.

.
Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Sep 11, 2015



Okay, sila jangan terkejut. Ini bukan bungkusan sampah.

Ini adalah bungkusan groceries kami untuk tempoh 2-3 minggu. Mengalahkan orang anak 5! hihiii
Kebanyakkan barangan yang di beli adalah sayuran. I love vegetables! Pelbagai rupa, saiz, warna, rasa dan harga! hahaa


Kalo nombot satu shopping kasut, nombot dua shopping sayuq lah kot.


Suka hati bila tengok stok sayuran dah bersih dan tersusun kemas dalam bekas/zip lock bag. Nak masak pun happy!


Most of the time kami stock up groceries kat NSK - sebab harga yang lebih murah dan sayurannya owh my! segaq bugaq dari ladang.

It has been many years kami mengamalkan kurang atau tiada plastik jika membeli belah - I always carry my reusable shopping bags. Namun, kat NSK nie agak sukar. Sebab ia adalah tempat tumpuan peruncit/pemborong kecil serta makcik pakcik tokey restoren yang turut sama membeli belah di situ. Jumlah belian mereka sangat besar, ramai plak tu, troli bersimpang siur dan keadaan agak sesak dan kelam kabut hampir setiap masa. Stakat pembeli ahkak kerdil macam kami nie, sebelah mata jar cikjah. Geng tokey restoren tu bermata-mata! hahaa

Barang jualan terutamanya sayuran dan barang basah dilonggokkan tanpa bungkusan. Jadi, mahu tak mahu memang kena guna plastik. Tapi tak apa, guna plastik tak beerti kita tak boleh kitar semula.

Caranya, hampir 95% tiada plastik bungkusan dari NSK yang kami buang - kami susun dan simpan elok-elok. Kalo yang kotor dengan kesan tanah [akar sayuran], kami akan basuh dan jemur hingga kering sebelum di simpan. 5% lagi adalah plastik yang digunakan untuk membungkus barangan basah seperti ayam, ikan, daging, udang, sotong dan sebagainya. Itu sumer kami buang sebab sememangnya terkandung bakteria.



Susun plastik santek-santek supaya cikjah pun happy bila nak guna. Terdapat 3 kategori plastik.

1) Plastik biru + hijau - sesuai untuk alas tong sampah bersaiz mini / kecil.

2) Plastik putih bertangkai - sesuai untuk alas tong sampah bersaiz mini / kecil dan mengisi barangan lain

3) Plastik putih lutsinar [selalunya bungkus sayuran] - sesuai digunakan sebagai membungkus rencahan sampah ketika memasak macam kulit bawang, biji cili, kulit kentang dan sebagainya. Usai memasak, ikat elok-elok dan baru buang dalam tong sampah.
Selalunya di pasar raya/kedai, plastik ini akan diikat dengan selofan tape berwarna ketika di kaunter timbang. Untuk kitar semula, buang selofan tape berkenaan dengan cermat supaya plastik tak koyak. Jangan plak cikjah koyakkan plastik macam tu saja, sayang taw sebab plastik tu bleh dikitar semula.


Melalui kaedah ini, kami dapat jimat belanja sebab tak perlu beli plastik sampah. Selain itu, sampah kami pun berada dalam keadaan terurus dan kemas.

Jagan lupa cikjah, bila dah abes makan malam. ikat plastik sampah yang berada di dalam tong sampah dan buang sampah di rumah sampah di luar rumah [jika tinggal di kawasan perumahan] atau longgok sampah [jika kawasan kampung]. Toksah lar dok biaq sampah bermalam dalam rumah. Tak best ahh...berbau dan kurang bersih. Kepada encik suami, pastikan bantu isteri terchenta buang sampah selepas makan malam adalah rutin anda. Jika perlu, latih anak lelaki anda dari kecil untuk tugasan ini.

