Salam and Good Day Cikjah!
Alhamdulillah, after more than 2 months akhirnya kami dikurniakan roh rajin untuk menyambung citer pasal 7 hari 6 malam holiday di Langkawi sebelum puasa hari tu.
Selain kekangan masa dan malesss sebab memikirkan too many photos need to be uploaded and before that kena filter satu-satu dan pilih-pilih gambar, kami decided to put this entry KIV for a while. Left it there and berdoa supaya diberi kekuatan untuk terus berkongsi maklumat dan pengalaman dengan cikjah. Alhamdulillah semangat dah mai! hahaaa
Cikjah ready nooo...banyak gambaq sampai terkluaq screen nie....Ini baru second entry about Langkawi. Kami dah drafted at least another 2 more entries special for Langkawi. Maklumlah 7H6M kan...heheee. So, kita citer pasal Jalan-Jalan Sekitar Langkawi dulu.
Sebelum jalan-jalan, kena fikir pasal transport dulu. Awal-awal lagi kami memang dah planned nak sewa motor. Sebaik pick up di airport oleh pihak resort, kami terus dibawa ke Pantai Cenang untuk acara sewa motor. Kami menginap di Ulu Melaka which is at the central of Langkawi island. 15 minit ke Kuah, 15 minit ke Pantai Cenang. Resort recommends kami sewa motor di TShoppe Pantai Cenang.
Wahh!! hebat. Sewa motor ada katalog. Mudah dan harga berpatutan. Dah tak ingat sewa motor brand apa tapi as photo di bawah nie. Harga sewa akan menjadi semakin murah jika bilangan hari sewaan semakin bertambah. Kalo tak silap kami bayar RM120-RM140 lebih kurang untuk 5 hari. Sorry lar cikjah, short memories. Sebab tu kami cuba put up this entry secepat yang mungkin, or else kelautt lar jadinya. Kena bayar deposit. Dapat free helmet and motor memang sedia full tank. Bila return nanti please make sure full tank jugak okie.
Total kami round-round with this bike ada lebih kurang 400km lebih. Bersamaan macam travel dari KL ke Alor Setar! Hebat!
Ready? Uh! tak sabaq nak rempit [dalam santun] nie...hahaa
Travelling around Langkawi tak sesak. Nyaman saja. Mungkin bukan cuti sekolah kot. Jarang-jarang sekali berselisih dengan kenderaan lain di atas jalan raya. Best!
Jom pi Pantai Cenang. Pantai yang paling pemes di Langkawi. Ombaknya kuat ketika kami berada di sini. Penduduk tempatan memberitahu kami, di sini ombaknya memang sentiasa kuat. Saban tahun ada saja kes meragut nyawa dan jiwa di sini. To cikjah, sila berhati-hati. Bukan nak takutkan, cuma peringatan.
Pantainya bersih cuma pasir tak putih. But still a good beach though. Kami datang tengok-tengok jar. Takmo ahh mandi pantai. Nanti hangit! heheee
Untuk ke sini, kami masuk lorong kecil bersebelah Underwater World Langkawi.
Pemandangan indah di Pantai Cenang |
Paragliding adalah salah satu aktiviti pantai di sini |
Then, kami ke Complex Duty Free bersebelahan Underwater World Langkawi.
Terasa macam Kakyam plak dok pilih-pilih pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu senduk bagai. Tak beli banyak pun sebab kami naik flight. Risau plak barangan fragile masuk kargo.
Hangat lit-lit di Langkawi ketika itu. Jumpa ais krim tingkap! Suka!! Beli kat dalam kedai Warisan. Singgit okay harganya. Kat kampung, kami bleh dapat 5 taw. Kalo 20 tahun dulu, kami bleh dapat 10! Dapat kami belanja kawan-kawan sekampung...hehee
Kami juga ke Rams, Haji Ismail Group dan beberapa lagi kedai di Pekan Kuah. Harus lah kan pi sebab dah datang sini. Walopun bukan niat nak sopping pinggan mangkuk, cuma nak tengok-tengok amik pengalaman. Nak fefeling macam Kakyam. Ahaks!
Perjalanan di teruskan lagi ke tempat yang terletak di carta nombor satu iaitu Cable Car! Weeehoooo!!!
Di pertengahan jalan, jumpa makcik jual buah setoi. Besaqqqnya!!!
Guess what? sebiji 5kupang jar....Toinkkk!!!! Pengsan. Kami pun beli 4 biji. Lamanya tak makan buah setoi. Bukan senang nak jumpa.
Dinasihatkan jika ingin ke sini, datanglah di sebelah pagi kerana cuacanya agak dingin dan tak terik sangat. Perjalanan naik motor dari Ulu Melaka ke sini adalah sekitar 20 minit. Super scenic ride. Best!
Personally, kami cukup bangga dan kagum dengan Cable Car Langkawi ini. Teknologinya hebat. Impiannya tinggi menggunung separas Gunung Mat Cincang nun menggapai awan bumi Malaya. Bangga sangat sebab kehebatan ini berada dan milik Malaysia.
