Jom cikjah kami bawa cikjah jalan-jalan ke tanah Borneo. Cepat kemas beg, jangan lupa swimming suit! Ahaks!

Alhamdulillah, kali terakhir memijak kaki ke tanah Bumi Kenyalang was 12 years ago. Masa tu pakai baju saiz XS jar...hahaaaa
First time ke Bumi Kenyalang kami melawat Miri dengan menaiki feri menyeberang dari tanah Brunei.


Tapi kali ini dari Kuala Lumpur kami terbang jauh ke Kuching, Sarawak.


This trip actually was a birthday present special for my buddy. Kiranya suprise birthday getaway. Berbulan lebih awal kami dah booked flight tickets dan hotel.


Dah nampak Sungai Sarawak, sat lagi kapten nak kona for landing...jaga-jaga


Cantik sekali arial view of Sarawak. Sayang Sarawak sungainya sempit....eh! mana ada sempit...


Sebaik tiba di Kuching International Airport [KIA], kami picked up kereta sewa di sana. Mulanya tempah MyVi sebab kereta kecik yang lain dah abes. Tup-tup yang sampai was Saga FLX yang sangat baru. Alhamdulillah. Rezeki. Urusan penyerahan kereta sangat mudah dan sepantas kilat.


Kereta sampai dapat kunci dan dia tanya bayar sekarang atau nanti dan daaaaa....eh, dia dah pegi. It was simple as that. Kami pun tertejut. Alhamdulillah sekali lagi sebab Allah permudahkan urusan kami. Tapi pesanan kami kepada cikjah janganlah pula kita amik kesempatan di atas kemudahan urusan sebegini. Jangan lah kita sesekali spoil the market. Kalo orang lain memudahkan urusan kita, maka hendaklah kita pun memudahkan urusan orang lain juga. Jadi kata kunci di sini ialah JUJUR dan AMANAH.


Mulanya kami nak sewa motor saja sebab percutian kali ini sedikit santai dan kami tidak merancang nak pergi jauh-jauh dari pusat bandar. Tapi bila dihitung-hitung, tak banyak beza antara sewa kereta dan motor, maka kami opted for kereta sekurang-kurangnya selamat kulit tak berjemur panas dan boleh pegi lebih kilometer. Ahaks!

We drove like a pro in Kuching. Thanks to Waze. Giles hebat! Dari airport kami terus ke hotel pilihan. Memang penin nak cari hotel yang bagus dan sesuai bajet. Alhamdulillah, pilihan kami memang terbaik. Tak menyesal dok berkerut dahi berminggu-minggu menapis dan me-review pelbagai hotel di sekitar Kuching. This place is perfect! Memang jiwa kami. It just like a little Ubud.
Welcome to Basaga Holiday Residences.


Sebuah sekolah lama yang ditukar fungsinya menjadi sebuah hotel yang sangat cantik. Majoriti check-in guest di sini ialah mat saleh.





Jika cikjah menginap di bilik bawah, agak kurang tenteram sket jika tetamu di tingkat atas bilik cikjah tu adalah gergasi. Dung! Dungg! Dunggg! bunyi kuat hentakan tapak kaki gergasi berjalan di lantai atas ketara kedengaran. Maklumlah mat saleh besaq-besaq, kita orang Asia yang comel haluih...hehee

Pathway to the Courtyard rooms
Namun, citarasa kami sememangnya berbeda. Kami is an Ubud freak! Maka kami suka kan privacy, tranquility dan hijau alam. Pilihan bilik kami ialah Courtyard room with an open bathroom. Arrghhhh! tiada kata untuk kehebatan kami memilih hotel sebab citarasa kami sangat bagus skali. Aiceh!

Tapi kalo cikjah bukan pencinta alam, tak suka tempat sunyi, maka ini bukanlah pilihan cikjah okay. Create your dream holiday as you wish.


Selamat datang to my little Ubud.





This is the open bathroom. Jaga-jaga takut burung atau tupai intai. Ahaks!
By the way, I think it's time for the management to change the bidai...hahaaa


The bed was pretty small. Kalo mat saleh memang muat sorang jar. Tapi sebab orang Asia, still okay jika berdua but make sure both size S. Paling besar pun saiz M....hehee


Saiz bilik Courtyard room adalah sedikit kecil berbanding bilik yang lain, tapi tak kesah sebab kami sukakan the open terrace.

Mungkin sebab ini adalah bangunan lama, maka keadaan bilik sedikit berbau. Bukan bau busuk tapi bau kayu lama. Nasib baik ada open terrace, so it was perfect - not a problem at all.


