Amazing! Amazing!! Amazing!!!
Pernah terdetik 4-5 tahun yang lalu untuk berkunjung ke Taman Negara tapi plan tersebut terus masuk KIV tray sebab rasanya kami blum bersedia untuk tidoq dalam hutan. Blum bersedia digeget nyamuk dan unggas hutan, blum bersedia untuk basah kuyup, comot berselut, dan apatah lagi dipanjat-panjat oleh encik pacat....eeuwwww! Lama kelamaan niat untuk menjamah sendiri keindahan alam bumi Malaysia berlalu sepi begitu sahaja. Tapi dah nak jadi rezeki, tanpa sebarang perancangan, dalam tempoh seminggu tup-tup dah sampai ke Taman Negara....Wheeewww!! Best sangat!
Tempatnya indah, nyaman dan hebat sekali. Tak terungkap dengan kata-kata. Seharusnya cikjah kena pegi sendiri ke Taman Negara, baru taw betapa best dan hebat pengalaman tak ternilai ini.
Taman Negara Malaysia adalah the WORLD OLDEST RAINFOREST PARK. It even older than the Amazon rainforest! Wahhhh!! hebatnya khazanah alam Malaysia. Janganlah disiakan, rugi kalo kita sebagai rakyat Malaysia tapi belum pernah jejak kaki ke sana. Bawa lah keluarga dan sahabat handai dan bersama merasai sendiri kemewahan flora dan fauna yang menakjubkan ini. Kami personally memang gemarkan alam semulajadi dan pecinta haiwan [kecuali pacat, ular, ulat bulu, cacing, lipas,belalang, bla..bla..blaaa]. Jadi peluang berkunjung ke Taman Negara ini akan sentiasa tersemat di hati dan menjadi kenangan manis buat kami. Konsep percutian yang berbeza dari biasa sebab hari-hari asyik pakai tracksuit dan T-shirt saja...bowinggg...hahaaa namun sangat mengujakan....aiceh!
Well, apa kata kami bawa cikjah bercuti bersama kami...free jer....tak payah bayar pun ^____^
Take the East Coast Highway. Exit at 819 --Temerloh Interchange. KL - Temerloh approximately 1.5hours.
Kalo dari KL - Kuala Tahan it takes approximately 3.5hours by car.
After Toll Plaza, turn right to Jerantut
Temerloh - Jerantut is about 50 - 60 minutes drive.
When you reach Jerantut, they are 2 options to reach Taman Negara;
1) By Boat --- at Sungai Tembeling Jeti. About 3hours boat ride. RM100/pax return.
Lama woooo...tapi hati pasti terhibur dengan pemandangan indah Sungai Tembeling.
2) By Land ---- Temerloh → Jerantut → Felda Padang Piol → Kuala Tahan. About 2hours scenic drive.
Best jugak. I chose self drive sebab kami suka stop at local restaurants and see what they have there.
Next time pergi, kami nak cuba naik bot plak, tapi kena bawa kacang makan atas bot...hahaaa
Sila fokus okay....kita nak ke Taman Negara, bukan Kuala Lipis rumah Siti Nurhaliza...heheee
Turn left into Felda Padang Piol. It takes another 1 hour drive from Padang Piol → Jeti Kuala Tahan
Scenic view along Felda Padang Piol
Jeng! Jeng!! sket lagi....tekan minyak banyak sket lar...cepat sampai....huhuuu
Tapi Awas! Banyak kek lembu panas bertebaran di atas jalan raya....hahaaa
Sampai dah...yeyyy!
Parking is free. Boleh parking kat mana-mana yang dirasakan sesuwei dan selamat.
Dari Jeti Kuala Tahan, dah boleh nampak Taman Negara.
Tapi sebelum itu, kena exercise sket turun naik anak tangga yang banyak itu!
Rasakan! sapa suruh bawa beg banyak berbagai-bagai...adehhh!
Kami stayed at Mutiara Taman Negara resort. To go to this resort, kena naik bot seberang sungai Tembeling. Boat fare is RM1 jerrrr....murah kan :) Kami rasa Mutiara jer kot resort yang best sket compared with others dari segi keselesaan & kenyamanan. Kami nie cerewet sket....huhuuu
Harus diingat cikjah, kita nie nak tidur dalam hutan, so biarlah selesa dan bersih sket kan...wink!
Setelah fenat & berfeluhh turun anak-anak tangga yang banyakk itu, kena plak meniti jambatan kayu yang kecik ini...owh!
Pakcik boatman tu tak tolong pun. Dia tolong tengok jar kami usung beg LV 2 ketoi meniti jambatan...cehhh...tak gentleman langsung. Muka pun ketat jar. Tapi tak kesah lar sebab kami pun tak perlu ditolong...chewah! hahaaa
Mungkin sebab naik bot dia bayaq singget jar, so tak termasuk servis hangkat beg...lol
Belum sempat nak sarung life jacket dah sampai seberang.
