.
Nov 11, 2011
Lazatnya!!! Ayam Pop adalah satu menu dari Indonesia yang menjadi kegemaran kami setiap kali menikmati makanan Padang. Seperti biasa, kalo enak, mengapa tidak dicoba bikin-in sendiri kan :)
Jom kita masak Ayam Pop!
Ingredients:
Ayam
3 bawang putih [tumbuk kasar]
1/2 bawang besar [tumbuk kasar]
2 sudu besar cuka [atau jus limau nipis]
1 serai [ketuk]
Garam
Air
* Kami tambah sedikit lengkuas ketuk.
Method:
1) Rebus ayam bersama bahan-bahan di atas hingga masak. Lebih kurang 20-25 minit. Apabila masak, tos dan keringkan sebentar..
2) Goreng ayam sekejap sahaja. Kerana ayam memang sudah masak. Kita hanya inginkan tekstur rangup dan sedikit warna keemasan di luar ayam.
Tips: Sewaktu menggoreng, ayam akan mengeluarkan bunyi pop! popp! --- mungkin sebab itu menu ini dipanggil ayam pop!
Set pelengkap ayam pop ialah pucuk ubi rebus di cecah bersama sambal cili kicap. Rebus pucuk ubi secukupnya.
Sambal Cili kicap
7 cili padi
2 bawang putih
1/2 cup sugar
1/2 cup kicap
Method: Blend all ingredients.
Tips: Adjust kuantiti gula dan kicap jika sambal cili kicap terlalu pedas.
Tudia! Siap dah. Memang terangkat dan terasa seperti makan di restoran nasi padang.
Pasti lebih terangkat ke-Padangan masakan ini jika dihidang bersama gulai telur dan sambal terasi. Owhhh! ternyata seperti makan di Sari Ratu :)
Mengapa gulai telur? Yar lah...dah ada ayam goreng. Takkan nak match dengan gulai ikan pulak kan... It tastes okay tapi kurang kick. It doesn't complete instead compete each other ....hahaaa
Kerna watak utama hidangan hari ini ialah Ayam Pop, maka watak pembantu haruslah tidak lebih menyerlah. Never ever steal the limelight okay. Maka, gulai telur adalah pilihan terbaik.
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"