Cikjah pernah dengar perkataan Tuhau? atau perkataan Umbut Tepus?
Haaaaa! kalo orang Kedah depa panggil umbut tepuih...hahaa
Sebenarnya tuhau dan umbut tepus adalah benda yang sama. Kami pun baru taw. Percutian kami ke Sabah recently [nanti kami citer....best!], telah banyak memberi kami ilmu baru. Setelah lebih 20 tahun tak berjumpa atau makan umbut tepus, rupanya kat Sabah nun melambak-lambak! Mana-mana pasar tamu wajib ada. Memang makanan orang Sabah.
Tuhau adalah panggilan orang Sabah untuk umbut tepus. Pokok umbut tepus sama seperti pokok kantan. Batang tepus seperti gambar di atas [sebelah kiri]. Umbut tepus mempunyai sedikit bau. Kata orang seperti bau kesin. Tapi tidaklah kesin sangat. Mild saja. Sama seperti lengkuas, halia dan bunga kantan yang memang mempunyai bau.
Sewaktu balik Kedah last weekend, alangkah surprise-nya kami bila terjumpa tuhau atau umbut tepus di pasar pagi. Happy!!! Kalo di Kedah, umbut tepus yang dijual sudah siap dikupas seperti di atas. Kulit atau bahagian keras pada batang tepus dibuang dan hanya umbut yang lembut sahaja dimakan. Sebab tu lah namanya umbut tepus. Seikat hanya RM1. Toink!!!
Seriously, kali terakhir kami makan umbut tepus was like more than 20 years ago. Dah tak dak orang masuk hutan dok pi cari umbut tepus. Hutan pun dah takdak sekarang ni nohhh....abes depa tebang tanam kobis. Ahaks!
Kebiasaan keluarga kami dan masyarakat sekitar Kedah. umbut tepus sekadar direbus sebagai ulam. Di sesetengah tempat, umbut tepus dibuat kerabu. Di Sabah pula, umbut tepus atau tuhau dijadikan jeruk.
Check out my ulam platter. Ada pucuk samak yang lemak mewangi, umbut tepus rebus, petai rebus kegemaran my late dad dan jeruk umbut tepus bersama sambal blanchan power. OoooOooOoolalaaa!
Umbut tepus di cincang atau tumbuk halus bersama udang kering dan cili padi. Sebaiknya guna cili merah, nanti nampak lar merah-merah baru berseri sket. Kami guna cabai melaka hijau dari kebun belakang rumah jar. Perasakan dengan garam. Gaul sebati dengan jus limau nipis atau cuka. Biarkan 30 minit dan siap untuk dimakan. Jeruk umbut tepus ini berfungsi sebagai pembuka selera. Macam cencaluk, budu and etc. Setengah resepi tambah bawang putih atau bawang merah. Ikut citarasa lah. Ini adalah pertama kali kami buat dan makan jeruk umbut tepus. Rasanya? Sukar nak gambarkan. Tapi sedap dan memang memecah selera.
Alhamdulillah. dapat juga kami merasa ulam umbut tepus. Suka!