Sambung cikjah!

Kali nie kami bawa cikjah pi makan-makan around Langkawi nak? Gulp!!
Sedap-sedap lar masakan orang Kedah nie precisely orang Langkawi...hehee

Mula-mula kami bawa cikjah pi kat deretan kedai makan berhadapan HIG Mall di Jalan Penarak, Kuah. Kompleks HIG baru yang sekali dengan hotel. Kat situ cuma ada kurang dari 6 pintu kedai makan mini. Bersih dan selesa.


First time kot tahu adanya laksa spesis macam nie. Tejut kami!


Inilah laksa lemak umbut pisang tu. Owh! rupanya ia mirip laksa Siam. Kami ingatkan ia macam laksa lemak Kedah yang kami selalu masak tu. Tak terasa sangat umbut pisang. Kalo ada pun maybe dah hancur lebur jadi kalo makan memang tak tergeget batang pisang. Okay sedap namun biasa saja. Nama saja yang menarik. Harga sekitar RM4.50.


Ini plak roti arab cecah gulai daging. Menu dari kedai sebelah dari tempat yang sama. Nampak macam biasa saja tapi woot! woott!!! sedap. Gulai daging kaww giles! Daging besar dan banyak. Harga RM5.

Satu lagi gerai yang paling hujung jual rojak pasembor. Tak amik gambar plak nak tunjuk cikjah sebab kami tengok presentasi pasembor tu besa-besa saja tapi bila rasa....uishhhh! memang terlazat. Kat gerai tu ada gantung banner 'rojak pasembor paling best di Langkawi' katanya dan memang sedap pun.



Ini plak dari gerai sebelah masih di tempat yang sama. Menu tengahari. OMG!!! Lauk campurnya sedap-sedap ke bintang. Untuk makluman cikjah, pukul 11am sumer lauk dah siap masak. Kami orang first beli lauk kat sini untuk hari itu...hehee
Asalnya kami datang for breakfast, alang-alang lauk dah masak kami bungkus untuk makan tengahari kat resort nanti.


Memang asli sambal petai orang Kedah. Memang lazat terliurr!


Mouth watering sambal belacan dan ulaman segar. 


Arghhhh gulai!!


Inilah hasilnya. Makan nasi lauk best kat treetop house. Cikjah ada? heheee
Kalo nak, kena datang Fox Hill lar..Aiceh! pomot.


This is the best one. Kalo cikjah ke Tanjung Rhu wajib singgah Scarborough Fish 'n' Chips untuk nikmati fish & chips paling sedap di Malaysia di . Tak payah cakap yang hotel 5, 7 bintang lar kan. Sebab gerai nie very humble nearly end of the island. Takdak kawasan perumahan, kedai-kedai. This amazing cafe located a few minutes away before The Four Season hotel. Memang terbaik! Pukul 7pm lebih-lebih dah tutup sebab kawasan nie akan jadi lengang sunyi sepi dan sangat gelap.

Cafe tepi pantai


Meja yang disediakan pun tak banyak.  Tempatnya agak kecil tapi cozy, comel, bersih dan breathtaking.



Sajiannya pun tak banyak pilihan tapi sumer sedap! Harga agak murah dan setimpal dengan kualiti makanan yang dihidang.


Memang tak rugi singgah sini. Super amazing!

Calamari rings

Bihun sup di kedai ini juga lazat!

Ini plak kedai makan tepi Jalan berhampiran Fox Hill resort. Kalo nak minum ayaq kelapa paling sedap kat sini lah tempatnya. Air kelapanya sangat wangi. Kedai ini berlatar belakangkan kebun kelapa yang menjadi sumber jualan untuk kedai ini.

Dari luar kedainya nampak biasa saja. Macam orang jual ayaq kelapa tepi jalan. Tapi memang terbaik. Nak bagi taw jalan pun kami tak pasti sebab jalan kat Langkawi ni banyak sangat simpang. Bersiur-siur simpangnya. Actually bleh jar masuk simpang mana pun sebab akan bertemu jugak cuma jauh dan dekat saja. Tapi bila dah kat tempat orang nie jadi macam sedikit confuse. Bila dah dok lama sket baru lar terer kan...hehee
Tapi memang tak jauh dengan Mardi Agro Park.

