertambah ceria! *wink!*



Jul 16, 2010


I am sick and I hate being sick!!!
Iyer...tahu..ini adalah sebahagian dari dugaan Allah terhadap hambanya di dunia, sesungguhnya cek redha.
Tapi, dalam keredhaan itu cek cuma nak berkongsi betapa tak bestnya kalau kita jatuh sakit. Mood jadik tunggang terbalik, wajah konpom kecut asam mengalahkan asam jawa, fikiran celaru dan terganggu mengalahkan selirat wayar elektrik, tidur tak lena, makan tak lalu, badan tak bermaya dan tak larat macam nak tidur forever x__x
Tapi apakan daya, kerja tetap kena kerja. Datang office kena macam biasa. Nanti apa plak depa dok kata, asik cuti, mc jar.............

Cek ni memang jarang jatuh sakit, alhamdulilah, dikurniakan antibodi dan imun sistem yang agak kuat, tapi once cek sakit ya Allah! rasanya tak larat sangat. Dalam setahun, mungkin 2-3 kali deman saja dan jarang2 batuk. TAPI, once cek terkena batuk, mak aii!!! sampai 3 bulan baru nak lega. Sebab itulah cek takut sangat kalau mendapat sakit tekak seterusnya batuk. Tak tahan!

Dan cek cukup pantang kalo orang batuk atau bersin depan cek! Hiapp!!!Seboleh-bolehnya, cek cuba lari dari orang sekeliling yang batuk, takut berjangkit :(
Maaflah kepada orang sekeliling, jangan terasa kalo tengok perangai cek macam felik sket, tapi cek memang surrender kalo dapat batuk!!!

CEK TAK SUKA MAKAN UBAT!!! I HATE UBAT !!~.~

Itulah perangai cek sejak dari kecik lagi. Semua family cek arif akan masalah cek ni, kalo boleh, cek nak lari sembunyi bawah katil kalo kena makan ubat...huhuuuu
Kalo cek batuk, sampai ke doktor pakar nun cek pi. Dan setiap kali itu jugaklah Dato' Dr Zainudin mesti suruh cek x-tray bagai, Tapi tak der apa2 pun (alhamdulillah) chest, lung sumer sihat, tapi memang jenis yang lambat sembuh -___- secara puratanya, cek mengambil masa 3-4mths untuk recover batuk...owh! (no! no! ini bukan batuk kering tau) satu penyeksaan pada diri cek sendiri dan orang sekeliling. Kesian plak kalo kat office tu depa terpaksa dengar cek dok batuk jer...tengah cakap kat tepon, discussion dengan bos, tetiba "kong!kong!kongggg!" haishhhh.....

Ketika menulis entry ni pun cek dah 3 hari sakit. Bermula dengan minum 100Plus kat gym, pastu dapat sore throat and the very next day terus batuk with a lil temperature. Dah jumpa doktor, dah dapat mc yesterday, tp hari ni pun blum ada tanda2nak recover and i'm at office working instead x______x with mood at ZERO level ...errkkk

"Ya Allah! aku redha dengan ujian kecil Mu ini terhadap diriku, tapi Kau bantulah aku untuk cepat sembuh...amin...."

Aug 20, 2009

Tahukah anda sekarang ini sudah ada virus yang lebih dahsyat dari H1N1?
Virus yang takdak ubatnya, malah lebih hebat dan garang kesannya.....
Virus B1N1============= BINI...hahahahahahaha

Lawak di kala kekalutan pendemik kesihatan dunia...tapi ada juga virus B1N1 yang baik, lemah lembut, penyayang, rajin, cantik, penyabar dan segala macam kebaikkan lagi...tak dapat dinafikan.

H1N1 yang hampir mencecah 5bulan usianya ini adalah satu penyakit menular sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut, tapi sehingga sekarang belum ada lagi ubat atau vaksin yang dapat mengatasi ketakutan rakyat dunia ketika ini...jadi macama mana? Hanya satu perkataan dapat mengungkap dan mengurai permasalahan ini...BERSIH.

Oleh kerana mengubati adalah mustahil dan sukar pada peringkat ini kerana belum ada vaksin yang terhasil, maka menjaga kebersihan diri dan tempat sekeliling adalah satu langkah utama dan penting. Ianya amat mudah dan insyaallah dapatlah kita sama2 menghindari penyakit merbahaya ini.

