Alhamdulillah. Akhirnya kami telah menyempurnakan hasrat hati Malaysiaraya yang membuak-buak di dalam diri kami dengan melengkapkan langkahan kaki ke semua 14 negeri di seluruh tanahair. Sabah adalah negeri terakhir untuk melengkapkan perjalanan ke serata bumi Malaya yang tercinta. Whewww! Happy!
Sekarang, kami nak bawa cikjah pula jalan-jalan ke negeri Sabah. Mana lar taw, satu, dua hari lagi mungkin nak ke sana. Atau mungkin sudah ke sana dan ingin kembali.
Percutian kami kali ini ialah selama 4D3N pada January 2015. Jenuh juga kami nak memikirkan itinerary untuk trip kali ini kerana kami taknak terlepas mana-mana tempat menarik dan acara-acara hebat yang selalunya berlangsung pada hujung minggu.
Kebiasaannya, tumpuan para pengunjung ke Sabah ialah di Kota Kinabalu [KK] dan Kundasang. Rata-rata pengunjung akan terus bergerak ke Kundasang sebaik tiba di KK. Namun, kami membuat sedikit kelainan kerana ada satu tempat yang sangat menarik di KK pada setiap hari Ahad. Kami mesti ke sana!
Seperti biasa, kami memerah minda for planning the holiday wardrobe. Huh! Tak lepas nak bawa 1 beg. Kena 2 beg jugak...hehee
Tapi tak jadi masalah nak heret beg sini sana sebab kami menyewa kereta sepanjang berada di Sabah.
Kami bertolak dari KLIA2 on Saturday by the earliest flight available.
Setibanya kami di perairan Sabah, MashaAllah! SubhanAllah! Amazing! Cantiknya pulau-pulau dan lautan sekitar Sabah.
Kami tiba di Terminal 2, KKIA. Owh my! sebaik turun dari pesawat AA, para penumpang harus berjalam kaki di kawasan belakang terminal 2 yang sangat huduh dan buruk. Uh! Sangat tidak welcoming.
Terkejut kami....macam berjalan di lorong blakang bangunan gudang. Tanpa disedari, satu barisan panjang telah tercipta. Aikes? Rupa-rupanya para penumpang kena beratur untuk pengesahan passport [warga asing] dan kad pengenalan [warga Malaysia]. Memang kami tak sangka. Betul-betul tak sangka. Kaunter imigresen pun hanya lebih kurang 3 meter dari pintu masuk. Ahaks!
Cuak jugak pada mulanya. Maklumlah kami taktaw dan takdak informasi langsung berkenaan pengesahan imigresen di Terminal 2 ini.
NOTA PENTING: Sediakan kad pengenalan untuk pengesahan masuk ke negeri Sabah di kaunter imigresen. Sebaik pengesahan selesai, cikjah akan diberi satu slip seperti bank in slip. Simpan slip tersebut! Simpan slip tersebut!! Anda memerlukan slip tersebut untuk penerbangan pulang nanti.
Nasib baik kami ada simpan slip tu, maklumlah, encik imigresen pun tak cakap apa-apa. Kami dok buat research dan baca blog sini sana pun takdak informasi pasal perkara ini. Memang terdetik nak buang slip tu cuma terlupa. Nasib baik tak buang! Masa checking in at imigresen counter for return flight before boarding the aircraft, the officer request for the slip. Haaaa???? terkial-kial dok mengorek handbag cari that slip. All receipts and kertas dalam handbag kami kluarkan....fuhhh! memang berpeluh. Maklumlah kami kan super organize person. Aiceh! Memang tersedakk bila that officer request. Nasib baik jumpa. Alhamdulillah. Kalo tak, tidoq kat Sabah lagi...hahaa
Di Terminal 2, KKIA tersedia perkhidmatan airport bus dengan kadar RM5/adult/way.
Namun, awal-awal lagi kami dah arranged airport transfer melalui bro sewa kereta.