Laksa pun lazat jugak!
Dari luar, cikjah akan nampak orang jual air kelapa dan cucur goreng. Kalo datang awal dapatlah beli air nira. Tapi satu lagi yang kami suka di kedai ini ialah cucur kelapa. Fuhh! Memang sedap. Bulat-bulat comei macam cokkodok.


Ini pula juga sangat sangat terbaik. Highly recommended. Wajib singgah! Terletak di Jalan Makam Mahsuri. Hanya 2 minit perjalanan dari Makam Mahsuri. Specialty di sini ialah Nasi Dagang. Terbaik macam di Terengganu.


Terbuka hati kami nak singgah di sini kerana hari-hari kami naik motor lalu restoran ini. Keunikkan dan hiasannya sangat memanggil-manggil. Tapi setiap kali lalu sini kami dah makan dan kenyang lar pulok. Tapi satu hari tu kami singgah juga untuk ketahui apakah kehebatan kedai ini. 
Inilah restoren Nasi Dagang Pak Malau.

Walopun kami dah brekfast di resort, kami singgah jugak. Waktu tu takdak orang cuma kami. Tempatnya uishhh mak aii! memang best giles. Di tepian bendang [tidak lagi diusahakan], di bawah pohonan rimbun pokok dan bersih sekali.


Susun atur kedai cukup menarik. Ternyata pemilik restoran ini sangat teliti dan kreatif.


Lihatlah pemandangan indah ini. Terpukau kami. Perut yang tadi kenyang terus jadi lapar kembali.


Menu di sini hanya nasi dagang. Pak Malau kami gelarkan pemilik restoran ini. Namun Pak Malau tidak menghalang kami memanggilnya dengan gelaran itu. Malah tersenyum dan suka pula. Orangnya ensem [Aiceh! Pak Malau jangan kembang sangat okay...hehee] mirip cina. Berasal dari KL dan berhijrah ke Langkawi sebaik bersara dari MAS. Isterinya orang Terengganu. Restoran ini diusahakan oleh Pak Malau suami isteri. Cer cikjah tengok set hidangan menu di sini. Cikjah hado? Glem you! Memang kemas dan bersih. Kami suka! Inilah presentasi yang sepatutnya di sesebuah restoran. Kalo pemilik restoran kata set macam nie mahai, mai Langkawi! beli kat sini murah-murah...hehee


Untuk harga set nasi dagang di sini kami kategorikan sebagai agak berpatutan. Harganya seperti di KL walopun sebenarnya di Langkawi. Namun, sajiannya enak, bersih dan tempat menarik. Kalo beli rokok sekotak harganya sepuluh hengget tapi makan tak kenyang, apa lah sangat sepinggan nasi dagang Pak Malau. Jangan dok komplen sangat. Lagi pun ini menu special dan bukan kebiasaan santapan di Langkawi.



Kami memilih untuk duduk di luar sambil menikmati pemandangan indah Langkawi. Sebab tu pilihan penginapan kami di sekitar Ulu Melaka nie sangat tepat! Suasana kampungnya aman damai dan cantik sekali. Seperti Ubud.


Inilah set nasi dagang Pak Malau. Awesome! Lazat!!! Ada pilihan ikan, daging dan ayam.
Tak rugi jika cikjah singgah ke sini. Apa salahnya datang kalo cikjah dah ke Makam Mahsuri. Tempat menarik, makanan pula lazat.

Sambil makan, kami ditemani oleh Pak Malau di meja. Beliau dok sekali sembang-sembang dengan kami. Seketika kemudian, Pak Malau keluarkan 'Buku Pelawat' restoran beliau. Pak Malau meminta kami untuk kami merasmikan buku tersebut. Kami teruja dan sangat berbesar hati.


Ini Putih kucing Pak Malau. 


Ini pula kami sedang lakukan ritual nasi dagang...hahaaa

Tak lah cikjah, Putih nie dok sniffing baju kembang kami sebab ia dok bau kucing Fox Hill. Kami dok main-main dengan AhMay waktu sarapan kat resort tadi.


