Kami ada satu lagi cadangan tempat makan best. Jika cikjah peminat chinese food, maka harus cuba makan di restoren chinese muslim Al-Amin Xinjiang Muslim Restaurant. Setakat ini terdapat dua cawangan. Pertama di SSTwo Mall, PJ dan terbaru di Dataran Sunway, Kota Damansara.

Pemilik adalah seorang chef yang berasal dari Xinjiang, China. Kami memang teruja bila makan di sini sebab rasa asli chinese food tu cukup terasa. Bila makan lamien mee terasa kulit tu putih gebu dan pipi pinky sangat...kunun feeling macam China's chinese muslim. Ahaks!  Keterujaan berganda sebab kami memang chinese food fan!


Lamien mee ataupun mee tarik ini dibuat menggunakan tangan di restoren. Tekstur mee agak tebal dan lebar serta kenyal. Sangat mengenyangkan dan lazat! RM12 for this big plate. Kalo cikjah nak jimat kalori, bleh share dua orang...hehee


Gambar-gambar hidangan di dalam menu juga sangat menarik. Kami akan berusaha sedapa upaya untuk mencuba sumer jenis hidangan di sini...inshaAllah. Soon, they gonna have steamboat too. Excited! *feeling kulit putih gebu, pipi kemerahan dan nafas berasap-asap sambil makan steamboat*


Terbaik! Deep fried beef. Kami memang suka daging berbanding ayam. Rasanya sama seperti yang kami bayangkan. The portion is very big and sesuai untuk 3-4 orang makan. Harganya RM28 for regular size.


Setiap hidangan mesti ada sayur. Wajib. Sekali lagi kami feeling kulit putih gebu, pipi kemerahan dan nafas berasap-asap sambil makan nasi. Hahh!

Selamat menjamu selera.