This morning, while driving to the office dan terperangkap tragis dalam kesesakan jalan raya banyak betul benda & idea datang dalam fikiran nak tulis kat sini. Selalunya 9am sharp or lebih sket 2-3minit dah sampai office, tapi sejak dua menjak nie, paling hebat 9.35am!!!! o.O arghhhh!
Sedangkan sekarang adalah cuti sekolah, so berharap dan sentiasa mengharap dalam tempoh 2bulan nie, jalan clear sangat. Tapi nampaknya tidak, malah luar biasa dari biasa..iskk! iskkk! T_T
Keluar rumah dah awal dah, sama macam biasa. Selalunya cek budget 30minutes masa perjalanan untuk sampai ke office. Secara logiknya perjalanan dari rumah cek ke office cuma 10minit sajer jika tiada kesesakan jalan raya...huhuuuu
Bukan apa, being someone who close to office administration nie, berat tanggungjawabnya, kadang2 sampai tak terjawab. Kenalah tunjuk contoh tauladan yang baik. Yang penting amanah yang diberi sebagai seorang pekerja. Kerja itu kan suatu ibadah, so kenalah buat sebaik dan seikhlas mungkin. Insyaallah :) and most important I never take it as in the catbird seat.
Urmmm...talking about tanggungjawab dalam bekerja nie, tringgg! idea datang. Mai sini cek nak kupas sket pasal isu nie. Tapi takder kena mengena dengan sesiapa pun tau. Hanya pandangan dan pengalaman peribadi.
SELALUNYA kita kalau datang office SETIAP HARI datang AWAL atau on time. JARANG-JARANG datang LEWAT. Tetapi this fellow, SETIAP HARI datang LEWAT dan JARANG-JARANG datang AWAL..aikks? terbalik kot ~.~
Berbuih sabun dah mulut dok berletiaq pot-pet pot-pet, tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Hampehh!!~~~ Masuk telinga kanan kluar telinga kiri. Sekali tegur tertrigger lar sat sehari dua, masuk hari ke-3 and onwards dah balik ke tebiat semula jadi..huh!
Awat? hengat cek nie tukang tegur orang kat office ker? Iskk! tak koser aih! Depa ingat cek dapat allowance tambahan kot noo.....Dapat wrinkle free ada ler~~~ Secara logiknya sumer pekerja di dunia [that including me] tahu dan maklum bahawa kita mesti masuk kerja mengikut masa yang ditetapkan, kenapa perlu ada orang lain untuk mengingatkan kita? Time nak pi makan nasi during lunch tidak pulak perlu diingatkan...haihhhh! Jam terpacak 5.30pm ding! dong! Automatic dah ready. Silap-silap 5.20pm pc sumer dah off...huhuuuu
Cukuplah cek dok jadi penyambut tetamu, tukang kemas, tukang bersih pantry, dan pegawai alam sekitar kat office. Hakikatnya cek buat sumer tu memang volunteer sebab sakit mata dok tengok O.O Lagipun , kalo cek tak ringan tulang buat, mana mungkin angel turun dari langit tolong buatkan...*sighed* Memang cek akui cek nie seorang yang rajin lagi ringan tulang [aceh!]. Kat mana pun cek ada atau kerja, cek tetap akan buat benda yang sama. Lagipun tak rugi sekupang pun. Tempat kerja sumer nampak bersih, kemas dan tertib. Kerja pun senang hati :)
Kalo kat workstation sendiri debu pun tebai 2 inchi, mau nyer tak bersin, batuk-batuk, srottt-srotttt...... Tapi, cek salute spring lar kepada sesiapa yang berjaya mengumpul habuk & debu nie. Hebat sungguh! Sebab habuk tu halus kecik tak nampak dengan mata kasar, ringan dan gebu jer. Payah nak tangkap. Hanya mereka yang hebat sajer berjaya membuatkan habuk & debu tu berkumpul di sekitar tempat mereka. Urmmmmm.....
Yeyyy! Esok lusa tulat tungging cek cuti [memang lar, weekend dowhh], No! no! darling...I'm talking about annual leave :) heheeee
Cuti cek ada lagi. Banyak hari lagi wooo....For the past few months nak clear cuti tak bulih sebab too busy. So tinggal cuma 2weeks jer lagi towards year end and my company policy no leave can be brought foward to the following working year. So mahu tak mahu kena lar abeskan.
Tetapi, masalahnya cek rasa bersalah plak nak cuti banyak2 hari nie...fuh! SKEMA giles cek nie [untung sapa hire cek..heheee]. Memang lar cuti itu hak peribadi cek, so called benefit/reward from the Company to me. Tahun nie pun cek cuma amik MC 4days jer! So, setelah diatur2 dengan sebaik mungkin, cuti cek masih lagi berbaki 2.5hari....tak palah, kira burn sajer. Redha T_T.
Itu pun cek amik kesempatan apply cuti sebab Mr Boss pun cuti jugak during that period, so, kira bersesuaian lah. Tapi sebelum cuti approved, fuhh! jenuh cek kena menghadap Mr Boss explain pasai apa nak cuti. Ayat pertama terpacul dari mulut Mr Boss "aikks? cuti lagi?" [huh! woohoowww...hold on! Sir, at least ini cuti terancang. Plan baik punya and I make sure all my work are done & organized taw...] pastu siap buat cross date check lagi. Kalau orang lain apply cuti, Mr Boss sign jer tanpa soal jawab. Pastu bila depa cuti, beliau tak hengat pun ~.~ isk! iskk! Paling best bila beliau cari that particular person takdak kat office baru beliau realizes depa cuti...huhuuuu. Then mula lar Mr Boss dok tanya cek balik, kenapa depa ni cuti/mc? Sebab apa? sakit apa? errrkkkk!!, haruskah soalan itu ditujukan kepada saya? urmmmm...... [sat nak pikiaq sat ]
This morning, awal-awal lagi Mr Boss call tanya cek "tomorrow u are on leave right?" aceh! tengah cuti beliau bulih call buat pengesahan lagi...owh! Mr Boss~~~~.O [u make me nebes lar nak cuti lama nie]
Apa-apa pun, it's good to have a chance to spend my days at home..yeyy! Almaklumlah tahun nie pecah rekod takdak percutian luar negara [owh! miss Bali so much!]. Sumer cuti-cuti kat hotel dalam negeri sajer :)
BTW, I'm packing myself & bring home all the necessary details incase Mr Boss call me at home...lol