Ada tragedi untuk trip kami kali ini. It was a disaster! Pulun dok tukar toiletries bags sini sana masa while packing the baju, somehow I had accidentally removed my Lancome facial wash from the bags. Arghhh!! 3D2N tak cuci muka....owh my! Kami sekadar steamed my face with hot water dan basuh dengan air suam. Owh! terseksa rasanya. Alhamdulillah sumernya baik-baik saja. Tiada tanda-tanda kehadiran cik jururawat. Balik rumah terus sental tak hengat punya...heheee


The Basaga bukan saja menawarkan bilik penginapan, malah sangat terkenal dengan restorannya yang sangat tropika. Sajian di sini juga awesome. Makanan yang disediakan adalah halal namun tiada pengesahan halal kerana mereka turut menyajikan alkohol. This place reminds me of Bonton, Kuala Lumpur.


On weekend nights, penuh kereta parking di sekitar restaurant. Ramai yang datang makan malam di sini. It is such a lovely place to be missed.







The main house. Di sini lah terletaknya main reception.
Upon arrival, I was greeted by the Manager.


The reception


Lounge area


This place reminds me of my home and my taman sari.



Di rumah utama juga terdapat bilik penginapan.




I love cats! Kunjungan wajib mestilah ke muzium Kucing. Tempatnya cantik dan ada banyak kucing. Tapi kami rasa almost 90% exhibits there are out dated dan terlalu lama. Lama like macam zaman Noor Kumalasari dulu okay. Rasanya this museum really need some refreshment & enlivement works untuk terus menjadi tarikan pelancong. Sayang rasanya kalo koleksi kucing-kucing ini terletak macam tu saja.
Seram tapi comel!
Pusak is another name for cat in Sarawak

Kami rasa ini adalah exhibit yang tercantik & ter-modern di muzium ini

Lokasi wajib seterusnya iaitu Tugu Kucing di tengah pusat bandaraya. Meoww!


Destinasi kami seterusnya ialah Santubon kira-kira 40 minit perjalanan dari Kuching. Sangat cantik dan hijau sekali perjalanan ke sini.




Deretan pokok tekoma di kiri dan kanan jalan. Mesti sangat cantik jika musim bunga tiba.



Kami singgah sebentar di Damai Beach Resort. Ramai tetamu kerana ada family day. Pantai di sini biasa-biasa saja tapi resort ini sangat luas.

Bersebelahan Damai Beach Resort ialah Taman Budaya Sarawak tapi kami tak singgah sebab kurang berminat.



Kami kembali ke Kuching dan aktiviti seterusnya ialah Sunset traditional boat cruise di hadapan Waterfront dengan harga RM19/dewasa. Waktu paling cantik mungkin sekitar jam 5.30pm. Tapi kami sedikit lewat dan hanya sempat menaikki bot pada pukul 6pm. Namun, tetap disajikan dengan pemandangan indah di sepanjang sungai Sarawak.









Bot bergerak perlahan dan perjalanan adalah selama 30 minit. Dalam perjalanan pulang kami minta kapten bot turunkan kami di Kampung Gersik di seberang Waterfront untuk makan malam di sana.

Kampung Gersik dan Kampung Boyan adalah sangat terkenal dengan deretan kedai kek lapis. Di sana juga terdapat food court di tepi sungai dan agak meriah pada malam minggu. Namun, kami kagum kerana sungguhpun meriah dengan tempat-tempat begitu, terdapat surau yang melaungkan azan pada setiap waktu solat. Jadi, tidaklah ada yang terleka sebab ramai jugak anak-anak muda yang lepak dan tenet atas motor di sepanjang sungai.

Pilihan makan malam kami ialah di Barok Village yang terletak di Kampung Boyan. Jarak Kampung Gersik dan Boyan hanya 5 minit berjalan kaki saja.



Sebuah rumah kampung lama yang dijadikan restoran. Kalo datang waktu malam tak terasa sangat buruknya rumah tua tu sebab nampak meriah dan romantik dengan penataan lampu neon malap tapi kalo datang siang hari rasa macam datang rumah nenek kebayan kot...hahaa


Nasib baik dapat meja cun kat tepi tingkap nie, terus rasa nak sarung kain batik...Ahaks!


Rata-rata yang datang akan pesan menu ini. Nasi ayam katok which is actually nasi ayam penyet.
Kami order ayam katok tanpa nasi.


Sajian makan malam kami ialah midin belacan, umai ikan, pansuh ayam dan ayam katok serta AMBUYAT! Yeyyy!!!



Ini adalah siri ulangan kami makan ambuyat. Pertama kali makan ambuyat ialah di Brunei. Sedap! Ambuyat di sini dihidangkan bersama sambal belacan cair. Namun, kami lebih suka ambuyat yang dihidang bersama asam pedas ikan kembong. Fuhh! Terangkat.


Ini adalah hidangan pansuh ayam pertama kami. Sedap! Kami suka sangat! Macam sup herba.


 Ini pula umai ikan yang juga sangat sedap. Overall, makan di sini sedap dan puas hati.


Keesokkannya pada awal pagi kami ke Pasar Minggu Satok. Pasar minggu ini kini beroperasi di Kubah Ria pada hari Sabtu [sehingga malam] dan Ahad [separuh hari] sahaja.


