I love my garden! Kalo bulih setiap masa nak gardening atau dok kat garden saja. Kami suka melihat hasil cucuk tanam dan penat lelah kami maintaining the garden walopun tak lah luas dan santek mana. Tapi bolehlah buat jamuan mata kami dan menenangkan fikiran. Personally, kalo dah balik rumah, rasa malas nak keluar. Kalo on weekends pun rasa macam berat nak tinggalkan rumah. Kami lebih rela pegang cutter and tabur baja pokok dari sopping kat Isetan...Errkk! Iyer ker? hehee


Lepak-lepak kat patio sambil reading sampai terlupa tak masak tengahari lagi.


Currently, I am reading this book. Kebetulan sebelum kami baca buku nie kami dah tengok this movie kat tibi about 3 months ago. Cikjah nampak dak di situ, beli buku dah lama tapi malas nak baca...hehee
HBO produces a mini series. Pretty heavy life dramas but beautiful small town scenery. So, bila kami baca buku nie kami lebih excited sebab dah tengok the movie earlier. Gambarannya lebih jelas.


Sudah lama perkara ini menjadi tanda tanya kepada kami. Hampir setiap hari mesti ada bunga dalam pasu tercabut dan jatuh bertaburan atas lantai, pasu-pasu kecik tepi tingkap jatuh tergolek dan paling latest, itik hiasan kami jatuh pecah putus kepala! Uh!!

Sapa punya angkara nie? Tak lain dan tak bukan mesti kucing jantan jalanan yang mai dok lompat-lompat kat garden kami. Geram sungguh! GGrrrrrr

Tapi jangkaan kami meleset. Sama sekali tersasar. Rupanya itu sumer adalah angkara cik tupai!
Nakal betul cik tupai nie. Rupanya dia dok lompat-lompat kat tepi tingkap kami sebab nak panjat dinding masuk lubang paip air. Sebab cik tupai tak cukup tinggi, pulun dia dok lompat sampai terjatuh pasu kami.

...and cik tupai was caught red handed!

video



Ada suatu petang tu plak, sedang kami membaca silently at the patio, this little rascal came and checking me out. Amboi! Over taw cik tupai nie. Maybe dia ingat takdak orang kat garden sebab senyap. Pastu terlompat-lompat dok bertentang mata dengan kami. Nah! dapat kami snapped a few pictures!



Cikjah nampak bulu hitam kecik bawah stool putih tu?
Ha! Itu ialah ekor tupai!

Tupai nie advance sket. Maybe tupai baru & kurang pengalaman. Masuk rumah kami dengan mood blur. Semalaman this tupai overnight dalam rumah kami kat blakang rak tibi. Ingatkan kami dah shoohh her away, rupanya dia tak kluar, Tertidor keletihan dan ketakutan agaknya kat blakang tibi. Bangun pagi kami nampak dia dok sembunyi bawah stool. Hahaaa...sembunyi lar sangat. Nasib baik dia tak amik buah epal kami atas meja. Ahaks!