For those who’s working at office like me nih...fuh! banyak benda nak dipastikan bersih...almaklumlah ramai orang keluar masuk office, pastu pelbagai jenis dan ragam manusia, nak kenalah sentiasa pastikan kebersihan di pejabat especially sorrounding my work place. Nak harapkan kakak cleaner...hampeh! kakak indon, kalau cuci takat mana sangat...bagi depa janji lap..berbuih mulut chek ni dok berletiaq, dengar lar jugak, tapi minggu depan depa dah lupa...hermmmm...very typical :-P
Senang cerita baik buat sendiri. Hati pun tak sakit. Lagi puas hati..chek ni jenis malas cakap banyak..tapi bab action, chek memang banyak :-)
Jangan buat main wor, dah banyak kes, officemate terkena swine flu and passed away…nauzubillah.

Every alternate day, first thing in the morning I’ll wipe my entire table with Dettol…hah! Jangan lar panic..abih tu, memang chek ni jenis yang rajin…nak buat mcm mana..Hat mulut jahat dok kata chek over ker, takdak keja ker, cleaner ker…go to hell lah!
Tak kuasa nak layan orang2 mcm tuh…my table, my effort… I punyer suker lah…Depa tu yang malas, tapi mulut jer rajin komplen..tapi tangan tak mau buat. Kalau kakak cleaner tak lap, berhabuk 7inchi lar meja depa…kalo meja guys takpa jugak…kalau meja pompuan, mak budak plak tu… pun berhabuk, isk3X masalah malas kronik aihhhh ^o^

Kat office pun chek dah belikan Dettol cleaner untuk kakak indon guna for entire office...try to minimize the risk @ work place. At home, of course I use Dettol for everything as well. Dettol hand sanitizer also always in my handbag and always wash my hand from time to time.
BTW I have no share or getting any rebate from Dettol company for promoting Dettol :-D

Beside that, I also limit my outdoor activities. Kalau have to go out, pakai mask macam alien tu :-P For the past 3 weeks, I din’t go out for lunch. Having lunch at office..huhuuuu
Tapi tu lah..masih ramai rakyat Malaysia yang naïf… Bila jumpa jer orang lain pakai mask, mula lah bijik mata tu sampai nak terkeluar dok tengok seolah2 jumpa naked lady walking @ the mall…hohoooo

Naper? Tak pernah tengok orang pakai mask? Siap senyum2 sinis pastu buat joke plak tu...huh! inilah bloodyvirus sebenarnya. Tak salah nak pakai mask. Bukannya mahal pun..berapa henget jar. Takkan kedekut kot. Tapi yer lah kita ni bila tengok orang pakai mask, tanggapan pertama kita ialah "amboi berlagaknya, takdak apa pun nak pakai mask" Sebenarnya pakai mask tu, bukan kerana takut terkena jangkitan dari orang lain, tapi takut kalau2 kita ni menjangkitkan penyakit kepada orang lain. Itu pun susah nak paham kar?

Kat negara lain like Japan, flu or batuk sikit pun depa dah pakai mask. Kat Malaysia ni belum bulih dijadikan resam & budaya. Tapi kalau budaya kuning tu, cepat jer depa adopt :-P

Sebenarnya dalam situasi begini, mengekang & menghindari adalah jalan terbaik dari mengubati sebab belum jumpa vaksin lagi...so, ayuhlah people out there, kita buat sorang sikit, insyaallah, penyakit menular merbahaya ni dapat di jauhi...insyaallah.

Jul 20, 2008

A spasmodic contraction of the thoracic cavity, resulting in violent release of air from the lungs, and usually accompanied by a distinctive sound...Wikipedia

Arggghhhhhh! still coughing since 4 weeks ago. I,ve been seeing 3 different doctors and been taking 3 differents set of cough medicines. Yet ain't better :-(

But it's normal to me based on my health history but none of my family is having asthma though. Usually it will drag me from 3-8 weeks.Huh! I knew it's sound terrible but yeah...that is what happening now :-P


Finally! I managed to squeeze for an appointment to see Dr Zainudin at Damansara Specialist. Very hard to get this appointment. I've been waiting for almost 2 weeks. Too many cough cases recently due to wheather changes.My last visit to see Dr Z was on August 2005..remember? the worst hazzy cases reported in Malaysia history?
As usual, he advised me to do an x-tray. I did and I'm perfectly healthy..Alhamdullillah...

Then, it comes the part that I don't like most.................................................MEDICINES!!!!

My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"