Soon, Lembah Klang akan memulakan amalan mengasingkan sampah domestik rumah sebelum ia diterapkan kepada sumer rakyat Malaysia di seluruh negara. Semoga kita sama-sama mengamalkan amalan yang baik ini untuk kesejahteraan alam sekitar dan kelestarian pengurusan sampah. Dah tiba masanya kita asingkan bahan buangan ini. Cakap politik pom pang pomm pangg kedebomm,  itu salah, ini tak betul, tapi sampah rumah sendiri pun tak reti nak urus, potong barisan kat jalan raya bersepah-sepah dan tak pakai seat belt masa memandu pun dah tak larat nak saman - tetap dok buat jugak. Cehh!

Kepada Cikjah, jom kita sama-sama kurangkan penggunaan plastik. Jika tak mampu, kitar semula plastik yang ada untuk menjimatkan belanja.



Jul 30, 2015


Kulkas baru tapi dah lama beli...heheee
Dah nak setahun dah tapi baru nak citer. Entry nie dok sejuk beku dalam lemari draft. Kami tunggu roh blogging mai baru ada hati dan perasaan nak menulis.

Cikjah taw apa itu kulkas? Kulkas tu artinya peti sejuk atau fridge. Kulkas adalah bahasa indonesia.
Sebenarnya fridge single door Electrolux kami yang berusia 10 tahun tu masih elok lagi. Takdak apa-apa masalah. Yang masalahnya ialah kami sebab dah tak larat nak perah otak setiap kali stock up barang dapur, sayuran dan ayam ikan kami kena susun strategi sebaik mungkin agar semua hasil belian dapat disimpan elok dalam fridge. Beli barang banyak sangat, so nak isi dalam fridge tak celuih!

Penyelesaiannya ialah beli kulkas 2 pintu yang sangat besar seolah-olah ada anak 7 kat rumah! hahahaaa. Problem solved!

Mulanya kami keliru jugak nak beli fridge besaq atau mini chest freezer, tapi bila difikir balik berkali-kali, kami bukan nak simpan susu baby...hihiii...penggunaan kami lebih kepada penyimpanan sayuran dan buahan segar. Maka 2 doors fridge adalah jawapannya.

Alhamdulillah, nasib baik kami blum ada angan-angan nak punya fridge macam orang kaya hat ada sampai 5 - 6 pintu tu....Ahaks!


Amboi kucin demok dah standby depan fridge dengan harapan setiap kali pintu fridge dibuka, kucin demok akan dapat hadiah ikan bilis. She knows I keep ikan bilis dalam fridge. Smart girl.


Tumpang dingin kulkas skali nie...heheee


Satu tip penting bila ada fridge besar atau kecil - sentiasa lah organize barangan di dalamnya. Jaga kebersihan dalam fridge. PENTING! Jangan sesekali cikjah dok segak bergaya, memilih jenama dan prasan anggun tapi peti ais kat rumah berkerak berdaki....oooooo...takmo! takmo!


Jangan main sumbat ja cikjah. Lauk tak abes terus masuk skali dgn periuk - Uh! tak senonoh taw kalo mak mentua tengok. Never never do that. Seeloknya masukkan dalam bekas tertutup. Kalo malas sangat isikan dalam mangkuk atau pinggan dan wrap dengan plastik. jangan main simpan togel terdedah macam tu saja. Nanti makanan cepat rosak, kering dan dikhuatiri berlaku pencemaran silang plak.


Sayuran dibersihkan. Setelah kering simpan dalam bekas yang tertutup supaya tahan lama.


Stok bahan mentah pun dibersih dan disimpan dalam bekas yang sesuai.


Ayam, ikan, daging, udang dan sebagainya simpan dalam bekas tertutup atau ziplock bags. Susun elok-elok supaya senang nak cari. Bila nak masak pun happy! WeeEeEeeeee


Abang kedai deliver kulkas. Nasib baik jiran kiri kanan takdak kat rumah. Kalo dak kami segannnn....heheee


Nak citer sket lar kan dengan cikjah.... tak mudah sangat lar masa kami nak pilih fridge hari tu. Banyak kedai jugak yang kami masuk dan banyak brand dan model yang disenarai pendek. Amik gambar sumer yang berkenan pastu balik rumah fefeeling nak hat mana. Bila dah decide, esok tu kami teus pi beli.

