.

.
Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Sep 22, 2015


Okay, stop laughing or even smiling cikjah. Yeaaa...I know, kami baru nak blajar mewarna. Rasa macam back to school. Bleh lar merasa muda 30 tahun! Aiceh!

Ini lar dia aktiviti berfaedah yang tengah hot meletup-letup sekarang nie. Colouring book for adult. Diulangi for adult. Okay, terus tak rasa muda. Amik balik that 30 tahun...hahaaa

Personally, kami merasakan ia adalah  a super damn good killing time activity. No more wasting time on gadget. Young people should definitely try this out. Selain isi masa lapang, ia juga boleh meransang minda and good for anti stress. Sungguhpun terdapat smartphone applications for adult colouring books, hey! let's go back to basic. Use paper and pen or pencil. It will bring you back to your sweet childhood memories. Tersengih-sengih kami sambil mewarna. Barangkali dok teringat lukisan-lukisan yang pernah kami lukis 30 tahun yang lalu...hihiii


There are many themes illustrated by a few local and oversea illustrators in the market currently. Boleh beli online atau di kedai buku. Pilih lah yang mana cikjah suka. I got mine at Popular book sale at only RM25! WeeEeeEEee!! good price. It is a Secret Garden  theme by Johanna Basford. Tetiba makcik Johanna tu jadi kaya raya and femes sebab until now dah lebih sejuta naskah buku-nya terjual di seluruh dunia. Dan tetiba jugak ahkak dan makcik-makcik seluruh dunia minat mewarna...hahaaa [makcik jangan lupa masak nasi untuk anak-anak sudah lar ].

Dah beli buku mewarna, jangan lupa beli pensil warna okay. Takkan nak warna dengan niat saja...hahaa

Nak jimat, bila anak dah tidor bleh senyap-senyap amik kaler pensil dia dalam beg skolah - pinjam sat. Jangan lupa lepas tu asah balik pakai germit pastu letak balik kat tempat asal taw!


Best! mari mewarna buku Secret Garden di Secret Garden kami. Secocok sangat!


Nah, kami acah-acah kat cikjah sket.
Kami tak lah pandai mewarna, tapi page by page tu kami blajar and try to improve. My first two pages were a disaster! hahaaa
Tapi tak kisah lar, ini bukan pertandingan mewarna pun, ini mari mewarna. Siok jugak buat aktiviti berfaedah macam nie. Tapi awas cikjah! jangan dok berebut dengan anak plak. Sesekali, cer try bagi encik suami warna satu dua pages. See how his creativity looks like. Aww! tak sabar nak tengok result. Ahaks!


Okay, kami dah test suruh kucin demok warna and she is a damn good colourist!



Sep 3, 2015


Alhamdulillah. Selamat sumernya. I had fun and awesome getaway at Langkawi for 6 days. Baru balik 2 days ago. Semangat membara nak post entry sebab kalo dok peram lama-lama satgi kami lupa segala details dan paling dasat, kami malas nak tulis entry. Ahaks!

Memang style kami untuk kembali ke suatu tempat jika ia mengembirakan kami. The best travel is sometimes a return trip. Sekali lagi pilihan kami ialah countryside style. Nothing fancy and luxury. I don't even had an itinerary for this trip. Absolutely free and easy. Misi kami ialah makan, rehat, yoga, makan, makan dan makan...heheee

Seriously banyak makan! I gained nearly 2kg from this trip. Owh no!!!!!
Tapi good news is I'm back to ideal weight. Tapi tak sabaq aihh nak masuk gym. Nak buat cardio. InshaAllah, dengan workout dan makanan seimbang, I'll get rid that naughty 2kg in no time...Aiceh! Feeling positive cikjah....hihiii


Walopun lokasi kegemaran kami ialah Ulu Melaka, namun kali ini kami memilih sekitar Cenang but definitely not the beach side. Tak suka bising-bising dan sibuk jalan raya. Lokasi pilihan kami ialah Soluna Guesthouse yang terletak di Kampung Bohor Tempoyak yang sangat asli kampung. Just a simple sweet resort owned by an Italian + Germany lady who married to a Malaysian. Sangat bersih, lengkap kemudahan asas dan selesa. Lembu kerbau ayam itik bertaburan sini sana. Lokasinya cuma kurang 2km dari Pantai Cenang. Jalan kaki 5 minit pun sampai ikut jalan shorcut meredah ladang kelapa lama. Tapi kami tak kisah sebab kami sewa motor. Best gilesss round satu pulau. Hari-hari naik moto pi Ulu Melaka...hahaaa
Okay, selain bawa pulang 2 kg, kami juga bawa pulang kulit yang sedikit hangit....hahaaa


Tapi kan cikjah, who need 4 pairs of shoes for a 6 days away?

