Pokok ubi kayu yang kini berusia 7 minggu. Alhamdulillah. Kami menumpang rezeki hujan. Pokok ubi kayu naik sangat sihat dan demok.
Tuaian sulung pucuk ubi kayu. Owh Yeahh!!! Kami harvest separuh sahaja. Separuh lagi simpan untuk dituai bila nak masak lemak cili api nanti. Owh gulp!
Kami rebus buat ulam cecah sambal blanchan picit telur rebus. Owh tidak! Tidak mahu kami katakan kepada cikjah di sini.....kerna tidak tahu bagaimana kami nak gambarkan betapa lazatnya hidangan ini. Ahaks!
Simple tapi sangat mebuka selera.
Antara kegemaran kami ialah sambal blanchan dipicit-picit dengan telur rebus. Huh! Cikjah harus cuba. Cara orang tua-tua belah Utara. Memang terangkat!
Untuk suai padan hidangan pucuk ubi kayu rebus dan sambal blanchan ini, kami juga tumis gulai ikan termenung dengan kacang bendi. Owh! Matching sesangat. Rasa macam kurang lauk, kami tambah satu lagi hidangan Somtam mangga!
Selalu Somtam guna betik muda, tapi susah nak jumpa betik muda. Kebetulan kami ada mangga muda. Kami pun menyomtam lah. Sedap macam makan kat Bangkok! hehee
Tumbuk 1 ulas bawang putih bersama 3 biji cili padi dan udang kering [dicelur dahulu] dan gula gerek/kabung/melaka. Masukkan parutan mangga dan tomato ceri. Tumbuk gaul manja-manja bersama sos ikan. Immediately flavour akan bergabung dan terhasil rasa somtam yang enak. Boleh tambah potongan kacang panjang segar dan kacang goreng tumbuk untuk rasa krup-krup.