Walopun kita dahulunya antara negara Asia yang kurang dilihat dan didengar, namun dengan impian dan usaha hebat oleh mantan Tun Che Det, akhirnya kita kini antara negara yang harus diberi perhatian di kalangan negara-negara lain di dunia. Apa tidaknya, impian kita untuk memiliki bangunan tertinggi di dunia akhirnya tercapai. Mungkin agak sukar untuk membuatkan negara kita terletak di carta nombor satu dunia jika dinilai dari segi ekonomi dan pembangunan, namun memiliki KLCC sebagai bangunan tertinggi di dunia adalah salah satu wadah untuk menempatkan kita di kalangan negara-negara hebat dunia. Kami bangga menjadi warganegara Malaysia. Malaysia Boleh!
[Penulis masih lagi dalam mood Merdeka dan rasa cintakan tanahair tidak pernah padam dalam diri penulis. Harap maklum]
WaaawwiiEeEEeeEeeeeeee!!!!! Nobody tells me naik Cable Car itu mengerikan....uh!
Hahahaaaa.....Bersiap sedialah cikjah. Kusss semangat. Tingginya tak terkata. Keras kejung dok dalam Sky Cab tu. Rasa takut nak menggerakkan anggota badan even breathing...hahaaa
Lagi parah kalo ada kids kat dalam Sky Cab tu. Kalo kids yang baik dan santun dia dok diam-diam di pangkuan ibu atau ayah. Tapi kalo kids yang super energetik dan excited melampau....mau dia lompat-lompat dan jalan-jalan dalam Sky Cab tu...Aiyoo!!! Kalo lagi parah, the kids teriak meraunggg ketakutan hingga menyebabkan kami pun hampir-hampir meraung skali kerna ketakutan yang sama....hahaaaaaa
Ketika naik kami okay sebab kat dalam Sky Cab tu sumer adults. So, santun-santun blaka. Yang terpancar jelas ialah sedikit kengerian di wajah masing-masing namun di-cover oleh topeng keterujaan....hahaa
Namun, ketika turun kami naik Sky Cab bersama sepasang ibu, ayah dan 2 anak mereka. Sepanjang perjalanan turun dari stesen atas hingga ke stesen bawah si ibu asik bercakap di telepon dan anak-anak merenggek sambil bergerak-gerak sat nak pi kat ayah, sat nak pi kat mak di dalam Sky Cab...adeiii. Saiz Sky Cab bukan besaq pun. Besaq lagi keta Kancil kot. Bayangkan kena menadah telinga dengar Kakyam tu cakap telepon bagaikan tiada sesiapa di situ. Uh! No manners. Terbantut nak menikmati keindahan alam. Tak der kelass lar you Yam...Eeuuww!
Tingginya tak terzahir dengan kata-kata. |
Panorama di sini cantik sekali. Udara sejuk dan nyaman.
Hentian di stesen pertama.
Hentian di stesen puncak. Di sini terdapat restaurant.
Skybridge masih lagi di tutup buat masa ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Dari Cable Car, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Rhu. Super scenic ride along the route.
Kami skipped Datai sebab tak brani nak pi....ada antooo....muahahahaaa
Bukan kami cakap, tapi orang Langkawi yang abaq. Sapa dok Langkawi taw la kot kan. Taxi drivers pun tak brani kalo sorang-sorang nak naik pi Datai waktu malam. Tempat tu macam keras sket. Wallahua'lam.
Kami singgah di Kompleks Kraf. Bangunannya besar tersergam indah.
Namun begitu, kelihatan jubin-jubin di sekitar hadapan bangunan sudah retak dan pecah. Sayang sekali. Kontraktor mana lar yang buat nie? Pakai material apa? Bukan ada lori simen lalu sini pun sampai jubin nak pecah.
Berada setempat dengan Komplek Kraf ialah tempat buat Kristal. Pemes abang nie. Masuk tibi dah banyak kali pasal dokumentari industri kristal.
Cikjah boleh tengok demo cara-cara buat kristal. Hebat dan unik!
Sebahagian produk bermutu dan cantik yang dihasilkan. Boleh beli jika suka |
Kalo 25 tahun dulu, sesiapa yang berkunjung ke Langkawi pastinya membawa pulang minyak gamat dan coklat tin Foxs selain kain batik. Itu saja. Tapi kini ada macam-macam di Langkawi. Coklat, pinggan mangkuk tak payah cakap lar. Bertimbun sampai tak keruan nak memilih. Sejajar dengan perkembangan ini, industri gamat di Langkawi pun turut berkembang dengan peredaran masa. Kedai dah besar dan selesa.
Ini pula ialah Pantai Tengah. Terletak 10 minit dari Pantai Cenang.
Kurang pengunjung. Di sini lebih kepada aktiviti pantai dan laut.
Ambong Resort. Antara resort yang menambat hati kami.