Me!!!! itu pun nasib baik tak bawa heels 3 inci sebab mengenangkan this trip naik motor not car...ngehhh

Before that cikjah, kami nak abaq nie, Langkawi airport taxi driver xxx9300 hat kami naik tu kuwang asam sket. Eh! tak sket lar, banyak jugak kurang asamnya. Ada kar patut luggage kami dia campak masuk boot dia just like that and he didn't even looking at them. Baling jar! Macam cikjah dok hawwin bungkusan sampah masuk tong sampah tepi jalan tu.....gggrrrrrrr. Terus kami sound dia "eh!, jangan lar campak beg macam tu". Without saying anything dia buat vodo jar. Bawa keta macam samseng plak tu. Laju ter-brek-brek nak menyondol saja. Bila sampai resort, kami yang hangkat luggage kami sendiri kluar dari boot teksi. Dia tercegat dok tengok vongok saja. Malas kami nak tengok muka dia, haku pun tak hingin hang hangkat beg haku. He didn't deserve a thank you or even a smile.

That dorky airport taxi driver acted lagu tu sebab dia kalut nak hantar kami ke resort secepat yang mungkin sebab jarak airport to my resort cuma 5-7 minit perjalanan. Jadi dia kalut nak pi airport semula untuk amik passengger lain. Cess bedebah!!! haku bayar kot. RM20 untuk perjalanan sepelaung cuma! Pemandu teksi macam nie lah yang tak layak kita hormati. Memburukkan nama orang Kedah saja! Uh! Hantaq pi bawa teksi kat Uganda baru taw.


Sampai resort rasa lapang. Very the kampung.
Meet and greet with baby lembu - hello! mooooowwhhhh
Sebab dok pi salam lembu, nah adiah pacat naik kat kaki. AAAAAAAAAAAAA!!!!!!
Jerit satu resort dengaq....hihiiiii
Padahal pacat tu blum buat apa-apa, baru survey nak naik ke mana...Eeeiii!
Sebab tertejut, pacat tu menjatuh-kan diri ia sendiri....hahaaa


Mak lembu pak lembu sumer ada. Lembu-lembu nie memang dilepaskan di padang berhampiran resort. Ada yang bermalam di sini.



Mak kerbau dan anak kerbau. Depa ni memang tak balik. Ini lah rumah depa.



Cer tengok mak kerbau dan anak kerbau nie buat roadblock kat tengah jalan. Macam mana kami nak lalu?

Masa kami sampai kat jalan nie kami pun heran, awat adik pompuan naik motor dok stop kat tengah jalan? Rupanya dia pun takut nak lalu sebab ada kerbau. Datang kami pun sama-sama tunggu dengan dia...hahaaaa

We all tak berani nak lalu sebab mak kerbau dok regang tali - sekejap cekang sekejap kendor. Mahu tengah lalu tiba-tiba mak kerbau cekangkan tali tu abes tertomoih kami dengan motor. Selepas 3 minit, datang bro naik motor. Sambil dia lalu tepi kami, terus kami keloi kat dia "boleh lalu ka?" menjawab plak bro tu "bulih". Kami pun cepat-cepat lar follow dia. Alhamdulillah lepas. Adik pompuan tadi dah patah balik.


Comel jar, setiap seekor kerbau atau lembu mesti ada burung bangau. Setia menanti di sisi.


Paling best, resort pilihan kami nie ada banyak kucing!


Three of us - the Duchess, Suzy the cat and Pienkcat.


Beautiful moon on National Day's eve.






