Cakk Cikjah!
Hari nie kami nak share dengan cikjah bagaimana mencuci atau membasuh pinggan dan menjaga kebersihan sinki dapur dengan cara yang betul. Aiceh! Rasa macam chegu ekonomi rumah tangga plak.
Ini adalah lesson 101 dan skill asas yang patut ada pada seseorang cikjah mahupun kakyam. Kalo abangjohn sama-sama amik peduli sekali pun bagus jigak sebab pasti laling di rumah suka dengan sifat terpuji abangjohn yang sangat pembersih...heheee
Walopun ianya cuma basuh pinggan, tapi jangan dipandang enteng cikjah. Basuh pinggan pun ada tekniknya. Terpanggil kami nak kongsi dengan cikjah teknik yang kami gunakan sehari-hari di dapur kami. Tiada siapa yang mengajar kami tapi ia lahir dengan sendirinya dalam diri kami dan berkembang sejajar dengan waktu....amboi! ayat power...hahaa
Bukan apa, selalu sangat kami tengok sinki kat rumah-rumah orang yang biasa kami kunjungi berkerak, berdaki, air sabun pencuci dalam mangkuk berminyak dan kemerahan sebab tadi makan masak cabai kot dan paling teruk, lepas basuh pinggan takmo buang sisa-sisa sampah atau makanan yang tertinggal dalam sinki. Buih-buih sabun pun ada lagi. Uwek! Paling tak senonoh, lepas basuh pinggan, disepuk span pencuci macam tu saja di dalam sinki. Aiyoyo!
Kadang-kadang ada antara tetamu yang datang rumah kami pun buat perkara yang sama. Bukanlah kami suruh tetamu basuh pinggan, tapi tetamu kami rajin dan sudi seikhlas hati tolong kami basuh pinggan - terima kasih. Cuma teknik basuhan tu tak penuhi piawaian kami...hehee
So, macam mana? Kami kongsi caranya di sini okay.
Kadang-kadang ada antara tetamu yang datang rumah kami pun buat perkara yang sama. Bukanlah kami suruh tetamu basuh pinggan, tapi tetamu kami rajin dan sudi seikhlas hati tolong kami basuh pinggan - terima kasih. Cuma teknik basuhan tu tak penuhi piawaian kami...hehee
So, macam mana? Kami kongsi caranya di sini okay.
Caranya mudah sahaja. Smoga bermanfaat.
Sentiasalah cuci kawasan sinki. Sebolehnya setiap kali usai memasak. Apa salahnya? Bukannya kena sental macam berus kain sebakul pun. Cuci sinki terutamanya selepas mencuci bahan mentah seperti ikan, ayam, daging dan seumpamanya bagi membunuh bakteria yang mungkin tertinggal di kawasan sinki.
Pastikan setiap penjuru dan inci sinki disental supaya keseluruhan sinki bersih bersinar-sinar.
Jangan lupa berus paip sinki sekali. Kadang-kadang ada setengah tu kami tengok paip sinki di rumah pun berkerak. Geli kot nak putaq ayaq kat situ...Eeuuww!
Untuk makluman cikjah, kat office pun kami tak segan silu cuci sinki kat pantry sebab kami geli dok guna sinki tak bersih. Kami faham, kat office ramai lagi orang lain yang guna, tapi kalo sumer asik guna saja tapi tak pernah ringan tulang untuk sama-sama cuci susah jugak. Tapi kalo dah dasar berat tulang, jangankan inisitif sendiri, kena suruh pun blum tentu mahu buat. Tak salah aiih kalo nak cuci. Macam kat rumah jugak. Kalo dah pokoknya seorang yang pembersih, kat mana-mana pun insyaAllah tabiat tu akan dibawa jua. Kami tak boleh tengok sinki berkecah, ayaq terpercik sini sana tanpa di lap. Ingat cikjah, akhlak itu melambangkan personaliti kita.
Ada cleaner indon, uh! berbuih mulut suruh berus tetap dia dok lap saja. Satgi dok suruh banyak kali, depa pun naik meluat kat kami kot kan. Kami bukan ibu tiri. Ibu kutu pun tak pernah...hahaa
Cuci sendiri lagi puas hati. Bersih dan yakin untuk kami guna.
Gunalah sabun khas untuk sinki atau apa pun yang cikjah fikirkan sesuai. Kami guna sabun pencuci pinggan saja. Kemudian, bilas bersih dan akhiri dengan bilasan air panas.
Untuk air panas nie tengok jenis kualiti dan mutu sinki yer, ada setengah sinki tak tahan dan tak sesuai air panas, takut warnanya bertukar lebam dan kusam. Gunakan pertimbangan wajar.
Untuk mencuci pinggan, kami suka sabun Sunlight kerana kulit tangan kami agak sensitif. Kalo salah sabun ia akan mengelupas. Sunlight juga lebih pekat dan banyak buih. Memang agak mahal namun jika dibanding dari segi kualiti namun ia sebenarnya menjimatkan. Tak perlu asik tuang sabun saja. Kami gunakan pek isian semula untuk lebih penjimatan. Namun malangnya, botol sunlight tidak boleh dibuka tutup atasnya dan ini memustahilkan kami untuk mengisi semula sabun ke dalamnya. Hence, gunakan sebarang botol yang boleh dibuka penutupnya. Dalam kes ini kami guna botol Zip.