Kerana teruja dengan keadaan sekeliling, kami minta kebenaran dari Pak Malau untuk melihat-lihat kawasan sekeliling. Pak Malau pelawa kami masuk ke kebun tepi restoran beliau. Fuh! kami rasa macam game Hay Day. Putih yang jadi tour guide.


Terdapat sebuah bangsal yang comei skali. Di kebun ada angsa dan ayam.



Kesian kat cik angsa. Kakinya patah jadi tak boleh berjalan dan menyudu sangat. Berendam jar dalam besen. tapi mulut tetap kerepek. Kalo angsa sihat, cikjah ingat kami berani nak masuk kebun nie? Hiieeee.....takut kena sudu.

Pak Malau juga ada bela monyet di restorennya. Comei jar. Tapi apa lar vongok sangat si pelancong sekoq nie. Ketika kami dok makan, datang sekeluarga dari Singapurapura. Depa pun siok dok main dengan monyet tu. Tetiba si ayah yang berusia lebih 50 tahun bagi monyet tu cili padi. Monyet mana lar tahu, terus digegetnya cili padi tu. Pedaihhh ternganga lar! Cheesin! Si-anaknya yang berusia 10 tahun plak yang pandai lalu menghulurkan gula-gula kepada monyet tu. Hurmmm.....

Best lar datang restoran nie. Makan sedap dan tempat cantik. Kalo cikjah ke Makam Mahsuri atau kawasan sekitar, jemputlah singgah. Best!


Ini pula restoren Kak Yan Nasi Campur. Memang terbaik!
Lokasi? Erkkk! kami tak ingat sebab hari-hari kami lalu sini, tapi tak taw pun jalan apa tapi lebih kurang sejalan dengan Maktab Mahmud Langkawi dan tak jauh juga dari Makam Mahsuri. Lebih-lebih kurang lar. Cikjah kodek sendiri lar yar - sorry no info.


Di sini, puaskanlah mata dan perut cikjah dengan pelbagai hidangan masakan melayu kampung. Fuhhh! rambang mata nak pilih lauk.


Paling kami suka - pelbagai pilihan ulaman. Sambal belacan saja ada tiga jenis semangkuk besaq!



Pelbagai pilihan ikan bakar.


Inilah hidangan di tangga nombor satu carta. Kerabu Bronok - Specialty Langkawi. Kak Yan siap menerima tempahan lagi. Kami teringin nak mencuba tapi kami tak berdaya. Kami takut kami tak lalu. Sudahnya, kami amik gambar saja...hehee


Punyalah banyak pilihan lauk, namun hanya ini memikat selera kami. Nasi putih, daging rebus cecah ayaq asam dan ulam rebung madu. Terlazat!!! RM5 saja.

Di restoran Kak Yan ini tersedia ayaq minuman kordial bancuh cuma RM1 free refill. Bottomless cikjah! Smoga murah rezeki Kak Yan. Ayaq sedap plak tu rasa macam kat kantin sekolah rendah dulu-dulu. Kak Yan dah siap bancuh dalam bekas air dan sila amik sendiri.


Restoran Kak Yan terletak betul-betul di tepi jalan besar.

Pemandangan di hadapan restoran Kak Yan


Punyalah lama kami kat Langkawi sampai kami sempat pegi tiga pasar malam di tempat dan hari yang berbeza. Hebatkan! Walhal kat KL nie jarang-jarang sekali kami pegi pasar malam. Setahun 2-3 kali pun susah. Tapi pasar malam kat kampung best.

Pasar Malam pertama ialah di Pekan Kuah berhampiran Hotel Baron. Pasar malam paling besar dan ramai orang. Kami suka sebab pasar malam Kuah ada pelbagai pilihan makanan tempatan. Sumernya berlabel dan bertanda harga. Macam tu lar etika berniaga.

Pulut durian dan nasi lemak

Makanan di Langkawi ini mempunyai sedikit pengaruh dari Siam. Ketara kelihatan hidangan menu Siam di sekitar pasar malam dan kedai-kedai makan. Di Langkawi juga terdapat keturunan Siam yang menetap di sini sejak berkurun lama dahulu.