Pertamanya cikjah kena rajin buat research online. Banyak kakyam dan ruang forum dok share their experience pasai nak beli fridge baru. Baca semua, buat analisa dan kesimpulan. Lagi banyak baca lagi banyak fenin dan pilihan berubah-ubah. Paling penting ikut bajet dan penggunaan cikjah. Jadikan bahan bacaan dan rujukan tadi sebagai panduan untuk membuat pilihan.









Akhirnya kami pilih LG sebab besaq gedebok. Memang puas hati sebab bleh isi banyak barang.
Ada yang setengah brand sama besar tapi ruang di bahagian pintu dikurangkan sebab nak besarkan bahagian isi sayuran. Pada kami itu tak praktikal. Kalo ada anak ramai, depa suka minum ayaq [tapi malas isi semula], so cikjah kena sentiasa pastikan botol ayaq bleh diisi sebanyak mungkin. 



Erkkk...apa jadi dengan fridge mini yang lama tu?
Haaaa! fridge tu kami khaskan untuk simpan barang-barang yang kurang popular bertujuan stok macam beras [beras tahan lama jika disimpan dalam fridge], udang kering, ikan bilis, asam jawa, belacan, rempah ratus, ikan talang, ikan kering dan segala macam sos dan macam-macam lagi.


May 11, 2015


It was a beautiful weekend. I had a fantabulous shopping day at JPO. Woohooo!
Seawal jam 8.15am kami dah sampai di Skypark Airport. Tak perlu kalut-kalut nak check in or drop baggage sebab kami dah buat web checked-in and I didn't carry any baggage. Kami terus ke boarding hall dan menunggu pesawat kami yang akan berlepas pada jam 9am.

Cuaca sepanjang 60 minit perjalanan dari Subang ke Johor Bahru sangat indah. Ketika menghampiri ruang udara negeri Johor, hampir semua sudut pandangan dipenuhi awan putih yang berkepul-kepul cantik di ruang langit hingga terlindung pandangan bumi di bawah sana. SubhanaAllah.


Sekali lagi kami mengalami pengalaman menarik di dalam pesawat. My seat as usual was a window seat. The passenger sitting next to me was a bangla guy. Owhhhh my......
He looks clean, decent and nasib baik takdak bau keti...hahaa. Adalah kelemahan kami sebab terlalu mudah kesian kat orang. So, my first impression was he is a nice guy. Aiceh!
But he has a little problem - every minutes tak bleh duduk diam. Asik nak bergerak jar. Rimass plak ahkak. Lepas tu suka dok hela nafas kuat-kuat and menguap brapa ratus kali. Uwek! Kalo dia tahap batuk melampau memang kami minta tukar seat.

Matahari yang baru bangun pagi mula memancarkan sinarannya. Terang panas bercahaya menyusuk ke tingkap pesawat. Kami turunkan window shade separuh.
Tiba-tiba....tangan bangla tu zuppp! lalu depa idung kami dan hangkat the window shade. Cisss bedebah! Biadap ko bangla! Apa lagi, kami pun terus bagi pandangan maut kat dia for 2 minutes macam tu. Nak sound sah-sah dia tak faham. Cakap melayu out, cakap omputih pun out. Lepas tu ahkak tarik window shade turun sampai abes. Padan muka! hahaaa

Tepat jan 10am, kami tiba di Senai International Airport. Kami berjalan pantas memasuki balai ketibaan dengan harapan sempat untuk menaikki bas percuma yang disediakan oleh Causeway Link dari Senai airport ke JPO pada jam 10am.

Arghhh....I was too late by 7 minutes! Tak sempat kami nak naik bas percuma tu. Kalo lah kapten flight tadi tekan minyak laju sket, mesti kami sampai sebelum pukul 10am kan....Ahaks!

Next bus scheduled at 1pm. Aiyoo! Takkan nak tunggu melepek kat airport kan. Masa itu emas okay...hahaaa
Kami pun naik airport taxi ke JPO dengan bayaran RM33/sehala. Mahaii sehh...Jaraknya cuma sepelaung 10 minit perjalanan. Tapi nak buat macam mana...kapten takmo tekan minyak lebih sket.