Kalo airport teksi rate at that time was RM35/transfer to KK city. Sekarang lagi murah kot kan, maklumlah harga minyak dah turun sangat banyak!!! Tapi aci potong kepala lar kalo depa turunkan harga. Bila minyak naik satu Malaysia hingaq dan melompat nak naikkan harga perkhidmatan dan barang jualan masing-masing. Kononnya kos mahai sebab harga minyak dah naik. Bila harga minyak turun, para peniaga dan penjual pakat buat-buat bodo jadi kura-kura sembunyi dalam cengkerang yang busuk dan kotor. Harga perkhidmatan dan barang jualan tak turun-turun pun.
Nampak tak cikjah, permainan para peniaga yang gilakan untung! Pastu depa manipulate plak pasai nanti nak ada GST, harga makin mahai. Eh hello! Hanya orang yang tak baca buku saja yang akan mudah terpedaya dengan muslihat ini. Sekarang nie pun memang dah ada Sale & Service Tax [SST] bagi syarikat yang berkelayakkan. Cuma tak nampak sebab peniaga dah masukkan kos tu dalam harga barang. Kami every 2 months memang dok bayaq SST tu on behalf of my company. Apa yang kecoh sangat? Tak payah cakap banyak, sekarang kami mau harga minyak turun, harga barang pun turun!!!!
Ok bai!
Eh eh!....terbeletiaq plak...sakit hati taw! Patutnya panggil geng bersih tu mai dok bersihkan hati dan otak para peniaga cekik darah tak bertanggungjawab macam nie. Baru lah betul-betul bersih namanya! hahaa
Sebaik tiba di KK, kami terus check-in hotel. Hotel pilihan kami ialah Imperial Boutec di Plaza Warisan berhampiran Lee Meridien Hotel, pasar malam Sinsuran, food court anjung senja dan sebagainya. Sengaja kami pilih hotel tersebut kerana lokasinya yang strategik. Lagipun, kami cuma nak bermalam 1 malam sahaja dan memang untuk tidur semata-mata kerana pada siang hari jadual kami penuh dengan aktiviti di luar hotel.
Usai check-in, kami terus naik teksi ke Jesselton Point yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dengan tambang RM15/way. Mahai jika dibandingkan dengan jarak yang dekat itu.
Kami memilih untuk ke pulau Manukan dan Mamutik. Cukuplah dua pulau kerana kami tak rasa nak beach holiday sangat pun sebenarnya. Alang-alang dah sampai Sabah, mesti lar pegi satu dua pulau kan.
Di Jesselton Point terdapat hampir 10 kaunter tiket pelbagai syarikat. Jenuh jugak kami nak pilih. Seriously kami lambung dadu dan tengok kaunter mana yang terpilih....hahaa
Bot kami bertolak pada jam 12.30pm dan pulang pada jam 4pm. Kos untuk dua pulau ialah RM43.80/adult.
Hentian pertama kami ialah pulau Manukan dan kemudian Mamutik. Sedikit ralat sebab jika diberi pilihan kami nak stay di Manukan lebih lama berbanding Mamutik. Silap kami jugak sebab tak tanya samada kami bleh request nak pegi pulau mana dulu. Ada juga yang same group dengan kami tapi turun Mamutik dulu. So, to cikjah, make sure tanya habis-habisan.
Pulau pertama kami ialah Manukan. SubhanAllah! Cantiknya Manukan. Personally, kami lebih sukakan Manukan berbanding Mamutik. Manukan lebih tenang, tidak terlalu kecoh dan crowded dengan snorkeling groups dan pantainya lebih cantik. Namun, jika dibandingkan dengan Perhentian, of course Perhentian lebih cantik...hehee
Pantai Manukan |
Terdapat resort di pulau Manukan. Pada perkiraan kami, agak cantik dan mungkin 3.5 bintang ke atas.
Yesterday evening they had a beach wedding here. The wedding gazebo masih blum dibuka.
Seriously memang takdak orang pada bahagian kiri pulau Manukan. Pada bahagian kanan pulau agak ber-orang jugak.
Jetty at Manukan island |
Pada jam 2pm, kami bertolak ke pulau Mamutik.
