.
Sep 16, 2014
Cikjah penah dengar lagu Si Jantung Hati?
Lagunya cenggini;
Badan ku kurus, bukannya kurang makan
Mataku merah, bukannya kurang tidur
Sedih hatiku kerana, si jantung pisang...ooo si jantung pisang
Eh! Eh!! Awat sedih plak? jantung pisang mahai ka? atau jantung pisang kat pokok kena curi?
Heheee
Okay takpa, jangan sedih jom kita masak kerabu jantung pisang. Lepas makan nie pasti hati gembira la..laa...laaa
Bahan:
1 biji jantung pisang [Hiris sederhana nipis. Rebus di dalam air mendidih hingga lembut. 10-12 minit. Tos]
1 labu bawang besar [hiris nipis]
5-7 biji cili padi [hiris nipis]
1/2 biji jus limau nipis
1/2 cawan santan
2-4tbsp sambal belacan [ikut citarasa pedas]
Garam
Gula
Cara:
Satukan semua bahan dan kacau sebati. Simpan di dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati agar rasanya teradun mesra.
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"