So, next time kalo cikjah nak pi JPO, make sure flight touch down before 10am. Kami dah penah naik bas tu dari Senai airport to JPO last year, memang sangat mudah dan murah! Masa tu masih dikenakan tambang. RM1.60 ja. Tapi sekarang dah PERCUMA dan pastikan cikjah dapatkan tiket di kaunter bas Causeway Link sebelum menaikki bas.


Kami tiba di JPO pada jam 10.40am. Keadaan masih sunyi dan tenang. The time was perfect. Memang hajat kami to fly from KL to JB in the morning, pegi JPO untuk sopping dan pulang semula ke KL pada sebelah petang. Mental dan fizikal sudah siap siaga. Get set, ready, GO!

Orang ramai termasuk pelancong dan orang tempatan mula membanjiri JPO sekitar jam 12noon. Keadaan semakin meriah menjelang pukul 3pm. Sedar tak sedar sudah 5 jam kami keluar masuk kedai dan masih blum lunch. Huh! Walopun cuma breakfast 2 keping biskut atas flight tadi, tak terasa lapar pulak walopun dah pukul 3pm. Kenyang sopping! hahaaa

Tapi kami berpendapat, break sekejaplah untuk makan tambah energy supaya lebih bertenaga untuk sopping lagi! heheee


One of my things to buy di JPO ialah seluar jeans. Sesuatu yang luar biasa bagi kami sebab kami tak minat sopping seluar. Malas nak try dan kami perlukan mood untuk sopping seluar sebab it is really time consuming dan leceh. Tapi di JPO nie kami sangat bersemangat. Kluar masuk kedai try jeans. GAP, Armani, Padini, Calvin Klein, Levi's. Senak juga lah dok buka pakai dalam fitting rooms tu. Dah jumpa awesome jeans kat GAP and Armani....jatuh cinta pandang pertama. Memang it fits all my requirements. Skinny cutting yang sexy, warna biru yang sexy, perfect cropped length yang sexy tak perlu alter, tapi tak muat! huwwwaaaa!!!!!!!!! Menangis golek-golek atas lantai! 

Almost all shops jual jeans size 24 to 25. Kalo ada saiz 26 mostly low rise cut. Saiz 27 ibarat 1 dalam 20 gitu...hahaa

It was unbelievable that I fit in jeans size 26! Owh my!! Last time I checked it was 28! However I don't really like jeans with low rise cut. Rasa kurang selesa sebab montot asik nak terkluar jar...hahaa Memang teriak. Tidur mandi makan terbayang Armani jeans..........................and the price is to die for. 60-70% discount.

Untuk makluman cikjah, kat shopping outlet memang takdak full range of products. Selalunya sama ada saiz paling kecil atau paling besar. Maklumlah, depa jual pun dengan harga murah diskon berpuluh-puluh percent kan.

Namun begitu, kami tetap tak putus asa. Lepas lunch kami sambung shopping for another 1 hour and I found a pair of good jeans at Levi's. The last and only size 26 with high rise cut. Pheww! Lucky me.
Namun begitu, Armani jeans tetap di hati....Ahaks!

Pengalaman shopping di JPO kali ini lebih meriah berbanding tahun lalu. Barangan jualannya lebih semenggah dan menarik. The Bath & Body Works is opening their outlet there soon.


Alhamdulillah happy!, hajat nak beli Lancome skincare tercapai sebab ada stok. MAC takdak stok dan Channel perfume memang takdak. Kalo cikjah peminat beg tangan, memang juling mata. Puas kami mengawal nafsu dari terjebak membeli beg tangan. It was a mental torturing!

Untuk pulang ke Senai Airport dari JPO, cikjah boleh ambil bas percuma pada pukul 3.30pm Namun, kami blum habis shopping...hahahaa. Next bus is at 6.35pm, terlalu lewat dan memang tak sempat nak catch my return flight.