Mamutik reception office. Tak perlu bayar RM3 lagi. |
Di sebelah tepi pulau Mamutik, ombak membadai dengan cukup kuat sekali. Memang bukan untuk mandi atau snorkeling. Lebih kepada diving. Terdapat diving shop di sini.
Kami langsung tak mandi di sini. Lepak-lepak buang masa saja. Bayangkan kami terpaksa stay di Mamutik selama 2 jam! Keras kejung kami di sini kebosanan. Kalo cikjah suka snorkeling dan mandi laut mungkin tak akan bosan kot, kami nie sebab tak rasa nak mandi pantai sebab dah kenyang main laut kat Perhentian.
Kami ada request kat adik bot kami tu nak balik awai, dia kata okay. Tapi sampai kesudah tak okay sebab mana ada company bot lain nak bagi tumpang bot depa. Bisnes kot kan....
Tunggulah kami sampai pukul 4pm. Awan plak setiap minit semakin berat, sarat dan mendung berkepul-kepul kehitaman. Kami doa banyak-banyak supaya tak hujan. Alhamdulillah. cuaca baik-baik saja.
Perkara paling kami suka di Mamutik ialah pokok ini! Taraa!!!
Pada kami, ia sejenis pokok tepi pantai yang sangat unik dan cantik. Yang ini masih kecik. Hanya serendah 3 kaki tapi seperti pokok dewasa dengan daun yang besar, segar dan berkilat.
Paling kami adore ialah buahnya. Sangat luar biasa! Keras, cantik dan gagah. Banyak bertaburan di sekitar pulau. Kulitnya bersabut seperti kelapa bagi membolehkannya hanyut terapung di lautan.
Belum pernah kami jumpa pokok sebegini di pantai-pantai sekitar east coast Semenanjung Malaysia dan Thailand yang pernah kami kunjungi.
Buah muda [hijau] dan buah tua [coklat]. Ikut hati nak bawa balik, tapi takut antu pulau ikut....heheee
Awan berat seperti nak hujan |
Sebaik pulang dari pulau, kami naik teksi dari Jesselton Point dan turun di pasar malam Sinsuran. Pukul 4.30pm - 5pm memang sesuai lah untuk makan-makan di sini. Tak ramai orang sangat. Lebih tenang.
Pasar malam Sinsuran tak lah besar sangat. Terkejut jugak kami sebab saiznya agak kecil. Ingatkan ada berpuluh-puluh kedai makan.
Secara general, pasar malam Sinsuran ada 3 komponen. Satu bahagian makanan, satu bahagian barang basah dan satu bahagian barangan kering.
Gerai makanan di sini sangat menarik perhatian kami. Pertama kali melihat makanan-makanan ini.
Satu bungkus cuma RM1. Murah! Umai ikan dan kerabu seaweed mangga.
Dimakan bersama ikan bakar.
Ubi kayu yang dikisar halus menjadi tepung.
Serbuk/tepung ubi kayu tersebut selalunya di masak begini. Direbus atau di-stim dalam bungkusan daun pisang.
Inilah isinya. Fungsinya seperti nasi.
Kurang pasti plak kami bila serata blog dan bahan rujukan yang kami baca mengatakan chicken wing di Sabah ini sangat sedap. Secara jujurnya, kami rasakan ia sesedap chicken wing yang ada di tempat-tempat lain juga. Sedap memang sedap. Tapi jangan makan banyak taw sebab chicken wing mengandungi paling banyak lemak berbanding bahagian ayam yang lain. Aww!
Kuih-muih tempatan |
Kuih muih tempatan |
Murtabak tapi kulitnya lain. |
Sayur-sayuran
Bunga kantan putih |
Memang kami behasrat untuk makan ikan bakar dan macam-macam lagi di Sinsuran night market secara besar-besaran but please don't tell my gym instructor. Ahaks!
