Sempat kami balik kampung on last weekend. Walopun just 2-3 hari, tapi Alhamdulillah dapat balik kampung lagi.


Seperti biasa, kami sangat selesa terbang dari Skypark. Faktor utama ialah dekat. Kali ini kami naik Firefly dan tak mungkin dapat kami lupa cara stewardess buat announcement dalam flight. Owh my my! Nadanya mengalahkan pengacara rancangan Misteri Nusantara. Sangat berbisik, perlahan dan sebijik-bijik. Terasa seram pun ada...nak kata romantik pun ada juga. Pakwe dengaq memang tangkap leleh dan jiwang gaban. Tapi kalo kakyam yang dengar, naik meluat! Ahaks!

Memang luar biasa nada stewardess tu. Tak penah lagi lar kami dengar annoucement yang macam tu. Takkan lar senior atau chief stewardess tak komplen? Pelik sangat bunyi gaya nadanya....hahaa
Bukan kami jar yang terasa pelik, neber kat lorong sbelah pun terasa perkara yang sama. Terkekekk we all berdua.


Bila dah namanya balik kampung....uish! hari-hari sarapan nasi lemak sedap lar. Memang tak hengat apa dah. Janji dapat makan sedap...hehee
Takpa, makan-makan, yang pasti jangan lupa workout okay.


Berada di kampung, kami amik kesempatan pegi nail salon buat manicure & pedicure. Kami buat kat Alor Setaq. Very cheap! Mani $25 kalo mani + pedi baru $45. Kalo kat KL, Mani saja $50!
Service was okay cuma sedikit kasar dan kurang teliti. Kesimpulannya, setimpal lah dengan harga yang dikenakan. Mungkin next time kami bleh cari kedai yang lebih baik. Cer tengok kuku the beautician...macam mana nak korek idung tu? Aww!


Nah! sebakul asam jawa kekanda petik dari pokok di halaman rumahnya. Apa lagi, bentang tikar dan pakat kupas kulit dan buang biji lah untuk buat asam jawa. Asli!
Actually banyak lagi buah kat atas pokok yang tinggi melayut di atas sana, tapi buah tak luruh.

Asam jawa asli 


Haa! ini pula memang terbaik. I learnt new things from bonda and let me share it with cikjah.
Daun di sebelah kiri tu ialah Sudu Itik. Selalunya direbus sebagai ulam atau rebus dan dibuat kerabu. Namanya Sudu Itik kerana itik memang suka daun nie. Daun ini tumbuh banyak di kawasan sawah padi.

Daun yang kat tengah [kemerahan] tu namanya daun Derom. Pokoknya besar macam pokok kayu. Pucuknya dipetik sebagai ulam. Rasanya lemak dan bau wangi!

Kedua-dua ulaman nie kami tak pernah makan. Happy dapat blajar benda baru. Sekarang agak sukar nak jumpa daun Sudu Itik dan Pucuk Derom nie...tanaman hampir pupus dan orang sekarang pun dah tak makan lagi. Kalo jumpa pun mungkin tak kenal sebab tiada pendedahan.

Yang hujung kanan sekali ialah Pucuk Samak kegemaran kami ever! Seperti biasa pucuk samak banyak dijual di pasar tani. Kali nie kami tertejut sebab beli seikat cuma 5kupang! Selalunya seikat RM1. Smoga murah rezeki makcik penjual yang ramah tamah tu.


Sambil menyapu daunan dan bunga kering yang gugur kat halaman rumah bonda, kami ternampak sarang burung berada sangat rendah kat hujung dahan pokok Bebuas. Tingginya cuma paras kepala. Amboi! berani pulak burung nie bersarang rendah. Bila ditarik dahan tu...rupanya kat dalamnya ada telur burung dua biji!!! Wah! Excited kami macam mak burung. Dari jauh mak burung dah bising mencicit bagi warning jangan amik telur burung dia...hahaa

Sebab kesian kat mak burung, kami tabur nasi kat dalam sarang burung tu...hahaaa
Dapat lar mak burung makan nasi...tak payah terbang jauh cari ulat.


Sekarang nie sawah padi sekitar Kedah dah selesai dibajak dan baru digenangi air. Dua tiga minggu lagi akan bermulaha sessi tanaman padi musim kedua pula.


Sesetengah kawasan padi dah mula tabur anak benih dan kelihatan anak-anak benih sedang mula tumbuh.





Okay, Pienkcat dah nak balik...pinjam beg Lopa isi nasi daging bawa balik KL. Ahaks! Tapi ayaq asam masuk cargo takut satgi tak lepas plak sebab liquid more than 100ml...menangis sebab makan nasi daging tak leh cecah ayaq asam...hahaa