Bon Ton Resort of course. Resort di Langkawi yang berada di hati kami setelah sekian lama. Hampir 90% tetamu di sini adalah foreigners. Tempatnya cantik namun bukan di tepian pantai. Suasana yang ditawarkan di sini ialah kampung Melayu with class. Aiceh! Sebab tu banyak mat saleh suka Bon Ton kerana mereka ingin merasai suasana sebenar kampung. Berada di sini seperti berada di Tanjung Jara rasanya.
Bersebelahan Bon Ton ialah Temple Tree yang juga antara resort mewah di Langkawi.
Cantik skali pemandangan di sini |
Rumah-rumah penginapan adalah rumah kampung Melayu asli. Kelihatan agak lusuh dan macam nak roboh...heheee...rustic okay. Itulah daya penarik Bon Ton.
Restaurant |
Salah satu tarikan yang kuat bagi kami untuk ke sini ialah kerana Bon Ton sangat sayangkan kucing!
Pemilik resort ini [mat saleh] sangat sayangkan kucing. Beliau juga ialah perintis kepada kewujudan the first vet clinic service di Pulau Langkawi. Sehingga kini dianggarkan Bon Ton memiliki 200 ekor kucing. Nantikan entry kami about Cats in Langkawi soon, InshaAllah.
Namun, usah khuatir. Bukannya 200 ekor kucing berkeliaran setiap masa....hahaa...
Kebersihan di sini tip top. Tiada bau langsung. Kelihatan kucing di hujung sana, di hujung sini, di beranda sana. di atas tembok sini, di tepi swimming pool dan sebagainya. Memang siok habis!
Hidangan tengahari kami di Bon Ton. Nyonya Curry Laksa.
Rasanya okay biasa-biasa saja. Sesuai citarasa mat saleh. Tak pedas sangat and a bit creamy. Curry Laksa kami masak sedap lagi....heheeee
Okay, sekarang kami bawa cikjah pegi rumah Haris Ombak Rindu. Mau? Jom ikut kami.
Sunset Valley Resort ini terletak di Ulu Melaka. Hanya 1km dari Fox Hill Resort. Juga antara resort pilihan hati kami.
Pemiliknya ialah warga German bersama suami. Sekali lagi suasana kampung with class menjadi pertaruhan oleh resort ini. Nampaknya konsep tersebut sangat berjaya. Di sinilah tempatnya beberapa adegan filem Ombak Rindu dan Bencinta.
Jalan masuk ke resort |
Kiri dan kanan jalan ialah kebun getah. Banyak betul Pokok Cemamaq tumbuh meliar di sini. Petik buat ulam. |
Gate House |
Ketika kami di sini, buah petai riuh rendah di pokok. Berjuntaian malah ada yang depan idung. First time dapat pegang buah petai live kat pokok. Selalu buah petai nun tinggi di atas pokok. Pakcik tu siap offer nak bagi kami petai, tapi kami tolak dengan baik. Maklumlah lambat lagi nak balik. Kalo simpan nanti dah tak elok---thank you.
Suasanya hampir sama seperti di Ubud. Keaslian kawasan kampung sekitar mengharmonikan keunikan resort ini.
Pemilik resort tinggal di sini.
Kiut miutt!
Tersedia lengkap dapur dan kelengkapannya di setiap rumah penginapan. Bestnya kalo dapat tumis gulai mengadap bendang.
Inilah yang dikatakan suasan kampung dengan gaya. Memang kelass lar. Suka!
....and I am saving the best for last. Kami dibawa ke sebuah private orchard oleh Resort Manager dengan bayaran hanya RM50/pax. Pakejnya ialah makan selagi larat. Yeyyy!!!!
Kebetulan memang musim buah-buahan ketika itu. Apa lagi....yahoooo lar
Pakcik pemilik orchard yang peramah dan baik hati bersama isterinya bersungguh-sungguh melayan kami di dusun.
Manggis |
Pokok asam gelugor |
Excited dapat jumpa buah asam gelugor. Ada sesetengah tempat di Pahang dan beberapa negeri lain yang menggunakan daun asam gelugor di dalam masakan. Teringin nak rasa...urrmmm....
Super big durian
Di dusun juga ada sebatang anak sungai mengalir jernih. Banyak ikan!
Cer teka apakah ini?
Macam mikropon kan? Ini lar bunga petai. Santek dan unik.
Rasa macam nak bawa tilam bantai dok kat bawah pokok nie. Biar puas makan rambutan sampai kembong.
Walopun dah disediakan makan tengahari di dusun dan makan buah-buah kayu sampai pengsan, kami dibekalkan buah durian dan rambutan pulang ke resort. Wahhh!
It's okay to take durian masuk resort tapi dengan syarat mesti makan kat Rumah Makan bukan kat bilik. On the way back kami singgah kedai tepi jalan beli cucuq nyioq. Sedap lar!!! Blum penah kami makan cucuq nyioq. Sama macam cucuq kodok. Instead of pisang, gantikan dengan nyiok/kelapa. Lepas tu Resort Manager ajar kami makan cucuq nyioq dengan isi durian. Amazing!
Rambutan fresh makan kat bilik.
Eh! jap....nanti kami citer pasal makan-makan & kucing kat Langkawi plak okay...daaaa!