Kami kembali ke Senai airport dengan teksi pada jam 4.30pm. Harga teksi adalah mengikut penggunaan meter dan ditambah airport surcharge sebanyak RM12. Ting tong ting tong harganya sama jugak RM33....they are so smart. RM66 untuk dua hala teksi dari Senai airport ke JPO tu memang agak melampau mahai. 


Pukul 5pm kami sudah sedia menanti di dalam boarding hall untuk flight pukul 6.10pm ke Kuala Lumpur. 6 jam shopping di JPO sungguh tak terasa. Begitu pantas masa berlalu. Sepatutnya kami pulang dengan flight pukul 7.50pm tapi biasa lah airlines nie...suka-suka re-time their flight lepas kita beli tiket. Pulun kami planned dan bajet time yang sangat perfect waktu beli tiket tetiba depa re-timed. It is between 6.10pm and 9.30pm flight. Lewat sangat 9.30pm tu.



Perkara utama jika nak shopping di JPO macam kami ialah jangan lupa bawa shopping bag. Memang kami bawa shopping bag untuk isi barang belian, tapi terjumpa fabric bag di Cotton On yang sangat murah. RM6 for that purle pink flower bag. Dirt cheap! Sumer barang belian masuk beg dan siap sedia untuk on-board flight.


Pegi shopping naik flight balik hari....wahhh! Ini bukan kerja gila tapi kerja gigih! hahaaa
It was a brilliant plan. A day shopping trip to JPO from KL. Sangat puas hati. Be back soon JPO! Errrr....inshaAllah sebab Mitsui Outlet Park KLIA is opening by end of this May 2015.

Happy shopping girls!



Apr 1, 2015


The sale is back! Weeeehooooo!!!

Cikjah sempat pi tak ke Charles & Keith & Pedro warehouse sale last weekend? Fuhh! rugi jugak lar kalo tak sempat pi...heheee

Kami pun kebetulan dengar iklan kat radio, or else, mesti terlepas jugak. Pulun dok pi beratur dan berebut dengan kakyam kat SSTwo Mall, PJ. Tapi Alhamdulillah berbaloi lar kepada penggemar kasut tumit tinggi macam kami nie.

Ramai orang tak kira perempuan mahupun lelaki. Ada yang sanggup hangkut anak kecik skali dan ada yang pergi macam berjalan-jalan bersama keluarga...hahaa
Paling tragis, ada kakyam tu siap dukung anak aged about 2-3 years. Bila dia nak try kasut, abes dia tolak kasut atas display table sebab nak duduk-kan anak dia atas meja tu....errrkkk!
Dengan handbag dan beg kasut dok bersangkutan kat bahu lagi....urmmmm....sale punya pasal.

FYI cikjah, orang pompuan nie bila nampak kasut lawa ada sale, mahu dia meroyan. Tak kira orang keliling, abes dia tolak and langgar macam tu saja. Memang barbarian jugak lar mereka-mereka yang tak bleh control emosi tu. Ahaks! Pesan kami kepada cikjah, kalo datang ke acara sebegini, jaga tingkah laku, manners first. Kalo tak dapat kasut yang dok berebut tu maka itu bukan rezeki kita. Aiceh! Bila balik rumah, paling koman pun dok termimpi-mimpi dua tiga hari jar, pastu sure recover...hahaa 


Ketika ini, ramai dah selesai membeli, nampak tak sesak sangat but still many people. Kalo tak puas hati lagi, bleh tawaf 5 kali kat dalam tu sampai bosan like me....heheee
Bila dirasakan dah takdak kasut yang berkenan, baru lar balik.


Dah nak balik, tersinggah kat sini plak. Memang mengujakan!



Ingatkan sopping dah berakhir, tambah lagi 3 kali tawaf kat Converse warehouse sale plak dan dapat these two awesome shoes. I bought these untuk hadiahkan to my friend sebab kami tak fancy sangat kasut-kasut cenggini...heheee


Tudia! skali antar kasut pi repair, nah! satu beg. Kasut C&K, Guess & Voir. They are all my favourite shoes!



Sep 15, 2014


Pusin ahh! Pusin bila dipikirin sepatunya berkotak-kotak enggak muat gerobok sepatu lagi. Waduh!
Aiceh! tetiba ter-sinetron.