Terpulang pada selera individu. Pilihlah gerai yang bersih dan order minuman di dalam tin atau botol. Makanan laut pula pilihlah yang segar dan minta di-grill. Ada juga pilihan pre-grilled seafood jika mahu. Tapi kalo perut kuat meragam, pilihlah seafood segar.
Kami memilih ikan merah, sotong dan ketam segar. Harga seafood boleh dirunding. Kecek-kecek dapat diskon...hehee
Keadaan meja makan dan persekitaran bersih |
Kerabu seaweed disediakan segar setiap hari. Sepinggan RM3.
Umai ikan juga disediakan segar setiap hari. Huh! mouth watering tengok this yummy umai.
Arghhhhh!!!! sedapnya! Kami minta kakak gerai ajar kami how to eat the makanan Sabah ini.
Umai ikan, kerabu seaweed dan hirisan mangga muda dicampur sekali.
Tambah air asam + belacan mix
Tambah jus asam jawa mix. Tambah kicap sket dan gaul sebati. Fuhhh!!!!! Memang terbaik!
Agak pelik, first time makan tapi kami suka sebab kami dapat mencuba local food. Love it!
Chicken wing sedap. Kerak-kerak hitam pada daging ayam dan smokey smell yang wangi memang membuka selera.
Pada pendapat kami, keadaan dan konsep gerai di sini adalah bersih. Hidangan diletakkan di dalam pinggan beralas plastik. Jadi tiada isu pinggan kotor atau dibasuh tidak bersih. Makanan pula di-grill sebaik di-order. Namun, ada juga gerai-gerai masakan bergoreng yang lain yang agak kurang bersih dan selesa. Tepuk dada tanya selera.
My cost for this awesome dinner? Only RM70. Murah, sedap dan bersih.
Remember cikjah, lepas makan jangan tinggalkan meja sepah comot belemoih. Tulang ikan , kulit udang dan ketam terpelanting sini sana. Ahaks! Kemas elok-elok. Kalo muka ja segak tapi cara dan adab makan tak segak, tak aci gitew...Wink!
Buah-buahan di Pasar malam Sinsuran sangat segar dan santek. 3 bungkus RM5. Mesti beli to balance up dinner yang sangat banyak cholestrol itu! Ahaks!
Kemudian, kami berjalan kaki dari pasar malam Sinsuran ke Anjung Senja food court yang kira-kira 10-15 minit berjalan kaki. Jalan santai-santai di waktu malam. Food court biasa saja di tepi pantai tapi malangnya takdak lampu. Gelap gelita kawasan sekitar pantai dan taman bersebelahan food court. Mungkin sebab ada kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran, maka ia mengganggu bekalan elektrik ke situ.
Pisang goreng cheese? Urmmm....biasa saja lah. Nothing to shout about it. Kalo dulu sibuk sumer benda nak letak madu, sekarang sibuk nak letak cheese plak...hahaa
Pisang sebijik di belah 4 hingga dah tahap kerepek pisang kemudian di letak cheese. Nah. RM5. Amik ko! Walopun menu nie tengah trending sekarang nie, tapi kami blum penah mencuba pisang goreng cheese. Pesaipa? Sebab pada kami biasa-biasa saja menu tue, takdak apa yang luar biasa pun tentangnya. Letak cheese pastu bleh mark up harga kaw-kaw. Uh!
Inilah pertama kali kami mencuba pisang goreng cheese. Seperti diduga, nothing special. Kalori saja yang special. Hahaaa
Masa kami order tu, makcik tukang masak qalit dok buat benda lain sampai hangit pisang dalam belanga. Itu pun nasib baik kami pegi jenguk belanga dan bagitaw dia [kaunter gorengan is at outdoor]. Kena tunggu lagi sekali untuk goreng batch lain plak. No worries, I got time.
Pukul 9.30pm kami balik ke hotel. Mandi dan terus tidor krohhh...krohhhhhhh....
Esok pagi, bangun awal sebab nak pi satu tempat best...yes!
Okay cikjah, kita sambung nanti-nanti yer....baru lar surprise! heheeee
Owh by the way, Sabah nie memang best! Sangat best!!!