Puding sarang labah-labah. Labah-labah tak dak sebab sudah mati kena tembakk...PomMM!
Hahaaa

Nie sebenarnya Marble Pudding. Terhasil apabila kami sedang pulun memerah minda memikirkan apa nak bagi kat aunty jiran sebelah rumah sempena kenduri doa selamat beliau. Aunty buat kenduri on weekday after Isyak. Bagaimana sikk? Kami kan kerja. Kalo nak bagi makanan lain mesti harus dimasak on the day itself. Kenduri kan malam, takut masak awal-awal pastu basi atau kurang sedap, tak best lar plak kan nanti nak jamu tetamu. Lagipun, mana lar kami koser nak bangun 3-4 pagi untuk masak-masak tu...aiceh! Nak bagi buah....dah kira biasa sangat. Maka pudding adalah pilihan terbaik.  Kami buat malam selepas balik kerja. Simpan dalam peti sejuk biar keras santek elok semalaman. Esok pagi terus kasi kat aunty. Aunty bleh simpan dalam fridge sebab pudding nie sedap di hidang ketika sejukk.

Sampai rumah pukul 6pm, tong-tongg, ting-tingg, toink-toinkk...siap dah pudding nie. Cepat-cepat buat sebab lepas maghrib nanti nak kluar dinner & jimba-jimba kat luar sat...heheee

Bahan-bahan:
13g agar-agar [jenis tali]
4cup air
2cup gula
1 tin susu cair
1cup tepung kastard
1tbsp serbuk koko [bancuh dgn 1tbsp air suam. kalo air paip, koko tak mau dissolve]

Cara:
1) Rebus agar-agar dan gula hingga hancur. Tapis
2) Dalam mangkuk berasingan, bancuh tepung kastard dan susu hingga sebati. Tapiskan ke dalam periuk agar-agar.
3) Bahagikan aduanan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko. Kacau sebati. Satu bahagian lagi biarkan dengan warna asal. Masak kedua-dua adunan hingga sedikit pekat. Tutup api.
4) Sendukkan adunan kastard di tengah loyang. Tuangkan pula adunan koko ke atasnya. Ulangi hingga adunan habis. Biarkan sejuk dan boleh simpan dalam peti ais.

Tips 1: Kalo cikjah jenis lemah lembut, maka adunan kastard akan mengeras sebab dok senduk slow-slow. Nanti nampak pudding berketul. Boleh panaskan adunan semula untuk cairkan sedikit.

Tips 2: Ada setengah resepi guna susu pekat. Kami tak suka sebab susu pekat akan memberikan sedikit rasa yang pelik & lucu kerna susu pekat itu sendiri mempunyai rasa macam susu hangitt....uhh!


Chewahh! Malam tu bersantapp lauk kenduri aunty lar for dinner. Lazat!! walopun lambat...muaheheee...Aunty pulangkan tray pudding bersama;
- Ada asam pedas ikan tenggiri
- Ayam goreng tumbar jintan
- Daging rendang tok
- Sayur campur
- Ulaman
- Sambal belacan + nenas
- Nasi putih

Alhamdulillah. Hidup muafakat membawa berkat. Jangan busy body dan sakitkan hati jiran okay! Wink!!