Believe it or not, this CORDYLINE RED was propagated from a stem cutting in one of a beautiful hand bouquet I received about 3 years ago :))
Sudah lama nak update pasal pokok flower bouquet nie, cuma asik kelalen ajer :P

Dah menjadi adat, setiap kali [aceh! macam lar slalu sangat..heheee] dapat hand bouquet, cek akan buka & susun nicely dalam pasu berisi air. Tak suka lar dok biar tergantung sampai kering, pastu dibiarkan sampai berhabuk. Agak2 nampak buruk & semak terus buang T__T. Bila dapat bunga cantik [secara percuma..ahaks!], mesti lar bubuh dalam pasu+air pastu display on my working table or at home close to me. Bunga mahal taw~~~.^

Macam pokok cordyline merah kat atas tu, bila cek rendam dalam pasu, lama2 akar pun keluar. Bila flowers dah whitered, foliage plant kekal bertahan, cek cucuk dalam pasu. Nah! sekarang pokok cek nie dah 4kaki tinggi dah :D Pokok nie memang senang tumbuh dan dijaga.
Lebih sentimental kan??? dari dibiar tergantung kering lagi berhabuk berdengunggg kat corner bilik tidur atau di suatu sudut kat tempt kerja cik jah?...huhuuuuu



Yang ini pun sama. DRACEANA . Tak ingat hand bouquet yang mana satu, tapi sama lar kaedahnya.
Bila dah berakar, cek transfer ke dalam pasu. Dan sekarang cek transfer terus ke tanah :)
Bangga betul cek bila melihat pokok2 yang cek tanam dari hand bouquet ni tumbuh dengan jayanya. Bukan apa, as my appreciation and ♥♥♥ to the sender[s] :DD


dan ini! tara!!! yeyyyy! pokok kacang kelisa cek akhirnya berbunga :D :D :D
kalo cik jah nak tau, hari2, cek dok spotcheck pokok ni, bila lar nak berbunga? Baja every 2 weeks, siram hari2. Air beras, air ikan, air udang, sumer ada.

Mengikut data yang cek rekod, putik bunga keluar hari khamis last week 23.12.2010. Putik kembang dalam jangka masa 7 hari kemudian. Apakah? lama jugak dok tunggu. Lepas nie, brapa lama pulak kena tunggu bunga bertukar menjadi buah yer...urmmmm O.O
BTW, tahniah Cik Lisa :) anda bakal menjadi ibu...heheeee

Ini pulak, semaian anak2 pokok Basil dari biji benih. Selepas 1 mth ada lar kot. Tumbesaran amat minima sbb makanan tak cukup kah? maklumlah kena share-share ;)

Dan ini pun pokok Basil juga. Sweet Basil. Semaian dari anak pokok beli kat Cold Storage ;)
Tak tahu lar batch yang keberapa dah...huhuuu. Yang pasti cek sentiasa tanam sbb nak buat stock untuk masak spagethi. Suka sangat spagethi with basil. Lazat!!!

Huh! sekian saja laporan mygarden journal buat kali ini. Saja jar nak tayang pokok2 cek nie kat cik jah biar iri hati sket...HAHAHAAA
uRMMM....Tak sabarnya nak tunggu cik lisa kluarkan buah-buahnya yang lazat dibuat ulam itu.