Pernah lihat atau makan daun cekur sebelum ini? Kalau belum, inilah daun cekur. Daun cekur ini sedap dimakan sebagai ulam atau di hiris nipis dan dimasukkan ke dalam masakan sebagai penambah perasa dan aroma. Bagi masyarakat jawa atau orang Indonesia, mereka lebih gemar menggunakan ubi cekur sebagai bumbu masakan kerana rasanya lebih kuat dan berupaya menambah selera.




Tapi, kalau untuk cek, cukup lazat dinikmati sebagai ulam mentah [salad] :)
Oleh kerana gemar, maka cek berusaha menanam pokok cekur ini. Ubi cekur ini asalnya cek beli di Giant dan terus cucuk ke dalam tanah. Keperluan air adalah minima dan mudah dijaga. Walaupun pokoknya mati [tiada daun yang dikeluarkan], jangan risau kerana ubi cekur di dalam tanah masih baik & elok. Berikan masa, dan pasti pucuk atau tunas baru akan tumbuh semula.

Selalunya daun cekur bersaiz sederhana atau terlalu kecil comel, tetapi cek amat kagum dengan daun cekur cek ini, tengok saiz panjangnya- 8inci!! O.O

dan saiz lebarnya mencecah 4 inci!! o.O
diulangi...kiraan adalah di dalam INCI bukan SentiMeter yer...hahahaaa

Pstttt!! and a friend of mine said I'm totally got nothing to do because captured & posted this on my blog...lol


Hebatkan? fuhhh! Pada mulanya saaayaaaaang sangat nak petik...huhuuuu
Tapi kalau tidak dipetik, nanti dah terlalu tua tak sedap pulak nak dijadikan ulam.

....dan tup!-tup! buah cili hijau di pokok dah bertukar menjadi merah. Sukerrrrnya!
Hati rasa puas dan gembira sebab hasil tanaman dan peluh menitik sepanjang penjagaan pokok-pokok sayuran ini membuahkan hasil. Ini baru sepasu dua, bayangkan betapa besarnya hati petani dan pekebun yang mengusahakan ladang masing-masing? Seronok bercucuk tanam :)

Selain sebagai hobi, menambahkan sumber makanan untuk isi rumah, mengurangkan belanja dapur, bercucuk tanam juga dapat mengeluarkan peluh dan mengeratkan tali kekeluargaan jika dilakukan bersama-sama :) [dengan amaran jangan curi tulang yer]


Urmmm...berberapa hari lagi pokok kacang kelisa cek akan mengeluarkan buah. Semalam dah 'semak' ada beberapa kudup bunga sudah keluar...yeyyyy! tunggu update cek noooo..weeeee