Sometimes bila hypermarket ada promo, kami memang stock up habes-habesan sebab Sunlight is not cheap. For example, two packets at RM7.00. Dirt cheap! Normal price is RM4.40/packet. Beli jangan tak beli.
Juga pastikan sabun pencuci tangan ada di sinki dapur. Ini memudahkan cikjah untuk cuci tangan terutamanya selepas bersentuhan dengan bahan mentah seperti ayam, ikan, daging dan seumpanya. Mesti cuci tangan bersih sebelum memegang bahan masakan yang lain untuk mengelak pencemaran silang. Aiceh! rasa macam doktot plak...hehee
Kami selalu amalkan hirisan limau di dalam bancuhan air sabun cuci pinggan kami. Caranya senang sangat. Kalo cikjah masak ada guna limau, jangan dibuang kulit selepas perah. Masukkan ke dalam air sabun.
Tak kiralah kulit limau atau kalo ada bajet, potong limau nipis-nipis dan ramas di dalam air sabun. Air limau nipis berupaya membunuh bakteria yang ada. Sama juga dalam masakan. Setiap kali selesai masak, perah sedikit air limau di dalam masakan supaya ia tahan lama dari dirosakkan [basi] akibat tindakan bakteria.
Mengikut pengalaman kami, kulit limau hanya tahan maksimum 2 hari sahaja. After that ia akan lebam. Discard dan gantikan yang baru bila membancuh air sabun semula.
Kami cadangkan gunakan bekas air sabun yang bersaiz sederhana. Kalo terlalu besar macam bekas ais krim tu rasa macam membazir sebab air sabun masih banyak tapi dah kotor dan tak mungkin nak diguna berulang-ulang kali kan? Lalu ker?
Bekas air sabun pun perlulah presentasi. Jangan main tangkap muat. Kalo kat ruang tamu sofa kulit mahai beribu-ribu, karpet parsi gebu pijak tenggelam kaki, curtain scallop ropol-ropol bagai, takkan lar bekas sabun guna tupperware axion jar kot? Tak matching lar cikjah. Biar senada. Tak perlu yang mahai-mahai. Janji memudahkan dan nampak cantik di mata.
Kalo rasa macam kasaq-gedebaq gunalah bekas plastik, tonyoh puluh kali pun tak pecah dan koyak. Tapi kalo sopan santun ayu lemah lembut gunalah bekas kaca/seramik macam kami...Aww!
Dah bancuh sabuh, kocak2 supaya ia beruih-buihhh. Jangan lar cair sangat dan jangan pekat sangat. Jangan kedekut dan jangan membazir sangat. Bersederhana.
Pertamanya, bilas kotoran pada pinggan dengan air dan kemudian barulah cuci pinggan seperti biasa. Gosok permukaan depan, belakang serta keliling pinggan. Bilas sekali lagi hingga bersih.
Sebaiknya cuci gelas atau cawan terlebih dahulu diikuti pinggan atau mangkuk kemudian sudu, garfu, senduk dan sebagainya. Kalo cikjah basuh gelas dan cawan di akhir sekali kemungkinan gelas akan berbau hanyir agak tinggi sebab span pencuci dan air sabun sudah mula kotor.
Ada setengah orang basuh pinggan nak cepat, nuuu..nak pi tengok tibi. Sudahnya pinggan basuh tak bersih dan masih berbau.
Jika cikjah perlu mencelup semula span pencuci ke dalam air sabun kerana sabun sudah tiada pastikan span dibilas dengan air dan perah untuk menanggalkan sisa kotoran serta minyak yang terlekat pada span pencuci. Never! never! never! celup semula span pencuci ke dalam air sabun begitu sahaja. Never!
Inilah puncanya mengapa bancuhan air sabun cepat berminyak dan kotor. Eeii! Baru cuci 5 biji pinggan tapi air sabun dah berdaki. Nak celup tangan pun tak lalu. Eeeii! Pinggan mangkuk, gelas, periuk belanga pun bau hanyir.
Do remember cikjah, bilas span pencuci sebelum celup semula ke dalam air sabun. Inilah tips penting yang jarang-jarang sangat diambil peduli oleh kita. Kalo cikjah amalkan tips yang kami kongsikan ini, insyaAllah, air sabun cuci pinggan cikjah akan sentiasa bersih, tahan lama dan jimat. Paling penting tidak hanyir. Span pencuci juga nampak santek dan bersih. Tidak berminyak dan tiada butiran nasi atau cebisan cili mahupun ketulan isi ayam tertinggal di dalamnya. Bersih itu kan tuntutan Islam. Tiada salah dan tiada rugi-kalo kita amalkan.
Demikianlah cara-caranya. Tak susah pun. Mungkin cikjah lebih bersih dan lebih hebat dari kami. Alhamdulillah. Teruskan sifat yang baik itu.
Jika yang ingin membuat perubahan dan menjadi lebih bersih, selamat memcuba. Dapur yang bersih menjanjikan makanan yang dimasak juga bersih dan sedap! Nak masuk dapur rasa happy sangat! Wheww!