Selamat datang! Alhamdulillah....selamat sampai dengan bergaya
Larrrr....naik tangga lagi...adehhh
So...what do you expect? Dah nama pun datang Taman Negara, stamina haruslah hebat! So, sebelum datang, bawa-bawalah bersenam dulu okay. Takut plak datang sini untuk holiday 3D2N pastu balik sambung MC pun 3D2N....hahaaa
Reception hall
Pelbagai aktiviti tersedia dengan BAYARAN tambahan
My chalet. Kami request chalet at front area.
Tips: At Mutiara Taman Negara they have 108 rooms. Pilih chalet di bahagian hadapan jika cikjah inginkan tidur yang nyenyak dari gangguan manja haiwan-haiwan hutan di waktu malam.
Macam-macam bunyi binatang kedengaran on my first night here. Buat tak dengar jar, pulun pejam mata rapat...heheee
Keadaan bilik selesa, bersih dan memenuhi piawaian kami. Tak boleh lar expect lebih-lebih sebab resort pun dah lama dan memang di dalam hutan kann. Cuma kalo cikjah sedikit fussy, sila bawa air freshener sendiri. Sebab bila musim hujan atau cuaca lembap, ada lar sket mildew & woody odor.
Sila juga bawa bed slipper sendiri sebab resort tak sediakan kemudahan ini. Lebih selesa pakai slipper dalam bilik sebab lantai kayu. Dan jangan lupa bawa ubat nyamuk lingkar sebab kalo cikjah plan nak duduk santai kat beranda sambil minum kopi dan baca buku kena lar cucuh ubat nyamuk. Beside that insect/mosquito spray is a must! Torchlight dan juga garam. Erkkkk! garam for what? nak makan garam belacan kar? tettt! salah. Garam digunakan untuk 'melumpuhkan' leeches yang suka panjat kat kaki itu...erkkk o.O
Kamar mandi dengan pemandangan hutan rimba.
Banyak betul tupai kat blakang tu....harap tupai-tupai tu takdak iphone atau blackberry lar....takut plak tiba-tiba ada video posted kat youtube....cikjah mesti click "like" taw! hahaaa **pengsan**
Jom ronda-ronda sekitar resort...
Family bungalow
Resort map.
Luas kawasan nie. Kalo stay kat bilik belakang sana nunnn...jenuh lar nak jalan....adehh
The restaurant.
Makan kat resort mahai. Lunch RM75 . Dinner RM80
Wowww! tapi cikjah jangan risau sebab masih ada banyak pilihan local restaurants across the river. Terdapat a few floating restaurants serve local & western menu dari sarapan hinggalah ke lewat malam.
Air mineral botol kecil kat sini harganya RM3.50. Fuhhh! mahai kan. Nak jimat, beli jar kat Kuala Tahan seberang sungai nun.
Mutiara Taman Negara sebenarnya berkongsi lokasi bersama pejabat Jabatan Perhilitan.
Kalo sampai sini, sebelum memulakan apa-apa aktiviti, kena register kat Jab. Perhilitan dulu.
Lagi pemandangan sekitar resort
Dorm/hostel type
Jeti Mutiara Taman Negara
Luggage carrier. Letak beg cikjah kat dalam train tu, lepas tu nanti reception akan tarik naik ke atas. Subsequently ada buggy akan hantar luggage ke bilik.
Floating restaurants
Tembeling river meets Tahan river.
Angry bird tengah fight.
Tara!!! kami dah siap siaga nak jungle trekking. Jangan lupa pakai stokin panjang dan ketat supaya encik pacat tak boleh masuk. Eiiiii....
...dan satu lagi tak payah lar pakai sport shoes mahai-mahai sangat. Sebab confirm kasut cikjah akan bertukar wajah. Tak sanggup nak tengok...eiiii pejam mata.
Antara aktiviti yang paling best dan jatuh di tangga nombor satu carta ialah jungle trekking and Canopy Walkway. Pakcik baju merah tu adalah guide kami untuk aktiviti ini.
Memang best! Sangat teruja. Cuaca hujan dan tanah yang lembab dan lecak adalah merupakan perisa tambahan supaya aktiviti di dalam hutan menjadi lebih mencabar dan menguji kekuatan diri kami. Lagi sukar lagi best. Adrenaline junkies lar katakan....hehee
Sepanjang perjalanan, kami diberi penerangan dan ilmu hutan.
dan bukan senang nak trekking, panjat bukit yang licin sambil amik gambaq okay....
Sila panjat. Akar-akar pokok membentuk seperti anak-anak tangga kerana tanah di sekitar akar telah terhakis kerana ini adalah laluan utama trekkers.
