Jus Kokondongg?
Apa tu?

Hahaaaa....saja jar kami suka sebut kokondongg. Rasa macam cute. Sebenarnya ini jus buah Kedondong atau Amra atau orang Kedah telah improvised menjadi Mera...hehee

Sedap dan kaya dengan nutrisi. Tak payah minum kat kedai, jom buat sendiri kat rumah.

Bahan:

Buah kedondong [bersama kulit lebih terasa kekondongnya]
Gula / air gula
Air

Cara: Kisar semua bahan hingga halus. Takdak sukatan, cikjah kena agak-agak lah mengikut citarasa masing-masing. Untuk satu botol di atas kami guna 5-7 biji buah. Tapis untuk asingkan puri yang terhasil. Masukkan ais sebelum dinikmati. Arrrghhhhh!!! Sedapnya!

Boleh juga tambah asam boi jika suka. Asam boi direndam dengan air panas seketika. Air rendaman asam boi di masukkan sewaktu mengisar. Sebelum dinikmati, masukkan semula asam boi ke dalam jus.

Ready at anytime! 

Senang kan? Satu plastik buah kedondong nie baru 2-3 hengget. Boleh dapat lebih dari 15 gelas. Kalo kat kedai biasa-biasa pun satu gelas dah 4 hengget.