Di sini, pasarnya agak moden berbanding Tamu di Sabah. Namun, masih terdapat beberapa sayuran dan buahan yang tidak pernah kami lihat dan makan. Happy!




The famous pucuk midin. Di Sarawak, midin ialah panggilan bagi pucuk paku. Terdapat beberapa jenis pucuk paku di sini, yang paling popular ialah midin itself.


Pucuk paku merah 


Pucuk paku uban

Di antara 3 jenis pucuk paku ini, midin adalah yang paling mahal. Seikat sekitar RM2. Manakala paku merah dan paku uban hanya RM1 seikat. 

Geram betul kami tengok sayuran nie, nyaris dah nak beli bawa balik KL tapi pakcik jual tu cakap midin tahan 2 hari saja lepas tu lebam. Takut membazair, terpaksa kami batalkan niat membeli. Uh....


Buah remia muda. Wonder orang Kuching buat apa dengan buah nie. Tak sempat nak tanya. Kalo di Kedah, kami buat garam belacan saja. Uh! lazatnya tapi dah lama tak makan. Last skali makan buah remia muda masa darjah 6 kot kat rumah kawan.


Ini pula buah terung dayak atau terung asam. Memang makanan orang Sarawak. Kami ada tanam kat kebun dapur.


Pucuk letup. Mouth watering dah dok tengok pucuk letup nie rebus buat ulam cecah sambal blanchan. Gulp!


Banyaknya pisang. Orang Sabah Sarawak memang suka pisang. Ini pisang abu kan?


Ini pula pisang embun. Cantik skali kulitnya.


Tudia demok buah limau mandarin dari Thailand nie. Takut kami nak beli sebab besaq sangat. Tak pasti depa guna baja apa...hahaa


Ini best. Mulanya kami ingat labu tapi sebenarnya buah tembikai! Ini adalah variati tembikai asli dari zaman tok nenek dulu. Tak kacuk dan non hybrid what so ever. Perhatikan kulitnya yang berwarna hijau muda dan mempunyai jalur yang yang tidak ketara kelihatan.


Kami mesti rasa buah tembikai nie walopun terpaksa beli sebijik debuk. Actually bro tu jual 2 biji RM10. Kami kecek nak sebiji saja yang kecik. Lastly dapat hat nie...tak kecik lar. RM5 sebiji. Happy!


Simpan dalam fridge semalaman. Esok while swimming, kami potong dan kongsi dengan other checked-in guest yang swimming skali.


Rasanya kurang manis but still taste like tembikai...hahaa


Buah kelubi


Inilah yang kami cari. Beras perang bario. Ada beras perang dan beras hitam. Uishh! masak nasi memang sedap beras nie. Kami beli 3kg saja sebab beras perang Sabah hari tu ada banyak lagi, tapi rasa menyesal pulak sebab kenapa tak beli 10kg...hahaaa

Tapi okay lar jugak sebab sekarang kami jarang makan nasi. So, harap stok beras perang tu cukup sampai next visit to Kuching lagi. IshaAllah.

Beras perang di Pasar Pagi Satok lebih murah berbanding yang di jual di dalam komplek Kubah Ria. Beza RM4-RM5 juga.


Ini pula sesuatu yang kami tak pernah tengok dan makan. Keladi air liar katanya.
Cara siang dan masak sama seperti batang keladi biasa. Mengikut pakcik penjual yang ramah dan baik hati tu, sayur keladi nie sangat sedap.


Ini pun tak pernah tengok - buah belimbing hutan. Rupa isi dan rasanya sama seperti rambai. Masam-masam manis. Kami beli bawa balik KL. Mengikut kakak penjual, kulit buah nie boleh dimasak dan dicecah sambal belacan. Interesting.




Ini lagi pelik. Dari jauh sangat cantik sekali. Rupanya inilah umbut nibung. Mengikut pakcik penjual, umbut ini jugak antara ramuan di dalam resepi pansuh.


Yang corak hitam dan merah itu sebenarnya adalah duri yang masih muda. Bila dicungkil, terangkat durinya. Agak tajam.


Sedapnya umbut kelapa. Terasa manis umbut kat tekak dah nie...hehee


Steady betul umbut kelapa nie


Rumpai laut


Ini juga yang kami cari. Kuih tradisional Sawarak. Hampir sama seperti di Sabah. Kebanyakkan kuih menggunakan daun nipah. Wangi baunya.



Apam tapai gula apong nie sangat sedap giles! RM1 for 3 biji




Memang kuning bukan kunyit okay



Kucing!

Pelbagai ikan yang di-jeruk serta di-asin.

Gula apong

Fuh! kita berenti rehat sekejap yer cikjah. Dah macam marathon 15km plak. Panjang berjela tak berenti-renti...hahaaa

Kami sambung next okay....meoowwwwww