Sudah lama hati terdetik to give a try to bake this Turkish traditional dessert. Cuma hati mengatakan senangg jar nak buat baklava nie, main sapu butter, pastu susun-susunn jerr...jadi kami KIV dulu. Kononnya kami try bake something yang susah-susah dulu, yang senang-senang kemudian...Aiceh! muaaheheee

Tapi, takdir penentu segala. Sejak kebelakangan nie, asal buka tibi jar, ada rancangan makcik Labanese tengah buat baklava. Buka majalah, ada hidangan baklava from Beirut. Maka hati kecil berkata "inilah petunjuknya!" Hiiiiyaaahhh! Maka kami terus book ticket pergi Turki ^___^....first class...heheee

Making the Walnut filling:


Cikjah boleh guna 2-3 cups walnut atau pistachio atau almond [kisar medium fine]
+ digaul bersama 1/4 cup [4tbsp] caster sugar.
+ 1tbsp rose water
+ 1tsp orange blossom water [optional]

Making the Sugar Syrup



Sugar syrup nie haruslah disediakan terlebih awal. Kalo nak buat siap-siap 1 day or 1 week before pun boleh. No hal. Because we need it at room temperature.
Baklava adalah pemanis mulut yang sangat manis. Sukatan berikut juga adalah sangat-sangat manis. You've been warned !  Maka ikutlah citarasa cikjah okay :)

Methods:


2cups sugar  +  1cup water alternatively; 1cup sugar + 1cup honey + 1cup water
+  1tbsp rose water
+  1tsp orange blossom water
+  4tbsp melted butter

Masak hingga gula cair. Ketepikan.

Tips: Kalo cikjah takdak rose water dan orange blossom water, gantikan dengan vanilla esen pun boleh.

Preparing the Baklava:


Fillo pastry adalah bahan penting dalam menyediakan hidangan lazat ini. Kalo kat Turki atau middle east countries depa buat pastry sendiri. Doh dicanai lebih nipis dari helaian kertas. Tapi. depa expert. Maka, untuk kami dan cikjah yang moden nie, guna saja Fillo Pastry yang jual di kedai :)
Lebih mudah dan menjimatkan masa. I've got mine at Tesco. RM17/box for 20 sheets [bidang besar. So, boleh bahagi dua. Dapat lar 40 sheets].

Fillo pastry mestilah disimpan di bahagian beku di dalam peti sejuk. Kalo nak guna baru dikeluarkan dan  biar ia cair [thaw] di dalam peti sejuk [bahagian biasa] semalaman dan esoknya biarkan di luar peti sejuk selama 2-3jam pada suhu bilik.

Tips: Sebab kalo dicairkan di luar peti sejuk pada suhu bilik, pastry akan mudah melekat. Bila sedang menggunakan fillo pastry, haruslah ditutup dengan kitchen towel lembab supaya pastry tidak kering.

Melted butter yang diperlukan approximately 1 block (250g).


1) Sapukan butter pada baking dish.
2) Sapu helaian fillo 1 dengan butter cair dan letak di dasar baking dish.
3) Sapu helaian fillo ke 2 dengan butter cair dan susun di atas fillo 1 tadi. Ulangi langkah ini hingga helaian 20. Ahaks! Waktu nie, jangan sapa kacau atau telepon! Tangan berminyak dan sangat menguji kesabaran. Kalo kurang sabar, kena banyak kali pektis buat baklava, insyallah, akan menjadi seorang yang sabar...hahaaaa

Sebab tu sangat penting supaya fillo pastry benar-benar sudah cair dan ready untuk digunakan. Jangan plak cikjah menipu sekali sapu 3-4 helai fillo. Syaratnya mesti sehelai-sehelai. Baru Baklava nampak cantik dan nampak lapisan demi lapisan. Kalo tak tahan sangat, koyakk saja!! hahahaaaa


4) Di atas helaian ke-20, tuang kacang walnut.


Ratakan.

5) Ulangi langkah 2 dan 3. Maknanya, cikjah akan ada 20 lapisan bawah dan 20 lapisan atas.
6) Potong baklava secara melintang. Mesti dipotong sebelum bakar. Pstt! jangan lupa asah pisau okay...wink!


7) Bakar pada suhu 180C selama 30-45 minit [bergantung pada jenis oven] atau hingga kuning keemasan.
8) Bila sudah masak, kluarkan dari oven dan terus tuang sugar syrup ke atasnya. biarkan selama 2 jam supaya baklava nenyerap air gula sebelum dihidang.

Tips: Tuang sugar syrup pada bahagian lorong potongan supaya crispy fillo pastry dapat dikekalkan,  berbanding kalo cikjah siram terus ke atas baklava macam siram pokok bunga...hihiiii


Tara! Siap dah!!
Senang jar kan? Erkkkk.....memang senang namun kepakaran dan kesabaran yang tinggi
amatlah dihargai....heheheeee

Tips: You can wrap and keep Baklava in the fridge for a maximum of 3 weeks.



Sangat lazatt dan paling best waktu kami tengah nikmati baklava, skali ada rancangan Spice Route on TV3 also menayangkan cara-cara membuat baklava. Sah!!!  Jaw dropped for a few seconds! Petunjuk yang diberikan sungguh jelass....seruan membuat baklava adalah sangat tepat dan kena pada masanya...Chef Hussin Khan geget baklava at Turkey, kami geget my homemade baklava at home sweet home! hahahaaaa