Hi Cikjah!, kembali bersiaran bersama kami mengupas bawang...eh! mengupas isu-isu menarik di bumi Sarawak. Sekiranya cikjah ke Kuching, pastikan cikjah hadir ke tempat menarik ini - SEMENGGOH Wildlife Centre [SWC] yang terletak kira-kira 24km atau 30 minit perjalanan kereta dari bandaraya Kuching. Sebab nak datang sini lah yang membuatkan kami buat keputusan untuk sewa kereta instead of motor. Boleh sampai naik motor, tapi naik kereta lebih selesa dan nyaman. Terdapat juga perkhidmatan bas awam dari Bandaraya Kuching dengan tambang semurah RM3 tetapi penumpung terpaksa berjalan kaki [mendaki bukit yang mendatar tapi mengah jugak okay] dari pintu masuk utama ke feeding area lebih kurang 1.3km atau 20-25 minit. Ramai mat saleh yang yang berjalan kaki and they are happy and proud about it. Orang Asia jar yang tak besa jalan kaki...Ahaks!
SWC hampir menyerupai persekitaran di FRIM Kepong atau Taman Botani Negara Shah Alam jika cikjah nak bayangkan.
Terdapat 2 waktu 'feeding' iaitu di antara pukul 9am - 10am dan dan 3pm-3.30pm. Harga tiket ialah RM3/dewasa. Kami datang ke SWC pada sebelah petang selepas beronggeng sakan di Pasar Pagi Satok. Jangan panik bila lihat kaunter tiket ditutup kerana ia hanya akan dibuka pada jam 2pm.
Perkara utama bila berada di sini ialah JANGAN BISING dan JANGAN BUANG SAMPAH.
Ingat tu cikjah, jika bawa anak-anak kecil, pastikan mereka berada dalam keadaan terbaik dan terkawal. Dua perkara ini WAJIB kita hormati dan patuhi.
Namun, adatlah, tetap ada manusia yang sifatnya negatif dan suka melanggar dan memandang enteng sesuatu peraturan. Mulut tetap macam joyah nak cakappp jugak. Selalunya golongan ini adalah orang Asia. Masyarakat tempatan pun sama jugak lah dan kalo hat mai dari mainland chayanunalif nun...lagi lah.
Bukan suka-suka semua peraturan ini dibuat. Ada sebabnya. Ini adalah untuk kebaikkan dan keharmonian orang hutan di sini dan kita mesti faham, ini adalah habitat asli sementara orang hutan, kita manusia hanya pelawat yang datang melihat keajaiban flora dan fauna di sini. Jadi cikjah, jangan bising dan jangan buang sampah. Even, di SWC tiada tong sampah disediakan. Kalo tisu gabus hingus tu simpan sat dalam poket dulu pastu buang kat tong sampah kat bandaraya Kuching nanti - thanks!
Untuk makaluman cikjah, orang utan di sini selalunya akan turun ke tanah pada waktu malam atau bila tiada pengunjung. Orang hutan akan kutip sampah-sampah yang ada dan makan. Kalo tertelan plastik sugus cikjah buang tadi, kan dah tercekik.
Nama-nama orang utan yang pernah dan berada di SWC |
Sebelum feeding time bermula, akan ada taklimat ringkas dalam 10 minit. Listen carefully! Jangan dok main henpon or dok selfie bagai! Kalo nak main henpon jangan mai sini. Fullstop!
After that, pengunjung mesti berjalan kaki sekitar 200m masuk kedalam hutan ke feeding station. Kemudian, staff di sini akan mula memanggil orang utan untuk datang makan. Jika ada rezeki, dapatlah cikjah bersua muka dengan makhluk Allah yang hebat ini sebab kalo kenyang atau orang utan pi makan kenduri kat kampung sebelah, depa tak mai kat feeding station nie.
Feeding station |
Haaa tudia! dia mai dah...cepat amik gambar dan awas! no flash and remain silent - thanks. 10 minit juga kami menunggu dan orang utan muncul. Alhamdulillah dapat berjumpa seekor orang utan bersama baby-nya yang tomei! Happy!