Berusaha betul meow-meow ni for a yoga pose.


Taraa! Meet Carlo. A very big and heavy cat. Tengah relaxing dalam hammock tetiba Carlo panjat. Kalo kucin demok kami sorry lar nak panjat-panjat lagu nie....takmo dia.


It was early morning, sumer tengah tunggu breakfast.


Breakfast is here! Yeyyyyy


Mimi the sleeping queen. Muka mamai.


Owh no! Tomas yang sangat demok sudah pengsan tergolek.


Amboi Suzy, bukan main tidoq terlentang.


Ini comel kan? Tomas teman kami reading. So sweet.


Hoorey! I've finished reading the book. Beautiful story. Cikjah taw dak dah 14days kami tak tengok tibi? Takdan nak tengok tibi [tengok di sini maksudnya menonton...hahaaa...orang Kedah katakan] Reading an english novel is always like watching a movie for me. Terpapar jelas watak, suasana dan jalan cerita di depan mata. Kalo author yang details, sampai ke tahap mampu untuk bayangkan pakaian, kasut, gaya rambut dan rias wajah. Dah abes baca, rasa happy dan puas hati macam lepas kluar cinema. Ahaks!


Tengok Mimi nie, tidoq lagi. Pandai pilih spot. Sleeping Queen katakan.



Serba tak kena! hahaaa

Sakan kami parti cikedess during this holiday. Dah lama tak makan merapu-rapu macam nie. Kalo dulu zaman remaja, 1 packet tu 10 minit jar dah abes makan sorang [mana bleh share weiii] tapi dah makcik-makcik nie, rasa macam dah lama dok makan, tapi awat tak abes-abes lagi ni? Cikedess pun rasa tak sedap, kalo kecik-kecik dulu cikedess lar paling sedap walopun mak masak nasi goreng lauk ayam...heheee



Yoga? what yoga? Tomas tak peduli pun. Layan tidoq lagi best...uh!


There was one evening while I was reading alone at the gazebo sambil makan limau, slowly all the cats came and joined me. Owh guys, you were so adorable.


Freestyle




Cikjah nampak dak what in the tree? 
Hook the cat tengah dok perembang burung kat celahan dahan.


Okay, nak share ngan cikjah my yoga experience plak. Memang awesome! Beautiful place and instructor. Memang sebelum depart for this getaway,  kami tringin nak yoga while on holiday. Kebetulan, trip kali ini sangat santai dan rilek maka kami pun survey. Tanpa pengaruh dari mana-mana blog, rakan atau media [Aiceh!] kami jumpa info about Langkawi Yoga. Paling kami teruja sebab the class is held at Ambong Ambong resort - one of my favourite resort. I've nearly booked my stay at Ambong Ambong last year and did pay a visit to this place. It was beautiful lush greenery resort. Without hesitate, I e-mailed the instructor checking for classes and fee. Prompt reply and straight away did my reservation. It just RM20/1 hour class although in KL you can get RM15/hour. Namun, the fee sangat berbaloi because of the sorrounding. Priceless!



Surprise kan sebab macam masuk hutan. Menakjubkan!













There she is, the yoga studio. Suasana dan lokasi memang superb. Overlooking the ocean. It was perfect!


Pantai Tengah, Langkawi.




Nak share info dengan cikjah - Ini lah rupanya Cekur Jantan. Daunnya panjang-panjang. Cekur kat taman dapur kami ialah Cekur Betina sebab berdaun bujur. Baru kami taw rupanya ada cekur betina dan jantan....hehee





Kelas bermula seawal jam 8.15am. Kalo nak masuk yoga class, cikjah mesti punctual taw. Jangan datang lambat atau bawa geng segerombolan. Please switch off your phone. It just 6 of us. Just a nice crowd. Kami jar Malaysian, hat lain sumer orang putih. Nasihat kami, kalo nak join yoga class it's good kalo cikjah ada basic sket-sket supaya faham dan dapat catch up what the instructor asking you to do. Kalo zero basic kemungkinan meter keseronokan cikjah akan menurun....heheee


Okay shhhhhh...Pienkcat nak yoga. Focus focus...kita sambung next post okay....namaste.









My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"