Kali terakhir kami masak pais ikan ini ialah masa berumur sekitar 12 tahun.  Ahaa!  janganlah terkejut cikjah, kami memang dididik dan disuruh bantu mak di dapur sebaik saja kenal apa itu bawang....hahaaa
Darjah satu dah masuk dapur taw.  Seawal darjah 5, kami dah boleh siapkan hidangan tengah-hari atau malam dengan lengkap untuk santapan seisi keluarga.  Hebat kan!  chewahhh... [bukan riak nooo tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman]. Hurmmm....dah lama jugak kami tak masak pais nie.

Namun sesungguhnya masa dulu-dulu tu kami rasa marah jugak kat mak dan kakak kami, ya lah...kami kecik lagi, mana boleh disuruh buat kerja masak-memasak nie. Tapi sekarang kami rasa sangat bertuah dan beruntung sebab dididik dan diasuh dari kecil perihal memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah. Cooking is not my hobby. Nak kata pandai tu taklah, tapi memang cekap, pantas dan paling penting BERSIH  di dapur :)  heheheee

Tapi sekarang, rata-rata kami tengok ibu bapa terlalu sayangkan anak-anak mereka terutamanya anak perempuan hinggakan tidak disuruh masuk ke dapur sekali pun! Hasilnya,  dah kawen pun masih dok telepon mak tanya macam mana nak masak gulai! Itulah maksud kami....kalo dulu dok tolong mak kupas bawang kar, siang ikan kar, perah santan kar ada juga peluang tengok macam mana mak dok tumis gulai. At least ada pengalaman di dapur :)  Kata orang kalo sayangkan anak ditangan-tangankan, bukan kerna sayangkan anak, disimpan dan tidak boleh disuruh buat sebarang kerja rumah.  Semua mak yang siapkan.  Makanan siap mak panggil makan, kalau lapar, order jar dari mak, mak masakkan.... memang best, tapi yang rugi adalah si anak itu.....kesian.

Eh! banyak pulak kami membebell, okay jom kita masak  a delicious Pais Ikan.  Pasti bergegarr dapur cikjah hari ni :)


The Ingredients:


6-7 ekor ikan  [boleh juga guna udang / sotong]
*2 cili merah
*4-5 cili padi [jika ingin lebih pedas]
*1/2 bawang besar
*2 bawang putih
*1cm halia
*2 hiris lengkuas [optional. Kami suka letak lengkuas. Lebih terasa enaknya]
*2 serai
*1cm kunyit hidup
*1/2 sudu teh jintan manis
garam dan gula
1 cawan kelapa parut
Jus limau nipis
Daun kaduk / daun kunyit
Daun pisang


Kebetulan waktu teringin nak makan pais nie kami cuma ada stok ikan kembung saja, so ikan kembung pun bolehlah :) Tapi buang tulang dan ambil isi saja untuk lebih mudah  bila dimakan nanti. Kalo cikjah malas, terpulanglah. Tapi nanti kalo time makan asben cikjah komplen banyak tulang, ....camner?  huhuuu


Method:

1)  Tumbuk bahan bertanda *.  Kami blender kering.  Muscle soreness. So, tak larat nak tumbuk...ahaaaa
      Tips: Blender jintan manis dulu. Keluarkan.  Kemudian baru blender bahan-bahan lain [ hiris nipis-nipis] Kalo dicampur semua nanti  jintan manis tak  halus.


2)  Satukan semua bahan. Masukkan hirisan nipis daun kaduk dan daun kunyit.  Kalo cikjah kurang senang dengan bau atau rasa daun kaduk, tak payahlah masukkan.  Tetapi, hakikatnya, daun kaduklah memberi bau wangi dan rasa asli pais.  Kami memang tanam daun kaduk. So, sentiasa ada stok :)


3) Masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan isi ikan dan jus limau nipis. Gaul sebati.


4) Bungkus di dalam daun pisang. Dalam aluminium foil pun boleh.


5) Grilled di dalam oven atau di atas pan sekitar 30 minit atau sehingga ikan masak.


Tara! siap dah. Senang jar kan?


Sebaik sahaja daun pisang dipotong, whoaaaaa!!!! semerbak wangi pais dan aroma herba dan daun kaduk sungguh menggiurkan! Memang lazat.