Cikjah punya berpuluh-puluh atau beratus-ratus kasut? Haaa! kalo ada make sure sumernya tersusun kemas dan rapi. Maklumlah sayang kot bila kasut dah banyak sangat tapi tak terjaga. Beli guna duit kot kan. Kalo dicampur-campur bleh bayar down payment kereta?  Aishh! jangan tak taw, sesetengan kaum wanita memang hantu kasut. Pantang nampak kasut mesti nak beli. Macam sapa? macam kami? Erkkk! Tak jugak. Kalo kami nampak kasut santek dan selesa pastu macam lain dari yang lain memang kami akan pertimbangkan untuk beli. Tapi kalo kami pegi warehouse sale, uishhh! kami tak sempat nak buat pertimbangan, kami rebut saja!...hahaaa


Dah lama kami dok tunggu walk-in shoes closet kami siap. Tapi tak juga siap.....hahaa 
Jadi, Kami nak kongsi dengan cikjah cara kami menyimpan kasut agar nampak lebih kemas dan tersusun. Caranya mudah. Cuma perlukan masa dan semangat rajin saja.

Amik gambar guna iPhone jar

Dari cikjah dok selfie tu, apa kata keluarkan sumer kasut dan amik gambar kasut. Lepas tu print dan gunting cantik-cantik.


These photos deserve to be placed on the floor sebab kasut. Kami pantang betul kakyam yang amik gambar tudung tapi letak atas lantai. Tudung tempatnya di kepala takkan lah main letak atas lantai saja sebab nak amik gambar. Tak senonoh! Setiap perkara ada adabnya. Jangan dok jadi takdak kelass sangat okay.


Lepas tu tampalkan pada kotak kasut berkaitan. Siap! Senang kan? Kerja-kerja memilih dan mengenal pasti kasut pun lebih mudah. Paling utama, jimat masa. Ini adalah kasut-kasut kami yang terlajak lebih sebab tak muat masuk shoes rack yang 6 pintu tu.

Early this year I did a spring cleaning. Half of my shoes collection kami dah buang. Pertamanya sebab kondisi kasut dan yang keduanya pesen kasut dah tak trending ...hehee.

Kasut-kasut yang sudah ditelan zaman, rosak and to let go
Kasut yang terlalu lama disimpan di dalam kotak atau rak kasut melebihi 5 tahun akan terhakis terutama di bahagian tumit dan lapisan permukaan kulit kasut. Memang sayang lar bila nak kena buang kasut. Rasa tak sampai hati. Kondisi kasut masih cantik cuma lapisan kulit tu yang dah mengelupas. Lain lah kalo kasut memang original kulit boya eh! silap, kulit asli. Kami nie seorang yang tak pentingkan jenama sangat. Tak kisah kasut ada brand or off brand, asalkan santek dan selesa walopun kadang-kadang santek tapi kurang selesa sket....hahaaa


Awww! Ini bukan kasut pantin. Ahaks! This is my favourite shoes 10 years ago. Kira yang paling hot lar in my collection. Waktu tu kasut pantin mana ada renda sangat macam nie....hahaa
I love this shoe because of the renda. Even after 12 years the renda still looks good and new.

Lapisan luar kasut yang sudah mengelupas akibat terlalu lama disimpan dalam kotak

Tumit kasut juga terurai sendiri setelah sekian lama di dalam kotak

bye-bye kasut...thank you for your service!

Pesan kami, kalo cikjah buang kotak-kotak kasut pastikan kaedah pembuangan tu betul. Masuk plastik sampah ikat elok-elok. Jangan main tinggal dan baling kat tong sampah macam tu saja. Nanti hanjing kokakk sampah pastu amik kasut plak nanti. Kesian hanjing nanti pakai kasut tak matching. Dua depan warna lain, dua belakang warna lain...heheee

Kami taw ramai di antara kita cinta giless akan kasut kan? kannnn?? Bijak berbelanja, pandai menjaga, hebat bergaya...................tapi awas! jangan kasut saja cantik tapi kaki karat. Ahaks!


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"