Yeyyy! Akhirnya kami sampai ke Canopy walkway. Ia adalah WORLD LONGEST canopy walkway. Jarak canopy ini ialah 500m....hebatkan!
Kami sungguh kagum dengan usaha Jabatan Perhilitan Malaysia. Supaya terus berusaha dan maju.
Ruang menunggu disediakan. Kena tunggu giliran taw.
Untuk mengelakkan rasa hampa, make sure check dulu dengan jabatan perhilitan samada canopy walkway buka atau tutup sebelum memulakan trekking.
Lepas trekking, kami proceed with rapid shooting ke Kuala Trengan.
Bot amik kat sini. Tempoh perjalanan ke Kuala Trengan dan kembali ke resort ialah 30 minit.
Sekali lagi kami merasa cukup teruja!
Wooohooooo!!!
Bot memang laju melawan arus sungai yang deras. Di tengah jalan tetiba enjin bot terhenti.....errkkkk! aramak! hahahaaa....2 minutes kemudian, enjin berjaya dihidupkan dan perjalanan diteruskan seperti biasa.....pheewww
Cer tengok kecomoton kasut kami....
Kat tapak kasut penuh dengan selut tanah merah. Tapi dah dibersihkan sebab kalo tanah berkumpul kat tapak kasut, kaki akan jadi berat dan licin untuk melangkah.
Pengalaman indah makan di restoren terapung di tengah laluan arus Sungai Tembeling. Amazing!
Aktiviti lasak seawal jam 9.30am hingga 12noon tadi memang best sangat namun kami masih dahagakan adrenaline dan excitement. Maka kami sambung lagi aktiviti dengan menaiki bot ke Lata Berkoh menyusuri Sungai Tahan. Bot ini disewa dengan harga RM160/boat. Maximum 4 paxs.
Selepas lunch, kami dijemput oleh boatman di restaurant terapung tepat jam 1.15pm, bot terus meluncur laju ke destinasi. Yeyyyyyy!!!
Jemur kasut...wink!
Pemandangan di sekitar sungai Tahan, subhanallah! maha hebat dan cantik! Terpesona dan terpaku dengan keindahan alam ciptaan Ilahi.
Pokok-pokok di kiri dan kanan sungai hampir bertemu di pertengahan sungai dan membentuk kanopi menjadikan perjalanan kami begitu nyaman sekali.
Setelah 1 jam menaiki bot akhirnya kami sampai ke Lata Berkoh.
Dari sini, kami harus berjalan selama 15 minit untuk sampai ke air terjun.
Ini adalah laluan yang sama untuk ke Gunung Tahan.
Perjalanan pergi dan balik Ke Gunung Tahan ialah 6 - 7 hari mengikut tempat berlepas. Woww! lamanya.
Mestilar, sebab nak sampai puncak Gunung Tahan ni melalui tempat berlepas yg paling dekat ialah Merapoh - Gunung Tahan. Jaraknya lebih kurang 120km. Toinkk! Khidmat guide disediakan dengan kos RM1200/trip. Kalo nak naik free boleh jugak during Taman Negara [perhilitan] buka penyertaan kepada sesiapa yg berminat untuk cuci laluan trek Gunung Tahan. Win-win situation ;)
Sampai dah ke air terjun Lata Berkoh.
Boleh mandi kat sini. Tapi memandangkan sekarang adalah musim hujan, maka tak boleh mandi. Arus sungai sangat kuat. Air pun tak jernih macam selalu.
Jadi, kami sekadar menikmati keindahan tempat ini. Memang berbaloi datang ke sini.
Jangan lupa mesti bersiap sedia dengan poncho / raincoat / beg plastic.
Ketika perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat sekali. Namun boat tetap meluncur laju bagaikan tiada halangan. Hampir 40 minit kami meredah hujan lebat. Pengalaman yang cukup menarik --- boating in heavy rain.
So, amacam? hebat kan?....urrmm....memang hebat dan satu pengalaman yang cukup menarik.
Satu lagi aktiviti yang kami sertai ialah Night Safari. Rm35/pax. Merentasi ladang kelapa sawit dengan pacuan empat roda di tengah malam kelam. Hanya bergantung kepada lampu kenderaan dan cahaya lampu suluh semata-mata.
Menarik. Sebab memang gelap gelita dan angin malam membuai pipi gebu kami sepanjang 3 jam perjalanan. Tak banyak binatang yang kami nampak malam tu, hanya beberapa ekor kucing hutan yang sangat comel! dan beberapa ekor burung yang cantik berwarna warni. I was hoping to see Slow Loris, tapi hampa.
Insyaallah, jika punya kesempatan dan kesihatan yang baik, kami pasti kembali kerana you are so perfect Taman Negara!