Have you ever been tired of doing groceries shopping? urmmmm....nama pun shopping, mana buleh tired kan? heheeee

Me? urmmmm...if it is not necessary, I would be happy not to do it. Tapi bila groceries stock is getting lower and lower, macam mana nak masak dehh? Memang best bila sampai supermarket. Santek jer tengok barang2 tersusun kat rak. Colourful! Rasa sumer nak amik masuk troli kan? Rasa sumer benda perlu. Tapi awas! dah beli tu, nanti jangan lupa masak pulak. Silap haribulan, dok simpan punya simpan, bila nak masak [kunun] dah expired! Toink! selamat ler tu...ada alasan tak payah masak...hahahaaa

Peraturan pertama sebelum cik jah does stock up on grocery adalah LIST TO BUY. Mesti ada. Kalo tak dak menatang ni, alamatnya, satu supermarket lar cik jah borong...huhuuuu
Tak pun, bila dah sampai rumah, lohhhh...lupa plak menatang ni nak beli...macam mana nak masak kan? barang tak cukup....[alasan lagi tak payah masak].

Peraturan ke-dua, jangan lar tamak haloba yer...beli sekadar cukup dah lar. Jangan lar skali beli minyak sampai 5-6 botol, Sunlight 10 botol, Gula 10 kampit. Nak buat kenduri hapa? Berpada-pada. Mana tahu, blum sempat habis guna, sumer dah expired. Mana lar tahu, tiba2 ada announcement kata barangan ini dan itu tak boleh guna kerana membahayakan kesihatan atau beracun? Ha??? Lagu mana? hiehieeee....

Cek penah pi satu rumah nie, tu dia! beratoq botol Dynamo 2L sampai 7-8 biji kat rak bilik ayaq dia...sabun buku berbuku2, ubat gigi saiz besar skali sampai 4 kotak...mak aii! kedai runcit pun kalah...huhuuuu. Rilek~~~ zaman kita nie cik jah, bukan nya payah pun nak kluar pergi kedai macam orang zaman dulu tu. Bersepah supermarket & hypermarket. Sometimes, depan rumah jer dah ada Giant, Carrefour lar....lintas jalan jer. Sekarang, Tesco pun dah expands sampai out of Klang Valley or major cities dalam Malaysia.

Orang Kedah pun dah merasa sopping kat Tesco..YeeeHa! Tapi masa Tesco mula2 buka kat Aloq Setaq dulu tu, amboi! ramai lar kak yam, cik jah pakat naik bas pi jalan2 kat Tesco. Tengok barang kat rak2 Tesco tu, habis pakat kelabu mata. Sumer nak beli, depa kata murah..murah...sampai kak kiah buat rombongan bawa mak cik tok cik pi Tesco :) Sehinggakan daun pandan pun beli kat Tesco. Pakat tak mo dah tanam kat blakang rumah...huhuuuu

Peraturan ke-tiga, Ha! hat nie yang cek paling pantang skali. Meluat! meluat! meluat! Nak kata tak dak akai, ada. Nak kata tak pi skolah, pi. Paling koman pun SPM kot. Tapi heran, pakat dok tolak troli macam tolak stroller baby kat taman bunga. Melenggak sana, melangut sini. Tertonggek2 p**gk*k. Orang tolak troli dengan tangan tapi depa dok tolak dengan siku sambil makan angin. Kalo lorong2 kat supermarket tu lebaq macam jalan raya tu, cek tak kesah. Ikut suka lar nak tolak kar, nak berenti kar.... who cares? aceh! cakap omputih sket :P


Paling dorky tiba2 dia berenti kat tengah-tengah lorong. Tinggai troli macam tu saja, sebab dia nak belek barang kat rak berhampiran. Idiot! Kalo keta cik jah boleh parking elok2, parking troli pun sama lar. Sat gi orang lain nak lalu kan susah.
Lagi satu, mak pak suka dok suruh anak depa hat darjah 3 tu tolakkan troli yang penuh sarat dengan barang2. Sampai melelong gelong. Selalu jugak cek terkena budak2 tolak troli pi tonyoh tumit belakang cek. Adoi!!!! sakit weiiii!! nak marah, budak2, mana lar depa reti...iskk! iskkk! Kalo marah kat mak pak dia, sat gi dia kata bukan dia tolak troli tu T_T
Tolonglah wahai ibu bapa, jangan lar suruh anak2 anda dok tolak troli kat supermarket.


Asingkan kumpulan barangan makanan basah, barangan makanan kering, sabun & pencuci etc.


Ishhh!, banyak sangat peraturan ka? huhuuu...cek memang ada banyak peraturan :) Sebab melalui peraturan lah, hidup kita insyaallah akan sempurna [setakat mampu], berjalan lancar dan insyaallah akan kurang masalah kemudian hari. Habis tu? cik jah dengan che abang kawen pun kena ikut perturan kan? Nak solat pun ada tertib dan peraturan, mesti lar benda2 lain sepanjang menjalani kehidupan ini pun ada peraturannya.


Peraturan ke-empat, kalo boleh, susun barang2 kat counter cashier tu ikut lar kumpulan [aceh! sebut kumpulan rasa macam chegu plak]. Amat jarang sekali, cek jumpa keluarga/pasangan/individu susun barang kat counter cashier tu ikut kumpulan. Kadang2, si suami atau si isteri tu dok congokk jer tak tolong pasangan masing2 susun barang kat kaunter tu. Pakat2 kerjasama lar kan. Baru lar mesra ;)



Cek rasa agaknya cek sorang jer kot yang dok susun barang kat counter cashier ikut kumpulan. Memang lar cek rajin. Awat? depa yang tak pernah praktik macam cek nie tak rajin kar? atau lebih tepat, pemalas? Entahlar, tak rugi apa2 pun kalo dok susun lagu tu. Malah, cek rasa sungguh bangga dengan diri cek sendiri sebab cek amat prihatin dan peka dengan keadaan sekeliling. Cashier pun senang, dia scan pun laju dan mudah maka orang lain pun tak perlu menunggu lebih lama di belakang kita :)



Nampak tak susunan berkumpulan di atas? Nak packing barang dalam plastic pun senang, balik rumah nak susun dalam lemari lagi senang!

Tak payah lar berkira sangat sapa untung sapa rugi. Insyaallah, buat baik akan di balas baik. Tak rugi berfikiran positif dan saling bertolak ansur :)