Macam tak dukung anak jar pun, jalan laju jar. SubhanAllah amazing! Rasa sangat bangga dan gembira sebab dapat jumpa orang utan di dalam hutan begini. Kalo cikjah cintakan alam sekitar serta haiwan, mungkin cikjah faham. Rasanya hebat skali.
Kami penah dukung baby orang utan waktu expo at Mines suatu ketika dulu. Bulunya agak kasar. Keletahnya sama macam baby manusia. Adorable!
Dah amik pisang dan kelapa, orang utan begerak ke posisi yang lebih tinggi untuk makan |
Mom and baby! |
Kelapa yang telah dibuang sabut [oleh feeding team] akan diketukkan pada pada batang pokok. Ketuk tak kuat sekadar pecah sedikit dan orang utan minum air kelapa yang meleleh dari pecahan tadi. Bila air kelapa dah abes, diketuk lagi pada batang pokok hingga pecah dan barulah orang utan makan isi buah kelapa. Brilliant!
Kalo ada kipas angin meja lagi super glem! hahaaa
Jika datang ke Sarawak, tak lengkap kunjungan jika tak makan hidangan istimewa kebanggaan rakyat Sarawak.
Mesti cuba Laksa Sarawak! Kami makan di Mom's Laksa di Jalan Astana berhampiran Petronas. Ia dikatakan antara restoren yang mendapat rating tinggi untuk hidangan laksa sarawak dan full house hinggakan kena tunggu for a table. Sabar.
Orang Sarawak sarapan pagi dengan laksa sarawak okay...jangan main-main, mangkuk besaq plak tu. Mangkuk kami yang di atas tu ialah mangkuk kecil. Kami memang suka laksa sarawak dan hidangan di sini sedap.
Juga di tempat yang sama ada Mee Rebus with sate. Sedap. Juga menu sarapan pagi. Hebat! Kalo kami dok di Kuching....jenuh senaman...hahaa
Mesti cuba 3-layer iced tea. Super sedap sebab guna gula kabong. Meletop!
Kami juga berkesempatan mencuba Mee Kolok di Kopi O Corner Cafe.
First time kami makan mee kolok. Kami amik mee kolok special. Apa yang special tu? mee lebih kar? hahaaa
Dak aihh...yang special ialah dalam kuah sup ada tulang. Kalo taw, kami amik mee kolok biasa saja. Ada tulang tu besa jar - I dont really like tulang. Nak makan pun susah sebab tak gebu sangat.
Personally, kami tak brapa suka sangat mee kolok. Biasa-biasa saja. Macam banyak serbuk perasa. It's good to try though.
Padahnya, kami ordered Jenahak stim limau cili padi tapi dapat Jenahak stim asam pedas ala baba nyonya. Uh! Memang tak matching lar hidangan kami pada malam tu. Dah lar hantar lambat sampai kami dah 80% makan nak abes. Takkan kami nak tunggu Jenahak baru nak makan, sejuklah sayur midin, kepah sup serai dan ayam pansuh kami. Frust! Jenahak RM40 tu kami makan 20% saja sebab jenis masakan tu membuatkan kami rasa muak sebab dah 80% kenyang. Kalo betul dia antar stim cili padi at least, bleh slowly ratah.
Kalo makan di luar kami memang menitik beratkan tema hidangan. Semua lauk yang dipesan mesti matching dan mesra selera bila bergabung to give a superb dining experience. Takkan lah dah order kurma ayam nak order gulai ikan plak kan.
Cer tengok, sumer lauk dah sampai, tapi ikan stim blum tiba...aiseh
12 minit terakhir, ikan sampai |
Di sini terdapat satu gerai yang menjual hidangan traditional Sarawak seperti ayam pansuh dan umai ikan tenggiri. Sedap giles tapi mahai.
Umai saiz kecik RM18 dan Ayam Pansuh size kecik RM24. Dua hidangan ini RM42. Mahai tapi takpalah sebab kami nak cuba hidangan tradisional nie. Nasib baik sedap.
Ramainya orang
The dinner was pretty cheap though. All together was less than RM100.
Demikianlah, pengembaraan kami ke Bumi Kenyalang. InshaAllah ada rezeki dan masa, kami pasti kembali.
Bye!