Cikjah nampak nasi lemak di dalam gambar di atas? Macam tak best kan. Cara presentasi pun kelaut. Tak membuka selera langsung. Namun, setelah hampir seminggu di Langkawi, kami craving for nasi lemak. Orang KL dah terbiasa makan nasi lemak. Namun, di Langkawi nie agak susah nak jumpa nasi lemak. Selalu jumpa laksa dan bihun sup...hahaa
Maka, kami pun belilah nasi lemak nie RM2/pack. Redho jar lah kalo tengok rupanya.


Kami beli nasi lemak tu dan makan di kedai bihun sup abang nie kat pasar malam Kuah. Fuhh!!! rupanya nasi lemak tu sangat lazat okay! Rasanya macam nasi lemak kat kantin sekolah rendah. Shumpah lazat tak tipu. Makanan kat kantin sekolah rendah kami sumer sedap-sedap okay...hahaa
Terus pap!! nostalgia sekolah rendah kembali. Keaslian hidangan yang penting.

Sebab dah lewat malam, bihun sup abang nie sold out. Takpalah, kami order sup daging saja. Juga enak! Mesti cuba.

Kuih nie banyak sekali di pasar malam Krabi/Siam.

Musim petai di Langkawi


Kami terkedu. First time tengok orang jual nasi daging ayaq asam kat pasar malam. Memang orang Kedah jati lah.


Musim durian. Di mana-mana orang jual pulut durian dan pulut mangga.


Somtam. Pengaruh Siam.


Pasar malam kedua ialah Pasar Malam Ulu Melaka. Terletak berhampiran Maktab Mahmud Langkawi bersebelahan masjid. Pasar malam nie kecil saja. Oleh kerana saiz Langkawi yang kecil, hampir semua peniaga pasar malam agak berada di setiap tapak pasar malam. Pi mai pi mai sama jugak barang jualan. Namun, ada lar 10% yang berbeza. Namun, tak rugi kalo datang. Ada banyak makanan! hahaa


Ini ialah Nasi Bujang. Tapi bukan nasi bujang sebarang bujang okay. Bujang berhias sebab ada kepingan daging lembu.


Sepinggan ikan segar macam nie cuma RM5??! Toink!! murahnya.


Pelbagai lauk campur. Arrrghhh! tengok gulai daging dan rebung tu. Gulp!


Dah dua pasar malam kami pegi, kedua-dua pun kami beli sate Pak Teh Keda nie. Memang sedap. Pak Teh nie dulu keja dengan Keda kot. Dah bersara jual sate sedap plak...hehee [agaknya].




Berhadapan Pasar Malam Ulu Melaka ada kedai makan. Kami bungkus Bihun Sup Ulu Melaka.
Enak!


Tudia! sengett moto sangkut makanan...hehee


Hasil tapau pasar malam kami makan kat Rumah Makan di resort.


Pasar malam ketiga ialah Pasar Malam Kedawang. Pasar malamnya panjang. Kami ke sini bersama Puan Maria; owner Fox Hill.

Sekali lagi kami kekenyangan dengan hidangan enak pasar malam Langkawi. Owh! bestnya rasa. Alhamdulillah.




Kami suka travel dan explore tempat orang macam nie. Dengan berkunjung ke pasar malam, kami dapat mengenali budaya dan keistimewaan tempatan. Suatu pengalaman baru dan menarik.

Cikjah kenyang tak kami belanja gambar makanan nie?
Aheheee...cikjah jangan tipu. Kalo blum kenyang, cikjah belanja kami tiket pi Langkawi pastu kita pi makan sama-sama....Ahaks!

Tapi kalo di tempat sendiri, jangan lar plak cikjah bagi alasan tapau makanan pasar malam untuk keluarga sebab takmo masak sendiri di rumah. Tak baik okay....heheee

Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan sedap dan menarik di sekitar Langkawi. Rajin-rajin lar explore. Tak sumer restoran besar, gah dan ramai orang tu sedap dan tak sumer gerai kecik tercherok tu tak sedap.