Kita sentiasa diberi pilihan. Malah, setiap hari kita membuat pilihan. Cuma apa yang sedikit menyukarkan ialah membuat pilihan baik atau buruk. Kami percaya, jika banyak pengalaman dan ilmu inshaAllah agak mudah untuk kita membuat pilihan yang baik.
Sebagai contoh, jika cikjah membuat pilihan makan di luar, maka pilihlah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Jangan ikut nafsu. Dengan cara ini, cikjah dpat menjaga kesihatan tubuh badan dan jika ditambah dengan bersenam, pasti cikjah akan lebih sihat dan menarik.
Beginilah hidangan yong taw foo kami jika makan di luar. Opted for more vegetables rather than all high calories processed stuff. Kadang-kadang tersedak kami bila tengok pinggan orang lain menggunung tinggi tapi satu pun takdak sayuran.
Alhamdulillah kenyang-nya sama juga malah tak ada langsung rasa bersalah selepas makan...hahaa
Ini pula hidangan lazat dan sihat kami di Ikea selepas workout at gym. Jangan lar pulak lepas workout pi makan KFC or McD....abes hancur sia-sia segala workout tadi...hahaa
and remember...always with plain water. Always.
Tahukah cikjah bahawa selama ini kita sudah silap konsep?
Selalunya kita sibuk nak order air fancy bila makan di luar. Bila di rumah takmo plak buat air jus tembikai, jus orange, kedondong asam boi, teh o ais, teh tarik dan sebagainya. Sedangkan jika makan di luar kita order plain water, ia bukan sahaja jimat malah zero kalori!
Terus terang kami katakan, kami sangat seram bila lihat parents order air manis kepada anak-anak seorang segelas bila makan di luar. Sepatutnya kita didik anak-anak kita dari kecil lagi untuk menjaga pemakanan. Harap kita dapat sama-sama perbetulkan konsep ini.
Kami tidaklah terlalu strict di dalam pengambilan makanan sihat dan seimbang harian. Cukup sekadar ada protein, banyak sayuran dan sedikit karb. Sos atau kuah sampingan kami ambil untuk menyedapkan rasa. Kalo tak rasa macam orang sakit kat hospital pulak kan. It's okay sebab kami amalkan rutin bersenam secara regular dan constant. Lagipun kami bukan ratu cantik. Ahaks!
Alhamdulillah sekadar sihat, bertenaga, fit dan confident!
Tengok! makan bertemankan yoga mat. Semangat!
Eh, cikjah dah workout today? heheee