Alhamdulillah. Syukur pada Allah sebab memberi kami masa dan kesempatan untuk khatam Al-Quran sekali lagi. Seperti azam tahun-tahun yang lalu, kami mesti khatam sebelum tarikh hari jadi kami kerana ia adalah hadiah besday istimewa untuk diri kami sendiri. Alhamdullillah tercapai untuk tahun 2015 ini. Kami bangga dengan diri kami sendiri sebab kami dah improved sket. Walopun tak banyak tapi ia suatu peningkatan yang memberangsangkan. Kali ini kami khatam dalam tempoh 10 bulan [Syawal - Rejab] berbanding tahun lepas 12 bulan [Syawal - Ramadhan].

Kebetulan, lagi seminggu menjelang besday kami dan khatam pula on Saturday, jadi kami amik kesempatan masak-masak on Sunday. Seperti biasa, mesti lar masak pulut kuning dengan rendang ayam marbeless! heheee


Sebelum tidur, kami dah siap-siap rendam pulut bersama serbuk kunyit dan sekeping asam gelugur. Esok pagi, tos dan cuci beras pulut untuk buang keledak serbuk kunyit dan stim beras pulut selama 25 minit. Keluarkan, gaul bersama santan pekat dan garam dan stim semula selama 40 minit lagi. Siap!

Lepas tu tertonggek-tonggek mengorek lengkuas di taman sari. Potong serai, daun kunyit, daun pandan, daun pisang, daun limau purut dan petik cili padi di kebun dapur untuk buat bumbu rendang ayam.


Makannya tak banyak mana pun tapi seronok waktu memasak tu. Rasa bersemangat sebab pulut kuning tu seolah seperti ganjaran untuk pencapaian peribadi kami. Kami lebih bermotivasi dan teruja untuk terus membaca Al-Quran walaopun dalam some situasi kekalutan dan kekangan masa, cukup kalo dapat 1 page a day. Sesungguhnya kerana Allah SWT - Allahu Akbar.


Dah siap. Rasa lebih bermakna sebab sumer buat dan masak sendiri. Sedap plak tu kan...Aiceh! - serious sedap...hehee

Kami pun tak pernah menyangka kami mampu untuk buat pulut kunin dan rendang ayam sepenuhnya on my own sebab mentaliti kebanyakkan kita nie cikjah, pulut kunin tu masakan kurang popular orang tua-tua saja. Perlu ker nak blajar buat pulut kunin bagai? Ahaks!
Jawapannya perlu. Okay juga kan kalo celebrate besday anak-anak dengan pulut kunin bersama rendang atau gulai ayam / daging meletop lazat. Tak dak lar every year nak kek katun Frozen jar...hehee


Smoga cikjah dan kami sama-sama mendapat manfaat. Amin.