Pelik. Diam tak diam tiba-tiba nak buat pasembor. Pelik. Sungguh pelik.
Tapi takpa lah, at least kami ada pengalaman membikin pasembor :)

The Ingredients:


1 ubi keledek & 1 ubi kentang [size S] - rebus
1 cup kacang tanah [goreng]
*10-15 cili kering [ikut citarasa] - rebus
*1 bawang besar
*3 bawang putih
*Sedikit udang kering [optional]
Air asam jawa
Garam dan gula

Cara:


1) Kisar ubi keledek hingga halus. Ketepikan
2) Kisar kacang tanah dan biar sedikit kasar supaya bila digeget ketika makan terasa butiran kacang. Lebih sedap! Ketepikan.

Tips: Kisar guna blender + air yg minimum. lebih cepat dan mudah!

3) Kisar bahan *
4) Tumis bahan * hingga wangi.
5) Masukkan ubi dan kacau sebentar.
6) Masukkan air asam jawa dan kacang.  Masukkan gula. Renehkan hingga mendidih.

Tips: Gula dimasukkan terlebih dahulu supaya bila gula 'caramelized' ia akan memberikan kuah kacang yang santek kemerah-merahan gelap.

7) Masukkan garam.

Tips: Tambah air jika kuah terlalu pekat. Play around with kuantiti air asam, garam dan gula untuk mendapatkan rasa yang lazat :)


Kuah pasembor lazat sudah siap!

Kalo makan pasembor mestilah ada cucur udang.



Kami tak suka kucai :P
Cucur udang menggunakan campuran tepung, taugeh, bawang, carrot dan udang.


Bahan pelengkap pasembor


Tudia! Pasemboq  bergaya siap untuk dihidang :)